Jus Botani - Saffa HQ

Jus Botani - Saffa HQ Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jus Botani - Saffa HQ, Food & Drink, Kota Bharu.

KOMPLIKASI atau KESAN jika DIABETES tidak dikawal..
21/08/2024

KOMPLIKASI atau KESAN jika DIABETES tidak dikawal..

Tnada-Tanda Anda Ada DIABETES.. Jangan Abaikan Jika Anda Ada Tanda-tanda seperti dibawah.CEGAH SEBELUM PARAH.
21/08/2024

Tnada-Tanda Anda Ada DIABETES..

Jangan Abaikan Jika Anda Ada Tanda-tanda seperti dibawah.
CEGAH SEBELUM PARAH.

ARABIC GUMArabic gum adalah sejenis bahan yang boleh didapati daripada pokok Acacia daripada jenis Acacia senegal dan Ac...
21/08/2024

ARABIC GUM

Arabic gum adalah sejenis bahan yang boleh didapati daripada pokok Acacia daripada jenis Acacia senegal dan Acacia seyal yang boleh ditemui di negara-negara tropikal dan subtropikal seperti di India, Afrika, Sudan dan Nigeria. Di Malaysia, arabic gum boleh didapati dalam bentuk terproses seperti serbuk dan telah banyak dijual di pasaran.

Ia telah digunakan secara meluas sebagai penstabil, pemekat dan agen penggelan (gelling agent) di dalam minuman dan makanan seperti gula-gula getah, pastil dan marshmellow.
Namun kini, arabic gum telah digunakan secara meluas sebagai makanan tambahan untuk kesihatan. Jawatankuasa Pakar Bersama FAO / WHO mengenai Makanan Tambahan telah melaporkan bahawa arabic gum adalah selamat untuk diambil dan pengambilannya tidak akan menyebabkan kesan yang buruk kepada kesihatan.

Salah satu komponen penting yang ada di dalam arabic gum adalah serat makanan. Arabic gum kaya dengan serat larut iaitu sehingga lebih 85%.

Serat larut telah terbukti bagus untuk menurunkan berat badan dan membantu mengawal paras gula serta kolesterol dalam darah. Serat yang ada di dalam arabic gum juga telah dikenali antara serat yang paling selamat di dunia. Selain itu, arabic gum juga mempunyai beberapa komponen mineral seperti kalsium, kalium dan magnesium yang bagus untuk fungsi badan.

Di samping itu, arabic gum juga mengandungi komponen asid amino seperti lysine, tyrosine dan histidine yang juga dikenali sebagai antioksidan biomolekul yang boleh membantu untuk aktiviti antioksidan di dalam gum arabic.

10 KHASIAT ARABIC GUM KEPADA KESIHATAN

Memandangkan arabic gum mempunyai beberapa komponen yang penting untuk kesihatan, ia sekaligus memberi khasiat kepada kesihatan kita. Berikut adalah beberapa khasiat Arabic gum kepada kesihatan:

1. Mengawal paras gula dalam darah
Antara kebaikan arabic gum adalah ia boleh membantu untuk mengawal paras gula dalam darah. Terdapat satu kajian telah dijalankan ke atas 40 subjek yang terdiri daripada individu sihat, pesakit prediabetes, pesakit diabetes jenis 2, dan pesakit diabetes yang mempunyai masalah diabetes nefropati (kerosakan buah pinggang disebabkan diabetes).

Kajian itu mendapati bahawa pengambilan serbuk arabic gum sebanyak 10g sehari selama 16 minggu telah menurunkan paras gula semasa berpuasa dan bacaan gula selama tiga bulan yang lepas (HbA1c) di dalam semua pesakit diabetes.

Di samping itu, kajian itu juga mendapati bahawa terdapat penurunan di dalam bacaan creatinine bagi pesakit yang mempunyai masalah kerosakan buah pinggang sekaligus menunjukkan kesan perlindungan arabic gum terhadap buah pinggang daripada menjadi lebih teruk.

Hal ini kerana arabic gum kaya dengan serat larut yang boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah. Jadi, jelaslah bahawa arabic gum bagus untuk pesakit diabetes.

