Ori Bake by Fizallicious

Call Directions Contact the business

Ori Bake by Fizallicious Kepakaran kami adalah membantu anda mendapatkan kek untuk meraikan orang tersayang.

Percaya tak korang, brownies sedap makan bersama aiskrim. Simple brownies(plain) + aiskrim vanilla.Pada tahun 2016, brow...
07/09/2026

Percaya tak korang, brownies sedap makan bersama aiskrim. Simple brownies(plain) + aiskrim vanilla.

Pada tahun 2016, brownies fizallicious ni pernah menjadi salah satu menu di sebuah cafe yang mejual 1 menu dengan harga rm1.90. Cafe ni pernah viral suatu ketika dulu.

"Brownies aiskrim"
Menjadi antara menu feberet dekat cafe tu juga. Kami ada supply mengikut stok brownies yang tinggal. Kebiasaanya perminggu.

Pada permulaan tu kami hanya supply cafe di Shah Alam sahaje. Kemudian supply juga cawangan baru di Kuala Selangor & juga cawangan di Senawang.

Tapi ini kisah hampir 10 tahun lepas waktu kami masih bermula. Dari simple brownies(plain) tu kami pelbagaikan dengan beberapa jenis topping.

Antara jenis brownies topping yang ada, korang boleh tengok gambar/contoh berserta harga di ruangan komen. Kami letak sekali feedback dari pelanggan2 kami yang pernah beli/rasa brownies kami & yang sentiasa repeat order. Juga no contact jika korang ada pertanyaan lebih lanjut.



06/09/2026

Ya Allah, kurniakanlah kami kekuatan & kesabaran dalam kami mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini.

Aktiviti 31 Ogos haritu. Bukan pi tengok perarakan dekat Putrajaya atau pi jalan2 dekat shopping mall.Aku tukar pasu pok...
04/09/2026

Aktiviti 31 Ogos haritu. Bukan pi tengok perarakan dekat Putrajaya atau pi jalan2 dekat shopping mall.

Aku tukar pasu pokok2 adenium aku ni. Pokok ni aku beli bulan June haritu. Tapi tak semua beli ada juga yang dapat free. Yang dalam pasu putih tu & ada lagi 2 pokok tapi takde dalam gambar.

Aku tukar pasu yang lebih besar sikit, saiz 4" kot(22cm). Aku beli dekat Ecoshop Eco grandeur jer. Beli yang mur2 jer. 1 set rm2.60. 1 set tu ada 2 pcs. Aku beli 3 set. Ngam2 untuk 6 pokok semua.

Video pokok lepas tukar pasu aku ada letak dekat ruangan komen. Sudi2 lah korang tengok sana ya.

03/09/2026

Ada cerita sikit berkenaan kek ni. Bukan lah cetita viral ke apa cuma kek bersaiz besar ni submit order 2 hari sebelom tarikh penghantaran.

Pelanggan nak kek ni pada 2/9/2026. jam 9.30 pagi perlu sampai di Hospital Shah Alam. Di sebabkan penghataran kami untuk isnin - jumaat hanya selepas jam 6.30 petang, jadi perlu guna khidmat lalamove.

Buat booking lalamove awal pada 1/9/2026 & set time pickup 5.30 petang, Alhamdulillah penghantaran selamat sampai pada waktunya.

Walaupun waktu singkat tapi masih boleh submit order jika jadual tidak terlalu padat. Juga deco hanya yang biasa2(tiada pergunaan edible image, eksessori lain).

Untuk menempah atau mungkin nak bertanya lebih lanjut boleh cek no untuk dihubungi di profile/bio atau boleh juga tekan wasap button di bawah.

& saya ada tinggal juga no contact di ruangan komen berserta detail kek. Korang sudi2 kan tengok disana ya.



Ni semalam tengahari canopy tepi rumah habis ranap kena pukul ribut. Tiba2 jer hujan & angin kencang dekat Kampung Bukit...
02/09/2026

Ni semalam tengahari canopy tepi rumah habis ranap kena pukul ribut. Tiba2 jer hujan & angin kencang dekat Kampung Bukit Kapar ni.

Pokok nangka pakcik tepi rumah ni pun tumbang. Nasib sangat baik tak tumbang ke arah rumah. Dan ada rumah jiran yang bumbungnya di terbangkan angin. Semoga tiada terjadi kemalangan jiwa & semoga dipermudahkan urusan semua. Gambar kami ada letak di ruangan komen.

Lebih kurang jam 2, angin dah tak menggila & hujan pun dah reda. Bekalan letrik terputus beberapa jam.

Tempat korang semua macam mana. Ko ngsi info di ruangan komen.

01/09/2026

Kek yang ada becorak di bahagian atasnya. Berwarna warni mengikut jenis perisanya.

Tapi warna tu boleh diubah atas permintaan pelanggan. Untuk sedap mata memandang & enak dimakan.

Kek Marble jelita, di antara perisa yang ada Marble Red velvet coklat ,Marble coklat, Marble pandan, Marble oren & Marble kopi.

Untuk menempah atau mungkin nak bertanya lebih lanjut boleh cek no untuk dihubungi di profile/bio.

& saya ada tinggal juga no contact di ruangan komen. Juga sebiji harga kek Marble jelita.



31/08/2026

Ya Allah, peliharalah kasih sayang antara kami sekeluarga dan orang di sekeliling kami. Semoga hubungan kami menjadi semakin erat.

31/08/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 TAHUN 2026! 🇲🇾Ayuh kita bersama-sama menzahirkan rasa syukur atas nikmat keaman...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 TAHUN 2026! 🇲🇾

Ayuh kita bersama-sama menzahirkan rasa syukur atas nikmat keamanan, keharmonian dan kemerdekaan yang kita kecapi.

Semoga Malaysia kekal aman, terus maju, makmur dan sejahtera serta menjadi sebuah negara yang disegani di mata dunia. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati bumi Malaysia dan seluruh rakyatnya.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Address

Lot 6379, Jalan Meranti, Kampung Bukit Kapar
Klang
42200

Telephone

+60193491692

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ori Bake by Fizallicious posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ori Bake by Fizallicious:

Shortcuts

Share