24/10/2021
Gerakkan Aku Budak Kluang telah bermula dari 2015 bermakna telah 6 tahun kita bergerak secara konsisten.Segala info dalam daerah Kluang spt bencana, kebakaran, covid, permasalahan rakyat Kluang hingga ke kehilangan ic dipaparkan di fb ABK yg telah ada 100k + follower dan secara realiti kami ada Tim ABK yg turun padang turut sama membantu.
Atas menghargai kalian semua terutama follower ABK kami akan mengadakan ABKday2021 pada 30hb Oktober dari jam 9pg-7ptg di Ngepot Kabin yg turut dihadiri Datuk Hasni Mohammad MB Johor dan YB Datuk Onn Hafiz Ghazi Exco Pelancongan Belia & Sukan Johor.
Pelbagai aktiviti yg anda boleh turut serta dan give away sempena 100k follower ABK.Pastikan kita mengikut SOP yg telah ditetapkan.Jumpa anda pada 30hb Oktober (Sabtu) ini.☺️