2. Menurunkan paras kolesterol
Selain itu, arabic gum juga berupaya menurunkan paras kolesterol dalam darah. Kajian yang dijalankan terhadap pesakit yang mempunyai masalah hyperlipidemia (kandungan lemak tinggi dalam badan) telah mendapati bahawa pengambilan arabic gum boleh menurunkan paras kolesterol, trigliceride dan jumlah LDL-kolesterol (kolesterol baik) dalam darah.

Hal ini kerana arabic gum kaya dengan serat yang boleh meningkatkan penyingkiran kolesterol dari badan seterusnya menurunkan paras kolesterol dalam darah.

3. Mengawal tekanan darah tinggi
Arabic gum juga boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi. Terdapat satu kajian yang telah dijalankan terhadap pesakit buah pinggang kronik tahap 3 yang mempunyai tekanan darah tinggi. Kajian itu mendapati bahawa pengambilan 10-25g gum arabic yang dilarutkan di dalam 250ml air minuman dan diambil pada waktu pagi selama 16-18 minggu telah menurunkan tekanan darah tinggi pesakit tersebut.

Selain itu, kajian lain juga telah mendapati bahawa pengambil arabic gum sebanyak 10g sehari selama 16 minggu juga boleh menurunkan tekanan darah tinggi di dalam pesakit diabetes. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa arabic gum boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi dan membantu mengembalikannya menjadi normal.

4. Mencegah masalah obesiti
Arabic gum juga boleh membantu mencegah masalah obesiti dalam masyarakat. Kajian telah mendapati bahawa pengambilan 30g arabic gum setiap hari selama 6 minggu boleh menurunkan indeks j***m tubuh (BMI) dan peratusan lemak badan.
Kajian ke atas tikus juga telah mendapati bahawa arabic gum boleh menurunkan pengambilan makanan sekaligus mampu mengelak pengambilan makanan secara berlebihan dan seterusnya boleh mencegah masalah obesiti.

Hal ini kerana arabic gum tinggi dengan serat makanan yang telah terbukti boleh memberi rasa kenyang apabila dimakan dan juga boleh memberikan rasa kenyang yang berpanjangan.

5. Fungsi prebiotik
Oleh kerana kandungan seratnya yang tinggi, arabic gum juga mempunyai fungsi sebagai prebiotik. Prebiotik adalah bahan yang berperanan penting untuk meningkatkan jumlah probiotik atau bakteria baik di dalam usus sekaligus memberi pelbagai kebaikan kepada badan seperti membantu sistem penghadaman badan berfungsi dengan baik dan juga membantu penyerapan mineral di dalam badan.

Kajian telah mendapati bahawa dos optimal bagi fungsi prebiotik arabic gum adalah sebanyak 10g setiap hari dan ia mempunyai nilai prebiotik setanding dengan inulin.

6. Menyokong sistem pertahanan badan
Selain itu, arabic gum juga boleh menyokong sistem pertahanan badan. Fungsinya sebagai prebiotik boleh membantu meningkatkan sistem pertahanan badan seterusnya boleh mencegah jangkitan penyakit.

7. Aktiviti antiulser
Selain itu, arabic gum juga mempunyai aktiviti antiulser yang boleh mencegah masalah ulser perut. Kajian yang dijalankan terhadap tikus telah mendapati bahawa arabic gum mempunyai kesan perlindungan terhadap pembentukan ulser perut. Fungsi arabic gum sebagai serat makanan juga boleh membantu penyembuhan ulser perut.

8. Bagus untuk masalah buah pinggang
Arabic gum juga bagus untuk pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang. Pelbagai kajian telah dijalankan terhadap tikus yang telah mendapati potensi arabic gum bagi menurunkan bacaan urea dan creatinine yang tinggi sekaligus mampu mengelakkan masalah buah pinggang menjadi teruk.

Hal ini kerana pengambilan prebiotik seperti arabic gum boleh meningkatkan jumlah bakteria baik di dalam usus, meningkatkan proses penguraian urea di dalam usus sekaligus menurunkan bacaan urea di dalam darah. Di samping itu, kajian ke atas pesakit diabetes juga mendapati bahawa gum arabic boleh mencegah masalah kerosakan buah pinggang menjadi lebih teruk.

