Denay Crunchies

Denay Crunchies "TAK HENTI CRUNCHIES"
Mencari snek unik pelbagai perisa? Kami NZCrunchies mempunyai pelbagai perisa!

SERONOKNYA MAKAN, DAH MAKAN MENGANTUK PULA🥱😴Sehabis makan, memang paling enak bersantai sejenak sebelum melahnjutkan akt...
20/01/2023

SERONOKNYA MAKAN, DAH MAKAN MENGANTUK PULA🥱😴

Sehabis makan, memang paling enak bersantai sejenak sebelum melahnjutkan aktivitas lain. Namun, tidak jarang yang curi-curi waktu untuk tidur sehabis makan siang. Ada juga yang sengaja makan pada jam menjelang tidur, mengingat sebelum tidur tidak ada lagi aktiviti.

Namun jangan salah, langsung tidur sehabis makan tidak baik untuk kesehatan. Lantas, berapa lama Anda boleh tidur setelah makan? Kenapa tidak boleh langsung tidur setelah makan⁉️

Mari kita lihat keburukkan tidur selepas makan untuk kesihatan:

1. Gangguan proses pencernaan
Posisi tubuh yang paling baik selama proses pencernaan adalah duduk atau berdiri dengan tegak. Dengan begitu, laju pencernaan dan penyerapan makanan dapat optimal. Apabila Anda langsung berbaring setelah makan, akibatnya proses pencernaan akan melambat. Melambatnya proses pencernaan menjadi salah satu bahaya tidur setelah makan karena dapat menyebabkan nyeri perut ataupun rasa tidak nyaman yang justru membuat Anda kesulitan tidur.

2. Mengurangkan kualiti tidur
Bahaya tidur setelah makan selanjutnya adalah mengurangi kualiti tidur di malam hari. Terutama jika Anda memakan makanan berat atau berlemak yang berpotensi menyebabkan nyeri perut dan perut kembung sehingga tidur menjadi tidak nyenyak.

3. Berat badan makin bertambah
Kenaikan berat badan dapat terjadi akibat tidur setelah makan. Mengapa begitu? Apabila Anda langsung terlelap selepas makan, tubuh tidak memiliki cukup waktu untuk melakukan pembakaran kalori sehingga timbunan lemak dapat terjadi.

4. Strok
Menurut penelitian, semakin panjang jarak waktu tidur setelah makan, maka risiko mengalami strok juga semakin rendah. Ketika Anda makan, gula darah, kolesterol, dan aliran darah mengalami perubahan. Di mana perubahan itulah yang dapat mempengaruhi risiko strok. Penelitian lain menunjukkan bahwa bahaya tidur setelah makan yang satu ini berkaitan dengan risiko refleks asam lambung. Kondisi ini sering dialami oleh orang yang waktu makan dan tidurnya berdekatan. Akibatnya, terjadi sleep apnea.

Sentiasalah beringat, jangan pernah sesekali jadikan tidur selepas makan sebagai perkara biasa untuk anda. Sayangilah tubuh badan anak jangan menyesal dikemudian hari.😉😁

Jom dapatkan tips yang menarik lagi ruangan page kami untuk kebaikan anda semua juga.😄👇🏻
https://www.facebook.com/profile.php?id=100086992914711&mibextid=LQQJ4d

20/01/2023

ANAK ANDA S**A MAKAN SNEK? RISAU SNEK YANG ANAK ANDA MAKAN TIDAK BERKHASIAT🥹

Anak-anak yang ingin membesar gemar memakan makanan ringan dan manis. Akan tetapi ia merisaukan para ibu diluar sana kerana snek yang dimakan oleh anak mereka adakah baik untuk kesihatan anak mereka dan tidak memberi kesan sampingan? Jangan risau kami disini akan berkongsi kepada satu resepi yang mudah untuk para ibu buat dirumah🤗😁.

