03/09/2026
MAHA 2026 @ KELFARM ...BUKAN SEKADAR MAKAN!
Bila sebut MAHA, mesti ramai terus terbayang makanan, free tester, free gift dan macam-macam lagi kan?
Tapi di sebalik semua itu, MAHA juga menjadi tempat untuk kita melihat, belajar dan mengenali dengan lebih dekat dunia pertanian serta penternakan moden.
Antara yang menarik perhatian di Kelfarm tentunya pameran Wagyu Kelantan
Kami turut berkongsi sedikit tentang bagaimana ternakan Wagyu boleh dijalankan di Kelantan, serta pengalaman dan ilmu yang kami peroleh dalam mengusahakan ternakan Wagyu tempatan.
Di sini kita dapat lihat sendiri bagaimana setiap penternak mempunyai pengalaman dan pendekatan yang berbeza, tetapi semuanya membawa satu perkara yang sama ilmu penternakan yang hebat.
Daripada pengurusan ternakan, teknologi, baka sehinggalah kepada penghasilan daging berkualiti, inilah antara gambaran sebenar dunia penternakan moden yang mungkin tidak kita nampak setiap hari.
๐ MAHA 2026 โ Laman Veterinar, MAEPS Serdang
๐
28 Ogos โ 6 September 2026
โฐ 10.00 pagi โ 10.00 malam
MAHA masih berlangsung! ๐
Kalau belum singgah, jom datang jumpa kami di Kelfarm dan kenali lebih dekat Wagyu tempatan dari Kelantan! ๐๐ฅฉ