Selain itu, satu kajian yang dilaporkan pada tahun 2009 juga telah mendapati bahawa pesakit kanak-kanak yang mempunyai penyakit buah pinggang tahap akhir dengan dialisis telah mendapati bahawa pemberian arabic gum bersama diet pemakanan yang betul telah berupaya memberi kebebasan dialisis selama 6 tahun kepada pesakit tersebut. Pesakit itu juga berupaya mengawal paras creatinine dan urea (penunjuk aras kerosakan buah pinggang) yang biasanya sukar dikawal apabila menjalani dialisis.

Oleh itu, dapat dilihat bahawa arabic gum bagus untuk pesakit buah pinggang kronik dan berpotensi untuk mencegahnya menjadi lebih teruk. Walaupun kajian sebelum ini menunjukkan keberkesanan arabic gum menggantikan dialisis atau merawat masalah buah pinggang, namun diingatkan bahawa gum arabic tidak boleh menggantikan ubat sedia ada dan diambil sewenang-wenangnya tanpa permerhatian dan nasihat pakar perubatan bagi pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang. Hal ini kerana setiap individu mempunyai faktor kesihatan yang berbeza.

9. Aktiviti antioksidan
Selain itu, arabic gum juga mempunyai aktiviti antioksidan yang tinggi yang boleh membantu melawan radikal bebas sekaligus mencegah penyakit. Kajian telah menunjukkan bahawa rawatan dengan menggunakan arabic gum telah meningkatkan antioksidan di dalam tikus. Hal ini kerana ciri-ciri arabic gum yang boleh melawan radikal bebas, terdapatnya beberapa komponen antioksidan di dalam arabic gum atau penghasilan antioksidan biomolekul oleh arabic gum.

10. Berpotensi mencegah kanser
Di samping itu, arabic gum juga berpotensi untuk mencegah penyakit kanser seperti kanser usus. Kajin mendapati bahawa arabic gum boleh membantu menurunkan sehingga 70% jumlah tumor di dalam tikus yang didedahkan dengan kanser usus. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa arabic gum berupaya mengubah gene tumor sekaligus boleh mencegah kanser. Oleh itu, ini jelas menunjukkan kesan antikarsinogenik arabic gum yang boleh membantu mencegah kanser.

SEMOGA BERMANFAAT!

MAHKOTA DEWABuah mahkota dewa atau nama saintifiknya Phaleria macrocarpa merupakan tumbuhan berbunga dan tergolong di da...
21/08/2024

MAHKOTA DEWA

Buah mahkota dewa atau nama saintifiknya Phaleria macrocarpa merupakan tumbuhan berbunga dan tergolong di dalam keluarga Thymelaeaceae.

Pokoknya mempunyai ketinggian antara 1 ke 18 meter dan buahnya p**a berwarna hijau Ketika tidak ranum dan berwarna merah ketika ranum. Buah ini mempunyai pelbagai kebaikan terhadap kesihatan dan sering digunakan secara tradisional untuk merawat beberapa penyakit.

Oleh itu, artikel ini akan membincangkan dengan lebih lanjut akan kebaikan yang ditawarkan oleh buah mahkota dewa ini.
Komponen Berkhasiat MahKota Dewa

Terdapat pelbagai komponen berkhasiat yang terdapat di dalam buah mahkota dewa lalu menjadikan buah ini berguna dari pelbagai aspek. Antara komponen yang terdapat di dalamnya ialah phalerin dan asid galik yang bersifat anti kanser.

Di bahagian kulit pokok dan buah mahkota dewa p**a mempunyai kandungan saponin, alkaloid, folifenol, fenol, flavonoid, lignan dan tanin. Komponen-komponennya turut mempunyai sifat anti oksida, anti inflamasi yang mampu memberikan kesan yang positif terhadap tubuh badan.

10 KHASIAT BUAH MAHKOTA DEWA

1. Bersifat anti kanser
Di dalam perawatan kanser, daun dan buah pokok mahkota dewa dikatakan telah digunakan sekian lama untuk merawat kanser seperti kanser payudara dan tumor otak. Kajian menemukan penggunaan suplementasi buah mahkota dewa bersama adriamycin cyclophosphamide (AC) dapat menghasilkan kesan yang sinergi di mana gabungan ini dapat mengurangkan perkembangan tumor di dalam sel payudara.

Kandungan phalerin, gallic acid dan ekstrak metanolik semipolar buah ini yang menyumbang kepada sifat anti kanser ini.