Jom kita tengok apa bahan-bahan yang perlu ada dan cara menyediakannya:

BAHAN-BAHAN👇🏻
-Daun kari dicincang halus
-Sedikit serbuk kunyit
-Tepung gandum unbleached (1 1/2 cawan)
-Ikan bilis (ditumbuk dan direndam sebelum digoreng)
-Sedikit air (agak-agak untuk jadikan doh)
-Minyak panas (dicampurkan ke dalam tepung)

CARA-CARA👇🏻
-Satukan semua bahan terlebih dahulu kecuali air.
-Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
-Kemudian boleh leperkan atau gelek ikut nak nipis macam mana.
-Potong ikut bentuk yang kita nak.
-Sediakan kuali dan panaskan atas api.
-Goreng dalam minyak banyak (deep fry).
-Mula-mula guna api besar, bila dah nampak gelembung tu bolehlah kecilkan api.
-Angkat bila dah keperangan.
-Toskan dan tunggu sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas.

Haaa ibu-ibu tak perlu risau lagi makanan yang anak anda makan, jadi ibu boleh gunakan resepi tersebut untuk snek harian anak anda.😉

Untuk dapatkan tips atau resepi yang menarik dari kami sila layari page kami dibawah👇🏻
https://www.facebook.com/profile.php?id=100086992914711&mibextid=LQQJ4d

ANDA MAKAN? PERLU ATAU TIDAK KITA MAKAN MENGIKUT WAKTU⁉️Hendak menjaga waktu makan juga satu perjuangan. Walaupun perut ...
20/01/2023

ANDA MAKAN? PERLU ATAU TIDAK KITA MAKAN MENGIKUT WAKTU⁉️

Hendak menjaga waktu makan juga satu perjuangan. Walaupun perut meminta-minta untuk diisi, namun ada sahaja perkara yang membuatkan ia tertangguh-tangguh. Makan pada waktu yang sesuai sebenarnya boleh memberikan banyak manfaat.
Ia boleh membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat, mengekalkan tenaga dan mungkin juga melawan penyakit. Tetapi bagaimana anda menentukan masa yang sesuai?🤔

Jom kita ketahui waktu yang tepat untuk untuk kita makan dalam seharian😄:

✅Sarapan jangan melebihi jam 10 pagi
-Jangan sesekali meninggalkan sarapan pagi. Hidangan ini paling penting kerana ia adalah penentu corak gula dalam darah untuk sepanjang hari. Hidangan pertama ini paling bagus diambil pada jam pertama selepas bangun pagi supaya tubuh badan bersedia untuk menjalani pelbagai aktiviti di sepanjang hari. Jika pagi anda terlalu sibuk, pastikan sarapan sebelum melepasi jam 10 pagi. Apa yang anda makan ketika sarapan pagi mempunyai kesan yang besar pada sepanjang hari.

✅Makan tengahari jangan lewat dari jam 2 petang
-Setiap hari, metabolisme badan akan berada di tahap tertinggi di antara jam 10 pagi dan 2 petang. Jadi, ini adalah waktu terbaik untuk anda menikmati hidangan makan tengahari kerana fungsi sistem penghadaman lebih kuat pada masa ini. Hidangan tengah hari yang sihat dan tahan lama hendaklah berasaskan bijirin penuh seperti wrap, roti pita, pasta bijirin penuh, nasi atau mi. Masukkan juga beberapa protein tanpa lemak untuk membantu anda kenyang seperti dada ayam, telur, kekacang, salmon atau tuna.

✅Makan malam bukan lewat malam
-Cara yang betul adalah, anda perlu makan malam kira-kira empat hingga lima jam selepas makan tengah hari. Jadi, jika anda makan tengahari pada jam 2 petang, waktu makan malam ialah di antara jam 6 petang ke 7 malam. Ini adalah jam-jam terakhir kadar metabolisme badan anda meningkat sebelum ia mula perlahan. Perlu diingatkan semakin lama anda memberi ruang waktu kepada tubuh badan di antara waktu makan terakhir dan waktu tidur, lebih banyak manfaat kesihatan yang akan diperolehi.

