Mak Sitie Store

Mak Sitie Store Menjual segala jenis makanan kering. murah & berpatutan. Sesuai utk sebarang majlis. Tempahan Goodies untuk sebarang majlis. Pasir Mas, Kelantan.

17/06/2024
17/06/2024

Usahawan desa kelantan

15/06/2024

Game Kedai Runcit

1. Kedai runcit ni gamenya game tunai. Bisnes cash ni bukan penting berapa banyak untungnya untuk satu item tetapi berapa cepat duit boleh dipusingkan.

2. Sejak 15 tahun lalu game runcit telah dikuasai oleh orang aceh. Mereka bawa kelainan dari game runcit taukey cina yang lama. Mereka masuk barang basah seperti ikan, sayur dan ayam.

3. Game runcit ni game personal. Main duit tiap hari. Berapa banyak dapat jual sehari itu sangat penting. Untuk satu kedai dikampung perlu sekurang-kurangnya 200 pelanggan sehari dan seorang pelanggan membeli sekurangnya RM50.

4. Kalau nak buka kedai runcit perlu tengok dulu kuasa membeli satu-satu kawasan. Walaupun kawasan perumahan baru, kuasa membeli kecil. Biasanya isi rumah s**a berbelanja di mini market. Kena kira sewa, bil dan gaji pekerja. Kalau overhead 10K kena ada sale 100K baru balik modal.

5. Nak naikan untung kena jual barang basah. Kalau barang kering biasanya semua dah ada maksimum harga. Tak guna kalau jual barang mahal RM50 tapi untungnya cuma 50 sen.

6. Kebanyakan kesalahan game runcit banyak simpan duit bawah bantal. Tak tahu untung ke tidak. Bila pembekal datang hujung minggu bayar pembekal je. Baki kat tangan tak tahu berapa. Sekarang dah ada sistem POST mudah sikit setiap minit kita dah tahu berapa untung dan rugi kita dalam siatem.

7. Saya kenal seorang taukey cina 8 tahun lalu. Tiap hari dia mas**an duit kat bank melalui manual. Satu hari saya tanya dia kenapa dia mas**an duit setiap hari.

Dia ceritakan pada saya. Dia pusingkan akaun selama 6 bulan atas nama anak dia yang belajar di Australia. Dia nak beli rumah kedai. Bila anak dia balik nanti dah ada hartanah dan boleh mulakan hidup katanya. Kata taukey tu " bank cuma beri pinjam pada mereka yang kaya dan mereka yang nampak kaya".

Dari pengalaman itu setiap anak saya berusia 18 tahun saya daftarkan syarikat pada mereka. Supaya mereka ada akaun syarikat yang boleh dipusingkan duitnya.

9. Satu lagi cerita runcit. Saya kenal satu pemilik kedai pakaian di shah alam. Dia jual murah. Jualan harian dia pada musim raya adalah 200K sehari. Lepas beberapa bulan dia jumpa bank. Minta bank pinjaman. Lepas tu guna duit yang bank beri pinjam untuk simpanan dan bisnes lain. Untung kedai katanya untuk bayar balik pinjaman. Itu rupanya game cash. Dapat untung sebelum berniaga.

10. Jarang anak muda nak join bisnes runcit. Jarang anak muda berkerja-kerja di kedai runcit. Tak glamor katanya. Hello hello.

Mula berniaga adalah menjual
Mula menjual adalah menjaja

Banyak ilmu bisnes dalam bisnes runcit. Jangan salahkan warga bangla, warga indon menguasai bisnes ni jika anak muda kita tak mahu masuk dalam bidang ni.

Modul-modul usahawan di universiti dan kolej perlunya ada bisnes real. Kena ada kedai koperasi, kedai runcit yang diurus pelajar.

Lakukanlah walaupun kita sudah keterbelakang. Tulisan ini pun terlalu panjag ramai yang malas membacanya.

Idea Baru

Sekejap je lagi. Beras, ayam, kambing semua beli online. Bukan sebab mahal ke murah. Sebab orang nak mudah. Saya dah mula buka kedai online jual barang runcit. Dulu supermaket makan kedai runcit kecil-kecil. Kejap lagi supermarket ni kena makan oleh peniaga belakang rumah.

Jual Ayam Kampung

https://coachbaha.onpay.my/order/form/329

13/06/2024
09/06/2024
Word is power
05/06/2024

Word is power

02/06/2024

Address

Kota Bharu
15670

Telephone

+60139138068

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mak Sitie Store posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mak Sitie Store:

Share

Category