2. Bersifat anti-hiperglisemia
Hiperglisemia adalah salah satu keadaan di mana gula di dalam darah melebihi paras normal dan hal ini dapat mendatangkan mudarat terhadap kesihatan. Kajian menemukan bahawa buah mahkota dewa mempunyai sifat anti-hiperglisemia di mana ekstraknya ditemui dapat menurunkan paras gula di dalam darah selepas makan.
Kebolehan untuk menurunkan paras gula ini ditunjukkan oleh ekstrak n-butanol buah mahkota dewa yang belum ranum dan telah ranum.

3. Menurunkan paras kolesterol
Kolesterol di dalam badan manusia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kolesterol baik dan kolesterol tidak baik. HDL merupakan antara kolesterol baik di dalam badan manakala LDL dan TG merupakan antara contoh kolesterol yang tidak baik.
Kandungan alkaloid, saponin, polifenol dikatakan mampu untuk mengawal paras kolesterol di dalam darah

4. Bersifat anti bakteria
Kajian menemui bahawa daun dan biji mahkota dewa mempunyai sifat anti bakteria kerana kandungan komponen flavonoid, saponin, polifenol dan tanin di dalamnya dapat mencegah aktiviti bakteria gram positif seperti Bacillus cereus, Bacillus subtilis, Eschericia coli dan lain-lain.
Antara mekanisma yang dijalankan oleh komponen berkhasiat buah mahkota dewa adalah menyekat penghasilan asid nukleik, metabolisma tenaga dan lain-lain. Namun harus diingat, biji buah mahkota dewa adalah beracun.

5. Anti radang dan inflamasi
Buah mahkota dewa turut ditemui mempunyai sifat anti inflamasi. Hal ini kerana ianya mengandungi terpenoid, tanin, flavonoid dan fenol. Ekstrak metanolik semipolar buah mahkota dewa ditemui dapat menyekat inflamasi dengan menyekat COX2-mRNA dan mengurangkan penghasilan prostaglandin E2.
Proses-proses inilah yang berjaya untuk mengurangkan inflamasi dan keradangan.

6. Bersifat antioksida
Spesis oksigen reaktif dan radikal bebas merupakan antara penyebab berlakunya tekanan oksida yang menyebabkan kerosakkan pada sel tubuh. Ekstrak buah mahkota dewa ditemui bersifat antioksida kerana kandungan flavonoid dan fenolik yang terkandung di dalamnya.

7. Mengawal tekanan darah
Tekanan darah tinggi adalah apabila tekanan yang dikenakan terhadap salur darah melebihi paras normal. Daun dan buah mahkota dewa telah digunakan sekian lama untuk merawat masalah yang berkaitan dengan salur darah kerana ianya berkebolehan untuk mengembangkan salur darah lalu menurunkan paras tekanan.
Kaemferol dan icariside merupakan komponen yang mampu untuk mencegah tekanan darah tinggi ini

8. Meningkatkan kesuburan
Satu kajian terhadap haiwan telah dijalankan untuk mengkaji kesan buah mahkota dewa terhadap kesuburan dengan menganalisa aktivit sperma. Kajian tersebut telah mendapati bahawa pemberian buah mahkota dewa dapat meningkatkan bilangan sperma haiwan yang terlibat di dalam kajian berkenaan.

9. Melindungi hati
Untuk mengkaji kesan pengambilan buah mahkota dewa terhadap kesihatan hati, kajian terhadap haiwan telah dijalankan. Pemberian air ekstrak buah mahkota dewa ditemukan dapat mencegah fibrosis yang disebabkan oleh CCL4.

Hal ini kerana aktviti antioksida dan anti radang yg terdapat padanya di mana aktiviti ini mengurangkan pengaktifan HSC dengan mengurangkan fibrogenic cytokine TGF-β1

10. Mengurangkan paras asid urik
Peningkatan paras asid urik di dalam darah sering dikaitkan dengan penyakit gout di mana pesakit gout akan mengalami kesakitan dan inflamasi di kawasan-kawasan sendi badan seperti sendi di bahagian jari. Kajian menemukan bahawa ekstrak buah mahkota dewa dapat menurunkan paras asid urik di dalam darah.

SEMOGA BERMANFAAT!