Ikuti https://www.facebook.com/profile.php?id=100086992914711&mibextid=LQQJ4d untuk mendapatkan lebih banyak tips yang menarik dan berguna untuk diri anda.🤭👇🏻

MAKIN HARI BERAT BADAN MAKIN NAIK‼️ ANDA RISAU TAK TAHU NAK BUAT APA😫⁉️Tahukan anda masalah untuk mengurangkan berat bad...
20/01/2023

MAKIN HARI BERAT BADAN MAKIN NAIK‼️ ANDA RISAU TAK TAHU NAK BUAT APA😫⁉️

Tahukan anda masalah untuk mengurangkan berat badan merupakan pengalaman yang sangat menakutkan bagi mereka yang s**a makan.

Berat badan bertambah bukan sahaja menjejaskan penampilan, namun juga berbahaya terhadap kondisi kesihatan.🥹

Jom ketahui lebih lanjut senaman ringan dan mudah yang anda boleh lakukan sesame berada dirumah dan apabila waktu lapang.😆

1. Side to side plank
Bergerak ke kiri kanan sambil fokuskan bebanan pada bahagian perut kita.

2. Jump in
Lompatkan kaki ke depan dan ke belakang, pastikan rasa di bahagian teras perut.

3. Split squat
Pastikan peha dan kaki kita dalam keadaan 90 darjah. Lutut kaki sebelah turun sehingga hampir mencecah lantai.

4. High knee run
Lari sambil lutut diangkat hingga ke paras pinggang, sambil tangan dihayun laju. Lagi laju kita berlari lagi bagus.

5. Lateral jump
Tarik kaki ke bahagian sisi belakang, lagi jauh kita boleh tarik lagi bagus sambil tangan menghayun seperti berlari.

Dengan ini melakukan senaman ringan sebanyak 3 kali seminggu dapat mengurangkan berat badan berlebihan dan dapat mengembalikan bentuk badan yang anda inginkan.✅

Diharapkan semoga perkongsian cara senaman untuk mengurangkan berat badan dari kami dapat menbantu anda semua yang sedang dilema berat badan berlebihan. “HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH”

Inginkan pelbagai tips menarik lag? Sila layari laman Facebook rasmi kami di😁👇🏻
https://www.facebook.com/profile.php?id=100086992914711&mibextid=LQQJ4d

SNEK BERKHASIAT YANG ANDA WAJIB MAKAN‼️😁Haa harini kami nak kongsikan info yang menarik dengan pembaca semua mengenai sn...
20/01/2023

SNEK BERKHASIAT YANG ANDA WAJIB MAKAN‼️😁

Haa harini kami nak kongsikan info yang menarik dengan pembaca semua mengenai snek berkhasiat.

Kajian menunjukkan individu yang mengambil snek secara teratur mendapat lebih khasiat dan nutrien dalam diet harian mereka seperti kalsium dan protein. Yang nyata, bukan bermakna anda boleh mengambil apa sahaja sebagai snek sebaliknya ia adalah alternatif untuk kekal bertenaga sepanjang hari tanpa rasa lapar dan lesu.😊🤗

Berikut adalah snek berkhasiat yang anda perlu tahu:

📌Epal
Epal mengandungi banyak fiber kira-kira 1/5 daripada keperluan harian anda yang mana ia adalah snek paling ideal untuk menahan daripada rasa lapar sepanjang hari. Kandungan fiber yang terdapat di dalam epal membantu perut rasa kenyang dengan lebih lama dan membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.

📌Campuran kekacang
Apabila sebut sahaja kekacang pastinya almond antara kacang yang menduduki tangga teratas. Namun jika anda bosan mengambil almond sahaja, apa kata campurkan almond bersama lain jenis kekacang. Campuran kekacang ini sangat baik untuk tubuh kerana ia membantu menahan rasa lapar. Ia juga tinggi fiber dan protein yang diperlukan tubuh. Kandungan mineral yang terdapat dalam pelbagai jenis kekacang juga membantu otot berfungsi dengan baik selain melancarkan peredaran darah.

