25/03/2025
Ramai yang tanya saya pasal daging.
Nak masak guna daging segar atau daging beku?
Boleh jer guna kedua-duanya, cuma kita perlu tahu apa tujuan dan citarasa yang kita mahukan serta paling penting berapa budget kita.
Biasanya untuk berniaga, jamuan atau katering. Kita gunakan daging beku sahaja kerana faktor harganya yang jauh lebih murah.
Harga daging segar adalah sekitar RM42 - 45 sekilogram manakala daging beku hanya RM15 - 20 sekilogram sahaja.(boleh rujuk dan semak semula harga terkini )
Dari segi rasa dan tekstur tentulah berbeza mengikut harga. Masa memasak juga berbeza. Daging segar tempatan lebih cepat dimasak berbanding daging beku.
Perlu diingatkan, semua daging beku adalah daging kerbau ya tetapi bukan lah kerbau yang macam ditempat kita.
Kerbau India ni lebih kecil dan lembut berbanding kerbau tempatan. Mungkin rupanya juga lebih 'cute'
Daging kerbau beku ini dibungkus mengikut potongan bahagian daging dan ia dibezakan mengikut kod yang standard.
Tidak kisah lah jenama apa pun daging itu, dagingnya tetap sama mengikut kod.
Disini saya sertakan carta kod, bahagian daging dan masakan apa yang sesuai untuk daging tersebut.
Semoga ia dapat membantu semua untuk lebih hebat lagi memasak dan tidak pening nak pilih yang mana.
Jika anda nak belajar buat sup & soto yang paling padu untuk RAYA ni, boleh tengok dilink ni...belajar online je..LENGKAP semua saya sediakan
https://ezy.la/sup-soto
Chef Amer