BUNGA CENGKIHBunga cengkih ialah putik bunga daripada pokok cengkih yang juga dikenali sebagai Syzygium aromaticum. Ceng...
21/08/2024

BUNGA CENGKIH

Bunga cengkih ialah putik bunga daripada pokok cengkih yang juga dikenali sebagai Syzygium aromaticum. Cengkih boleh didapati dalam serbuk mahupun biji. Di mana, ianya berasal daripada negara Indonesia. Namun, di Malaysia juga ianya kini telah mula ditanam dan dikomersial.
Cengkih kebiasaannya digunakan sebagai bahan perasa untuk membakar, di tambah sebagai perisa ke dalam minuman panas, mahupun digunakan di dalam biskut dan kek. Kebanyakan masakan orang berketurunan India menggunakan cengkih sebagai bahan wajib dalam masakan mereka.
Cengkih sangat terkenal sebagai rasa yang manis dan rempah yang beraroma, namun begitu cengkih juga telah digunakan di dalam perubatan tradisional. Adakah anda tahu kandungan nutrisi cengkih yang memberikan khasiat kepada manusia?
Kandungan Berkhasiat Dalam Bunga Cengkih
Kandungan berkhasiat bagi cengkih ialah Eugenol sebagai antioksidan. Selain itu, terdapat juga kandungan Nigericin yang penting dalam pengawalan gula dalam darah. Manganese penting dalam pembuatan tulang dan ketumpatan tulang, serta kandungan oleanolic acid (OA) sebagai komponen yang bertanggungjawab di dalam antikanser.

1. Kaya dengan antioksidan
Bunga cengkih mengandungi vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan tubuh badan, malah cengkih juga kaya dengan antioksidan. Di mana, antioksidan dapat mengurangkan tekanan oksidatif. Tekanan oksidatif ini berpunca daripada radikal bebas seperti proses metabolik tubuh badan (penjanaan tenaga), asap rokok, melakukan senaman, pencemaran udara, penggunaan dadah dan racun perosak serta terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari.
Antioksidan akan mengurangkan tekanan oksidatif dengan menstabilkan radikal bebas tersebut. Setelah menjadi stabil, radikal bebas dapat menghalang pembentukan penyakit-penyakit kronik. Di dalam bunga cengkih, terdapat antioksidan semulajadi iaitu eugenol, di mana terdapat kajian mengatakan tindakan eugenol sebagai antioksidan untuk menghentikan kerosakan radikal bebas adalah 5 kali ganda berkesan berbanding vitamin E yang merupakan antioksidan penting. Dengan menggunakan bunga cengkih di dalam diet bersama dengan makanan yang tinggi antioksidan mampu meningkatkan kesihatan anda.

2. Membantu mencegah penyakit kanser
Kajian mendapati bunga cengkih dapat membantu melawan penyakit kanser. Didalam satu kajian tabung uji mendapati ekstrak bunga cengkih dapat menghentikan pertumbuhan ketumbuhan dan mampu merangsang kematian sel kanser. Didalam kajian lain, minyak cengkih yang pekat dan banyak mampu menyebabkan sel mati sebanyak 80% terhadap sel kanser esofagus.
Eugenol dan oleanolic acid yang ditemui di dalam cengkih mempunyai ciri-ciri antikanser. Namun begitu, kajian yang dilakukan adalah kajian tabung uji dan bukan merupakan kajian ke atas manusia. Ianya menggunakan ekstrak cengkih, minyak cengkih dan eugenol yang sangat pekat dan jumlah yang banyak.
3. Dapat mencegah keracunan makanan
Cengkih didapati mempunyai ciri-ciri antimikroorganisma, dimana ianya mampu menghentikan pembiakan mikroorganisma seperti bakteria. Kajian tabung uji menunjukkan minyak cengkih mampu membunuh bakteria yang seperti E.Coli. iaitu sejenis bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan keracunan makanan.

