27/12/2021
Perbezaan Fresh Cream dan Whipping Cream:
OK first sekali kena faham 2 perkara ni dulu :
-DAIRY (Tenusu)
-NON DAIRY (Bukan tenusu)
1. DAIRY (WHIPPING CREAM)
Bila kata TENUSU je ingatlah susu (lembu). Ada perkataan UHT selalunya kat kotak. (Ultra Heat Temperature) biasanya memang untuk bahan tenusu. Dia rasa lemak, tawar dan tak boleh nak dibentuk. Dia power kat rasa yang lemak tu.
Macam ni cara nak ingat dia supaya senang faham : SUSU – LEMBU – LEMAK – TAKLEH BENTUK.
2. FRESH CREAM / WHIP TOPPING
Bila kata BUKAN TENUSU je ingatlah lelemak sayuran (biasanya dari kelapa sawit). Biasanya lelemak sayuran ni ada rasa manis, sebagai agen stabiliti.
Cara nak ingat dia supaya senang faham : LELEMAK SAYURAN – KELAPA SAWIT – INGAT DAUN KELAPA SAWIT TU – INGAT BENTUK DAUN – BOLEH DI PIPING JADIKAN MACAM-MACAM BENTUK.
Sesuai untuk jadi lepa kek, topping kek, filling durian crepe, creampuff montok, dan apa-apa sahaja yang perlukan ‘volume’ untuk cantik.
Ingat, susu (lembu)- takleh bentuk. (UHT)
Ingat, daun kelapa sawit – boleh bentuk. (TOPPING)
Kredit: Petuaibu.com