📌Frozen smoothies
Jika anda mencari solusi yang ringkas dan cepat, inilah jawapannya. Smoothies kaya dengan fiber dan tinggi protein. Ia juga memudahkan proses detox. Jika anda mencuba untuk meningkatkan tenaga dan mengurangkan rasa lapar, smoothies adalah pilihan yang tepat. Jika s**ar menyediakan smoothies setiap hari, apa kata frozenkan untuk memudahkan anda menikmatinya bila-bila masa. Pilihlah smoothies dari buah-buahan segar dan kering seperti pisang, tomato, lobak dan kurma yang mengandungi banyak khasiat.

📌Greek yogurt
Walaupun greek yogurt agak bosan daripada yogurt berperisa namun ia dua kali ganda kaya dengan protein, kalsium, phosphorus dan magnesium yang diperlukan tubuh, tulang dan otot.

📌Granola bars
Granola bars yang biasa kita makan ketika zaman sekolah dulu tinggi dengan kandungan gula. Walau bagaimanapun, granola bars yang dibuat khusus untuk orang dewasa lebih berkhasiat dan mampu menahan lapar sepanjang hari kerana ia kaya dengan kekacang, bijian sempurna, buahan kering dan pemanis yang sihat.

📌Rumpai Laut
Bahan-bahan ini merupakan sumber antioksida penting yang juga berfungsi sebagai bahan anti radang yang hebat. Tapi, apa yang membuatkan rumpai laut ni sangat istimewa mestilah kerana kandungan iodinnya yang sangat tinggi. Iodin merupakan sejenis mineral yang diperlukan oleh tubuh untuk membuat hormon tiroid. Antarnya adalah meningkatkan kadar metabolik basal, membantu mengawal pertumbuhan tulang dan pematangan saraf, dan meningkatkan kepekaan sistem tubuh badan.

📌Coklat gelap
Selain rasanya yang enak, ianya juga diperkaya dengan serat, zat besi, magnesium dan juga mangan. Tapi manfaat utamanya tentulah variasi antioksida yang terkandung di dalamnya. Banyak dapatan kajian menunjukkan bahawa coklat gelap boleh meningkatkan fungsi otak, meningkatkan pengaliran darah ke seluruh sistem tubuh, dan juga mengurangkan tekanan darah.

Itulah 7 snek khasiat yang perlu anda tahu untuk sama-sama kita amalakan dalam pemakanan kita seharian🥰

Ingin lebih banyak tips yang menarik? Silalah berkunjung ke FB Page kami ya☺️👇🏻
https://www.facebook.com/profile.php?id=100086992914711&mibextid=LQQJ4d

MENGAPA PERLU MENGAMBIL SNEK YANG SIHAT? 🤔 ADAKAH IA MEMBERI KESAN YANG BAIK UNTUK KESIHATAN KITA⁉️📌Tujuan pengambilan S...
20/01/2023

MENGAPA PERLU MENGAMBIL SNEK YANG SIHAT? 🤔 ADAKAH IA MEMBERI KESAN YANG BAIK UNTUK KESIHATAN KITA⁉️

📌Tujuan pengambilan Snek?
Pengambilan snek boleh menambahkan vitamin, mineral dan nutrien-nutrien yang lain dalam makanan. Ini juga dapat memenuhi kedua-dua keperluan iaitu nutrisi dan sosial. Pengambilan snek adalah sesuatu yang menyeronokkan tetapi perlu dipelbagaikan jenis makanannya😄.

Panduan memilih snek:

1. Pilih makanan yang rendah lemak, gula dan garam.
2. Cuba pilih snek daripada kump**an karbohidrat kompleks serta tinggi serat, vitamin dan mineral.
3. Rancang pemakanan harian anda mengikut panduan piramid makanan. Ini akan membantu mengimbangkan antara snek dan menu utama anda.
4. Rancang snek anda untuk mengelakkan anda memakan apa sahaja yang anda lihat.
5. Ambil snek hanya apabila anda lapar dan bukannya apabila anda rasa bosan atau gelisah.
6. Hadkan pengambilan snek kurang dari 250 kilokalori setiap kali ianya diambil.