4. Membantu kesihatan mulut
Selain itu, cengkih juga mampu menjaga kesihatan gusi. Dalam kajian menyatakan ekstrak cengkih mampu membunuh bakteria yang menyebabkan penyakit gusi. Hal ini juga disokong oleh kajian lain yang menyatakan cucian mulut yang mengandungi cengkih, minyak pokok teh dan selasih mampu memberikan perubahan positif kepada kesihatan gusi selepas 21 hari penggunaannya.
Ianya termasuk juga pengawalan plak dan bakteria di dalam mulut. Dengan gabungan memberus gigi secara kerap dan mengamalkan kebersihan mulut yang betul, kesan aktibakteria daripada cengkih mampu memberikan kebaikan kepada kesihatan mulut.

5. Boleh membantu mengawal gula di dalam darah
Pengambilan cengkih juga mampu menjaga paras gula dalam darah agar dalam keadaan terkawal. Kajian mendapati cengkih dan komponen nigericin yang terdapat di dalam cengkih mampu meningkatkan penggambilan gula dari darah kepada sel. Ianya juga dapat meningkatkan rembesan insulin dan membaiki fungsi sel untuk membuat insulin.
Insulin ialah sejenis hormon yang bertanggungjawab di dalam membawa gula daripada darah kepada sel. Fungsi insulin yang baik akan membantu mengawal kenaikan paras gula. Namun begitu, dengan gabungan diet yang seimbang, pengambilan cengkih mampu mengawal paras gula di dalam darah.

6. Boleh menggalakkan kesihatan tulang.
Kurang j***m tulang merupakan satu keadaan yang memberikan kesan kepada individu yang semakin berusia terutamanya warga emas. Kekurangan j***m tulang ini akan menyebabkan kepada osteoporosis dan akan meningkatkan risiko tulang retak dan patah.
Cengkih di dapati mampu memelihara j***m tulang di dalam kajian haiwan dengan meningkatkan ketumpatan dan kekuatan tulang. Manganese yang terdapat di dalam cengkih adalah mineral yang terlibat dalam pembuatan tulang dan ianya amat penting dalam kesihatan tulang.

7. Boleh membantu meredakan ulser di perut
Kesakitan ulser perut dapat dikurangkan dengan mengambil cengkih. Ulser perut ialah kesakitan atau luka yang terjadi pada dinding perut, duodenum dan esofagus. Ianya terjadi apabila lapisan perlindungan di perut semakin menipis disebabkan stress, jangkitan dan genetik.
Di dalam kajian, pengambilan minyak pati cengkih mampu meningkatkan pengeluaran cecair gastrik. Di mana, cecair gastrik ini bertindak sebagai penghalang dan membantu mencegah hakisan dinding perut daripada asid pencernaan di dalam perut.

8. Digunakan sebagai ubat penahan sakit
Cengkih telah digunakan sebagai ubat penahan sakit sejak abad ke-13 lagi. Ianya digunakan di dalam sakit gigi, mahupun sakit pada bahagian sendi. Kompnen yang terlibat sebagai penahan sakit ini ialah eugenol, yang menyebabkan rangsangan kalsium dan klorida di dalam sistem saraf yang mampu memberikan kesan analgesik. Namun begitu, dos yang digunakan ialah tinggi untuk dijadikan ubat penahan sakit iaitu 50, 70 dan 100mg/kg berat badan.

9. Membantu melegakan penyakit pernafasan
Perubatan tradisional menggunakan cengkih sebagai bantuan pernafasan. Cengih sering digunakan di dalam the di Asia untuk membantu dan merawat batuk. Selain itu, terdapat juga aroma terapi yang menggunakan cengkih yang dipanaskan sebagai satu cara merawat masalah pernafasan seperti batuk, asma, bronchitis dan resdung.
Tambahan lagi, menjadi kebiasaan bagi orang Asia mengunyah cengkih untuk mengubati sakit tekak dan keradangan pada saluran pernafasan. Dengan campuran bersama madu, ianya mampu meredakan kesesakan nafas.

10. Mempunyai sifat antithrombotik
Cengkih mempunyai sifat anti-trombotik. Dimana, ianya mampu membuat pembekuan darah menjadi lambat kerana mempunyai eugenol. Pengambilan cengkih mempunyai kesan positif pada individu yang mempunyai masalah pendarahan seperti yang mempunyai masalah darah membeku dengan cepat. Namun, bagi yang mempunyai masalah darah ini perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil cengkih.

SEMOGA BERMANFAAT!

