26/02/2025
25 FEBRUARI 2025 | INSTITUT VETERINAR MALAYSIA
PROGRAM KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL MENGENAI KONFLIK MANUSIA-GAJAH DI INSTITUT VETERINAR MALAYSIA 2025
Satu program kerjasama bersama pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Negeri Johor telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Februari 2025.
Program ini adalah bertujuan untuk mendapatkan khidmat nasihat teknikal dari pihak PERHILITAN dengan memberikan tunjuk ajar, khidmat nasihat serta langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak Institut dalam menguruskan konflik manusia-gajah di Institut. Khidmat nasihat ini telah disampaikan oleh En. Mohamad Fazihan bin Mahadi, Penolong Pegawai Hidupan Liar.
Seramai 30 orang pegawai teknikal Institut dan 122 orang pelajar telah terlibat dalam program khidmat nasihat ini ekoran daripada masalah yang telah dihadapi oleh IVM yang terpaksa berhadapan dengan beberapa insiden yang melibatkan kemasukan gajah liar ke dalam kawasan Institut dan tahap risikonya telah menjadi semakin serius apabila kacau ganggu gajah liar tersebut telah melibatkan kawasan ladang, pengeluaran/pembelajaran serta kuarters kediaman pegawai dan kakitangan.
Semoga program ini dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada semua kakitangan serta memberi pendedahan yang lebih meluas berkaitan gajah liar dalam menangani perkara yang tidak diingini.
Pihak pengurusan merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas kerjasama dan perkhidmatan pihak PERHILITAN Negeri Johor dalam membantu Institut dalam konflik gajah-manusia selama ini.
# IVMkearahakreditasiMQA