Ini adalah masa yang terbaik untuk menukar cara pemakanan kita dan membiasakan diri dengan kehidupan yang lebih baik.
SEMOGA TIPS INI BERMANFAAT UNTUK ANDA SEMUA😉

Pelbagai tips yang lebih menarik akan dikongsi di laman Facebook rasmi kami, hanya di👇🏻
https://www.facebook.com/profile.php?id=100086992914711&mibextid=LQQJ4d

ANDA PENGGEMAR COKLAT🍫TAPI ADAKAH ANDA TAHU KEBAIKAN COKLAT YANG ANDA MAKAN⁉️🍫Coklat umumnya digemari ramai tanpa mengir...
20/01/2023

ANDA PENGGEMAR COKLAT🍫TAPI ADAKAH ANDA TAHU KEBAIKAN COKLAT YANG ANDA MAKAN⁉️

🍫Coklat umumnya digemari ramai tanpa mengira peringkat usia dan masyarakat dan makanan ini sering dijadikan sebagai comfort food. Antara jenis coklat yang tidak asing lagi ialah coklat gelap, coklat susu dan coklat putih. Coklat dihasilkan daripada pemprosesan bji koko yang dipetik dari pokok koko atau dikenali sebagai Theobroma cacao. Coklat merupakan sejenis makanan yang kaya dengan antioksida yang dapat mencegah kerosakkan sel yang diakibatkan oleh radikal bebas.🤗

Kali ini kami akan kongsikan sedikit kebaikan coklat yang anda gemari🤩

1. Mengawal tekanan darah
Terdapat kajian yang telah dijalankan untuk mengkaji kesan pengambilan coklat gelap ke atas pengawalan tekanan darah peserta dan kajian ini mendapati bahawa pengambilan coklat gelap dapat membantu untuk menurunkan tekanan darah peserta.

2. Mengurakan risiko diabetes
Coklat dikatakan mempunyai komponen yang dapat meningkatkan sensitiviti insulin. Kajian mendapati bahawa golongan sihat yang mengambil coklat di dalam kuantiti yang sederhana mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit diabetes.

3. Bersifat anti obesiti
Kajian telah menunjukkan bahawa coklat merupakan salah satu makanan yang dapat mencegah obesiti. Satu kajian telah dijalankan terhadap haiwan dan kajian ini mendapati bahawa pengambilan coklat dapat mencegah obesiti yang disebabkan oleh diet tinggi lemak dengan mengurangkan penghasilan asid lemak dan memodulasi metabolisma lemak.

4. Meningkatkan fungsi kognitif
Kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan pengambilan makanan yang kaya dengan sumber flavonoid dan fungsi kognitif. Kajian ini mendapati bahawa pengmbilan makanan seperti coklat yang kaya dengan flavonoid telah meningkatkan fungsi kognitif peserta di dalam kajian.

5. Mengurangkan risiko strok
Hubungan antara pengambilan coklat dan risiko untuk mendapat strok telah dikaji dan ianya didapati bahawa pengambilan coklat di dalam kuantiti yang sederhana dapat mengurangkan risiko untuk mendapat strok.

Jadi, inilah kebaikan coklat yang anda tidak tahu untuk kesihatan diri kita🤭🤗

Ikuti
Untuk mendapatkan lebih banyak tips yang menarik hanya di👇🏻
https://www.facebook.com/profile.php?id=100086992914711&mibextid=LQQJ4d

KEGEMARAN RAMAI😋🥚NIKMATI RASA LEMAK-LEMAK MASIN🍳Antara perisa yang masih menjadi kegilaan ramai iaitu Golden Salted Egg🍳...
19/01/2023

KEGEMARAN RAMAI😋🥚NIKMATI RASA LEMAK-LEMAK MASIN🍳

Antara perisa yang masih menjadi kegilaan ramai iaitu Golden Salted Egg🍳Siapa je yang tak s**a rasa rangup dicampur rasa masin2 telur masin😍Ditambah p**a dengan aroma daun kari yang menyengat pasti tak henti crunchies dibuatnya🤭

Didatangkan dengan edisi balang dan edisi pouch bag dengan harga yang mur-mur saja🤩

Tunggu apa lagi, jom dapatkan NZ Crunchies Salted Egg sekarang‼️

Untuk dapatkan sila klik link di bawah👇🏻🤗
http://www.wasap.my/60139866480/Nzcrunchies