KHASIAT KUNYIT HITAM Dengan nama saintifik Curcuma caesia, ia berasal daripada spesis kunyit dan mempunyai daun berjalur...
21/08/2024

KHASIAT KUNYIT HITAM

Dengan nama saintifik Curcuma caesia, ia berasal daripada spesis kunyit dan mempunyai daun berjalur ungu kehitaman di bahagian tengah. Segelintir masyarakat juga memanggil kunyit hitam sebagai ‘temu hitam’. Tahukah anda apakah khasiat kunyit hitam? Artikel ini akan membincangkannya.

Ini merupakan beberapa khasiat yang didapati daripada kajian di dalam makmal, pada haiwan dan juga sebahagian kecilnya pada manusia. Penggunaan herba yang digunakan sebagai makanan kesihatan atau rawatan perlulah mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu agar ia tidak mengganggu rawatan yang dijalankan oleh doktor.

Walaubagaimanapun, ini adalah beberapa khasiat daripada kunyit hitam:

1. Kesan Antioksida
Seperti kebanyakan tumbuh-tumbuhan lain, antara khasiat utama kunyit hitam ialah mempunyai kesan antioksida yang dapat menghalang oksidasi sel dalam badan dan pembentukan radikal bebas yang berlebihan. Proses ini penting bagi mencegah rantaian tindak balas yang boleh merosakkan sel dan menyebabkan masalah kesihatan.

Radikal bebas yang berlebihan akan mencetuskan keadaan tekanan oksidatif. Sekiranya keadaan ini berlanjutan, kerosakan DNA dan molekul penting dalam badan berisiko untuk terjadi. Pembentukan radikal bebas yang berlebihan boleh berlaku atas beberapa faktor:
• Asap rokok
• Pencemaran udara
• Paras gula yang tinggi dalam darah disebabkan kencing manis

2. Kesan Anti-radang
Selain mampu menghalang proses oksidasi sel, kunyit hitam juga mempunyai kesan anti-radang yang ketara.

Keradangan adalah tindak balas normal dalam tubuh badan yang menghalang jangkitan serta kecederaan. Walau bagaimanapun, radang yang kronik berisiko menyebabkan kenaikan berat badan serta masalah kesihatan yang lain. Makanan yang mempunyai kesan anti-radang seperti kunyit hitam ini mampu mencegah risiko keadaan tersebut.

3. Mencegah masalah asma
Asma adalah satu masalah kesihatan di mana saluran pernafasan menjadi sempit. Kajian terhadap ekstrak kunyit hitam mendapati ianya dapat memberi kesan pengenduran (relaksan) otot lantas mengurangkan penyempitan salur nafas dan membantu mengawal asma.

4. Memberi kesan analgesik
Kesan analgesik ialah kesan melegakan kesakitan. Salah satu kajian yang pernah dijalankan berkaitan kunyit hitam membuktikan kesan analgesiknya. Dalam kajian tersebut, rasa sakit pada model haiwan telah didapati berkurangan kesan daripada ekstrak kunyit hitam.

Selain itu, melalui kajian yang sama, kunyit hitam didapati mempunyai kesan antipiretik (mengurangkan demam) kerana mampu mengurangkan suhu badan yang tinggi.

5. Mencegah pertumbuhan kulat
Kesan anti-kulat daripada minyak pati kunyit hitam telah dibuktikan melalui kajian sejak pertengahan tahun 70-an. Jangkitan kulat pada kebiasaannya hanya berlaku pada kawasan kulit dan kuku, namun sesetengah daripadanya boleh mengakibatkan keadaan yang lebih serius dan mengancam nyawa seperti pneumonia. Melalui kesan anti-kulat ini, kunyit hitam berupaya mencegah pertumbuhan kulat daripada merebak.

6. Mencegah pertumbuhan bakteria
Ubat antibiotik yang sering diberi di hospital mahupun klinik digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Tetapi tahukah anda, antiobiotik semulajadi juga wujud? Ia terdiri daripada minyak pati dan ekstrak tumbuh-tumbuhan, termasuk kunyit hitam.

Rizom atau bahagian batang pada kunyit hitam bukan sahaja memiliki kesan antioksida yang tinggi, malah turut mempunyai kesan antibakteria. Ia mampu membantutkan pertumbuhan bakteria seperti E. coli dan S. aureus. Akan tetapi masih lagi kurang pembuktian secara klinikal berkenaan kompoun di dalam kunyit hitam mampu membunuh bakteria di dalam badan manusia. Kajian yang disebutkan ini lebih kepada bakteria yang berada di dalam piring petri. Oleh itu, penggunaan kunyit hitam untuk penyembuhan penyakit disebabkan jangkitan bakteria tidak digalakkan.

