21/09/2018
Salam semua,
Kepada semua sahabat FB dan sahabat seperniagaan, saya merasa bertanggung jawab kerana Allah untuk berkongsi satu pengalaman supaya kita semua tidak terpedaya olih orang2 yang tidak bertanggung jawab. Bacalah ...
Dia tengok dan dapat number kita dari FB. Dia akan hantar Whasapp pada kita dan akan call kita. Mereka bukan orang tempatan berdasarkan kefasihan berbahasa Inggeris dan suara. Saya menulis dalam bahasa ibunda dengan harapan mereka tak faham apa yang saya nak kongsikan.
Jangan sekali-kali layan mereka. Blok terus number mereka. Sila berhati-hati bila dia kata begini:
1. Dia kata dia nak order barang tapi hantar ke suatu alamat lain (bukan alamat rumah dia sendiri)
2. Dia kata dia kerja luar kawasan/negara dan tiada dirumah sendiri untuk terima barang nanti.
3. Kita minta maklumat dia saperti nama, alamat untuk kita hantar Poslaju, tapi dia tak bagi. Kita pun tak perasan masa ni.
4. TAPI dia akan minta semua detail kita dan secara tak perasan kita pun bagi dia matlumat kita contoh nya:
a) nama kita/company
b) number account bank
c) alamat kita
5. Lepas itu TERUS dia kata dia dah buat pembayaran melalui bank luar negara dan ada polisi bank (contoh nya pertukaran wang asing, protocol bank negara itu, dan sebagai nya). Dia kata polisi bank dia memerlukan dia menghantar/ memasukkan jumlah bersamaan RM1,000 sedangkan harga barang kita dibawah jumlah tersebut.
6. Dia suruh kita masukkan duit kita dulu untuk mencukupkan tukaran wang asing itu dan memberi account number orang tempatan sebagai orang tengah. Disinilah kita akan terpedaya jika kita tidak faham cara bank menguruskan transfer dan sebagainya.
Berhati2 lah ya. Kita di FB ni sebenarnya sedang diperhatikan olih pemangsa yang celik IT. Semoga Allah lindungi kita semua dari aniaya mereka2 ini. Aamiin.
Wallahualam.