Ingin menikmati snek kayangan🫣Belum ada lagi yang macamni!!! UDANG KAYANGAN YANG DINANTI-NANTI 🍤☁️🍤Rangup🍤Masin masin ma...
19/01/2023

Ingin menikmati snek kayangan🫣Belum ada lagi yang macamni!!!
UDANG KAYANGAN YANG DINANTI-NANTI 🍤☁️

🍤Rangup
🍤Masin masin manis
🍤Lazat secukup rasa

Pegh! Belum pernah jumpa lagi snek berperisa udang mantap macam ni… Setiap gulungan kulit
popia NZCrunchies Rolls pasti memberikan anda pengalaman manis untuk terus tak berhenti
mengunyah. Kerangupannya, tak boleh bawa bincang😫

Taknak terlepas peluang merasai kenikmatan NZCrunchies Rolls dengan 3 perisa menarik?

Klik terus link di bawah👇🏻
http://www.wasap.my/60139866480/Nzcrunchies

RASA SATE MEMUKAU🍡🤩 PERNAH TAK ANDA MAKAN SNEK BERPERISA SATE?!?!🤔Terbaharu di pasaran! Mana lagi korang nak jumpa snek ...
19/01/2023

RASA SATE MEMUKAU🍡🤩 PERNAH TAK ANDA MAKAN SNEK BERPERISA SATE?!?!🤔

Terbaharu di pasaran! Mana lagi korang nak jumpa snek dengan perisa sajian klasik Sate Kajang kalau bukan dengan NZCrunchies🤭

Selalu kita makan sate yang lembut dan empuk sahaja, sekarang yang rangup pun sedap!😋
Korang kena rasa NZCrunchies Rolls Sate Kajang, barulah boleh tahu kepaduan rempahnya😍Rasai kerangupan dan kelazatan luar biasa, NZCrunchies Rolls Sate Kajang🍡😍

Haa mesti korang dah teruja nak rasai kenikmatannya, kan?🤭
Dapatkan snek terbaharu NZCrunchies Rolls segera🫣

Klik link dibawah untuk dapatkan NZ Crunchies anda👇🏻
http://www.wasap.my/60139866480/Nzcrunchies

PERISA UNIK DARI JEPUN🇯🇵Entah bilalah agaknya dapat bercuti ke Jepun😫TAPIIII JANGAN RISAU😱🤫kalau korang nak feeling2 dul...
19/01/2023

PERISA UNIK DARI JEPUN🇯🇵

Entah bilalah agaknya dapat bercuti ke Jepun😫

TAPIIII JANGAN RISAU😱🤫kalau korang nak feeling2 dulu, jom pekena NZCrunchies Seaweed Teriyaki💚💚💚

Rasa sos teriyaki
sebenar dan rumpai laut asli dalam setiap kepingan rangup NZCrunchies!

Didatangkan dalam edisi pouch bag dan botol, jom dapatkan NZCrunchies dengan pelbagai perisa luar biasa🥰🤗

Klik link dibawah untuk pembelian👇🏻

http://www.wasap.my/60139866480/Nzcrunchies

Pagi-pagi breakfast dapat roti bakar macam ni best jugak kan?😍Pagi anda pasti akan lebih ceria dengan kehadiran NZ Crunc...
19/01/2023

Pagi-pagi breakfast dapat roti bakar macam ni best jugak kan?😍

Pagi anda pasti akan lebih ceria dengan kehadiran NZ Crunchies perisa roti bakar🍞🔥 Rasai kenikmatan gabungan perisa roti dan mentega 🍞🧈 dalam sebotol NZ Crunchies Roti Bakar!!

Kombinasi perisa yang sangat unik pasti memikat selera para penggemar snek terlazat abad ini🫣

Dengan harga yang murah dan mempunyai dua edisi, anda boleh bawanya kemana sahaja😍

Klik link dibawah untuk dapatkan snek NZ Crunchies anda👇🏻
http://www.wasap.my/60139866480/Nzcrunchies

Address

LOT 3069, LORONG PAK SIN, KG KOTA
Kota Bharu
15100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Denay Crunchies posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share