7. Mengawal gangguan kemurungan
Berdasarkan anggaran, kira-kira 30% daripada golongan dewasa menghidap kemurungan sekali atau lebih semasa hayatnya. Kunyit hitam mempunyai potensi nilai perubatan dalam mengawal gangguan kemurungan. Komponen di dalam tumbuhan ini berupaya melindungi fungsi otak daripada gangguan.

8. Mengawal gejala muntah dan loya
Terdapat satu kajian tentang fungsi mengawal muntah dan loya yang pernah dijalankan terhadap 10 tumbuhan perubatan aromatik, termasuk asam kerenda, kayu manis, serta kunyit hitam. Di akhir kajian ini, kunyit hitam direkodkan sebagai tumbuhan yang mempunyai peratusan tertinggi dalam mencegah muntah dan loya.

9. Mencegah ulser perut
Ekstrak kunyit hitam yang diberi kepada model haiwan dalam kajian didapati dapat mengurangkan indeks ulser dalam perut haiwan tersebut.

10. Mencegah cacing parasit
Kunyit hitam juga berkesan untuk mencegah serta membunuh cacing parasit. Dalam satu kajian terhadap cacing, kunyit hitam mencatatkan kesan yang paling efektif dalam melumpuh serta membunuh cacing tersebut.

SEMOGA BERMANFAAT!

DAUN RERAMA Daun rerama adalah jenis daun yang unik. Mengapa? Kerana bentuk daunnya mirip seperti segitiga sama kaki. Uk...
21/08/2024

DAUN RERAMA

Daun rerama adalah jenis daun yang unik. Mengapa? Kerana bentuk daunnya mirip seperti segitiga sama kaki. Ukurannya kecil dengan warna hijau pada permukaan atasnya dan sedikit berwarna putih pada bahagian bawah daunnya. Daun ini sudah lama dikenal sebagai daun herba yang dapat mengubati berbagai macam penyakit . Itulah mengapa jika banyak pengamal perubatan herba yang telah menggunakan daun ini untuk menyembuhkan penyakit. Teh Rerama digunakan untuk :

1. Mencegah kanser
2. Anti oksidan tinggi
3. Mencegah stroke
4. Mengatasi darah tinggi
5. Mengubati kencing manis
6. Menyihatkan usus
7. Melancarkan pencernaan
8. Meredakan asma
9. Ubat migrain
10. Mengatasi demam
11.Mencegah tumor
12.Melancarkan kencing
13.Melancarkan aliran darah
14.Menyembuhkan penyakit kulit
15.Mencegah penyakit lupus

MAS COTEKMas cotek digunakan secara tradisional untuk mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta men...
21/08/2024

MAS COTEK

Mas cotek digunakan secara tradisional untuk mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Selain itu, ia digunakan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. Selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan (sebanyak 3-5 biji sehari) untuk menyihatkan badan. Antara penyakit lain yang dapat dibantu adalah seperti berikut ;

1. Mengeluarkan toksin dalam badan
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Gout
4. Membuang kolestrol dan lemak
5. Buasir
6. Migraine /sakit kepala
7. Senggugut
8. Sakit pinggang
9. Keletihan
10. Masalah tidur
11. Merangsang hormon Lelaki
12. Sakit lutut
13. Mencantikkan dan melicinkan kulit

Semoga Bermanfaat!

KHASIAT BAWANG TUNGGAL 1. Menurunkan tingkat kolesterol2. Mencegah masuk angin dan batuk3. Meningkatkan kekebalan tubuh4...
21/08/2024

KHASIAT BAWANG TUNGGAL

1. Menurunkan tingkat kolesterol
2. Mencegah masuk angin dan batuk
3. Meningkatkan kekebalan tubuh
4. Mengatasi diabetes
5. Mencegah kanker
6. Mengatasi asma
7. Menyembuhkan influenza
8. Mengobati wasir/ambeien

Address

Kota Bharu
15050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jus Botani - Saffa HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category