21/01/2023
6 JENIS MIXER & KEGUNAANNYA 👩🍳
Jom kenali jenis jenis mixer yang boleh digunakan untuk menghasilkan dessert kegemaran anda 😋
1. Whisk
Whisk ini digunakan untuk mengaduk adunan yang sedikit & memerlukan tenaga tangan yang kuat. Terdapat beberapa jenis whisk seperti balloon whisk, french whisk, spiral whisk, flat whisk dan ball whisk.
2. Hand Mixer
Hand mixer dapat mengadun kuantiti adunan yang sedikit banyak dari menggunakan whisk biasa. Ia harus dipegang dengab tangan kerana tiada bekas yang khusus. Juga, kita dapat mengawal kadar kelajuan untuk putarkan adunan.
3. Stand Mixer
Stand mixer berkedudukan yang tetap kerana mempunyai mangkuk tersendiri. Ia lebih stabil dan tidak perlu di pegang. Stand mixer memerlukan tenaga elektrik untuk digunakan.
4. Spiral Mixer
Mixer ini digunakan untuk mengaduk adunan kental dan liat seperti roti dan mi. Ia berukuran besar and digunakan dalam skala industri.
5. Dough Mixer
Ia digunakan untuk mengadun berbagai bahan dalam pembuatan roti. Dengan pertambahan bahan, ia dapat menjadikan doh yang lebih sempurna.
6. Planetary Mixer
Adunan dalam mixer ini terputar seperti putaran planet. Semasa ia digunakan, mangkuk adunan akan dinaikan dan diturunkan apabila selesai. Ia digunakan untuk membuat toti, pastry dan mengadun bahan cecair sepeti susu dan whipped cream.
Untuk info lanjut, ikuti page ini.
https://web.facebook.com/petitecupcakess/