Thekerabumaggi

Thekerabumaggi Kerabu maggi berkualiti yang diolah dan ditambah baik
dengan rasa yang unik dan harga berpatutan.

MISSION

To ensure the higher standards of quality and affordable
price of our products be top of the list in our customers’
choice of product among others.

Berdoalah ketika hujan kerana waktu itu doa sangat mustajab. "Dua doa yang tidak pernah ditolak iaitu doa ketika waktu a...
29/12/2020

Berdoalah ketika hujan kerana waktu itu doa sangat mustajab.

"Dua doa yang tidak pernah ditolak iaitu doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan"
(HR Hakim/disahihkan oleh Ads Dzahabi)

Marilah kita sama-sama mengamalkan doa ketika hujan rahmat turun di muka bumi ini 🌸

•TIPS 7J•Hai uolls ❤Pakai mask ni sangat penting jadi harini sis nak share tips 7J yang wajib uolls ikut.1. Jangan sentu...
29/12/2020

•TIPS 7J•

Hai uolls ❤

Pakai mask ni sangat penting jadi harini sis nak share tips 7J yang wajib uolls ikut.

1. Jangan sentuh topeng pelitup muka dengan tangan uolls. Jika tersentuh, basuh tangan ye.

2. Jangan tutup mulut sahaja.

3. Jangan letak topeng muka di bawah dagu.

4. Jangan letak atau buang di merata-rata tempat.

5. Jangan pakai lebih daripada sekali.

6. Jangan berkongsi topeng muka dengam orang lain.

7. Jangan pakai melebihi 8 jam.

Mudah sangat kan uolls. Jadi marilah kita ikut tips 7J ni 😷 Semoga bermanfaat.

•HAND SANITIZER•Hai uolls ❤Uolls tahu tak kadar alkohol yang disarankan dalam hand sanitizer ni adalah sebanyak 60 hingg...
29/12/2020

•HAND SANITIZER•

Hai uolls ❤

Uolls tahu tak kadar alkohol yang disarankan dalam hand sanitizer ni adalah sebanyak 60 hingga 80 peratus untuk membasmi kuman yang melekat pada permukaan tangan kita.

Cara penggunaan hand sanitizer ni sama seperti amalan mencuci tangan tetapi lebih singkat sebab hand sanitizer ni cepat kering.

Jadi uolls jangan lupa sentiasa bawa dan guna hand sanitizer ni ke mana mana ye. Semoga kita sama-sama dapat memutuskan rantain Covid 19 ni 😊

•KADAR PENGAMBILAN GULA•Hai uolls ❤Uolls nak tahu tak kuota gula sehari untuk kita hanyalah 25 gram / 6 sudu teh sahaja ...
25/12/2020

•KADAR PENGAMBILAN GULA•

Hai uolls ❤

Uolls nak tahu tak kuota gula sehari untuk kita hanyalah 25 gram / 6 sudu teh sahaja sehari.

Kalau minum air bikarbonat, satu tin dah 10 sudu teh gula (40 gram), jadi hancur sudah kuota gula sehari kan ?

Lagi-lagi dengan air viral sekarang seperti air boba, ice blended, frappe, dessert dan sebagainya fuhh memang patut la rakyat Malaysia ni ramai penghidap diabetes.

Kita semua tahu kan pengambilan gula yang berlebihan ini boleh memudaratkan kesihatan. Jadi ayuhlah kita sama-sama mengamalkan kadar pengambilan gula dalam kehidupan seharian 🧂

Merry Christmas 🎆Sis ucapkan selamat menyambut hari perayaan krismas dan selamat tahun baru bagi penganut-penganut agama...
25/12/2020

Merry Christmas 🎆

Sis ucapkan selamat menyambut hari perayaan krismas dan selamat tahun baru bagi penganut-penganut agama Kristian. Semoga krismas ini membawa kebahagiaan dan kesenangan kepada anda dan keluarga anda ❤

Dihari perayaan ini, jangan lupakan norma baharu kita, sentiasa jaga SOP dan pakai mask semasa keluar.

Ikhlas dari,
Thekerabumaggi

•TIPS BUAH-BUAHAN KEKAL SEGAR•Hai uolls ❤ Harini sis nak share dekat uolls beberapa tips penting untuk pastikan buah-bua...
25/12/2020

•TIPS BUAH-BUAHAN KEKAL SEGAR•

Hai uolls ❤

Harini sis nak share dekat uolls beberapa tips penting untuk pastikan buah-buahan di rumah kekal segar 😊

1. Tips pertama uolls boleh rendamkan buah-buahan dalam rendaman cuka. Setelah itu, bilaskan dengan air bersih dan keringkan.

2. Untuk buah yang bertangkai seperti pisang, uolls boleh balut tangkainya dengan pembalut plastik.

3. Tips seterusnya, uolls jangan simpan sayur dengan buah sekali sebab nanti cepat rosak.

4. Akhir sekali, buah-buahan memerlukan udara yang segar jadi ia tidak boleh disimpan dalam bekas tertutup ye.

Kalau uolls ikut tips ni insyaAllah buah-buahan akan lebih tahan lama daripada biasa 🌸

•RESEPI UDANG BAKAR CHEESE•Hai uolls ❤Harini sis nak kongsi satu resepi exclusive yang amat sedap dan ringkas dibuat di ...
15/12/2020

•RESEPI UDANG BAKAR CHEESE•

Hai uolls ❤

Harini sis nak kongsi satu resepi exclusive yang amat sedap dan ringkas dibuat di rumah iaitu udang bakar cheese. Selamat mencuba uolls !

Bahan-bahan :

🍤 Beberapa ekor udang disiangkan
🧈 Sedikit mentega
🧀 Keju mozzarella
🧂 Sedikit garam
🧂 Sedikit serbuk lada hitam

Cara penyediaan :

1. Udang yang telah dibersihkan tu, belah bahagian belakangnya.

2. Pada masa yang sama, campurkan keju mozzarella, mentega, garam dan serbuk lada hitam dalam satu bekas.

3. Setelah itu, letakkan bahan campuran tersebut pada belahan udang dan dibahagian kaki udang.

4. Kemudian bolehlah susun atas pemanggang dan bakar untuk 10-12 minit atau sehingga masak.

Siap ! Senang kan ? Selamat menjamu selera uolls 😋

Nota : page ini hanyalah untuk sesi pembelajaran sahaja. Tiada transaksi jual dan beli dilakukan.
📹 Kredit : Google image

•MITOS MI SEGERA•Hai uolls ❤Uolls tau tak banyak maklumat palsu tentang mi segera yang membuatkan ramai orang takut nak ...
15/12/2020

•MITOS MI SEGERA•

Hai uolls ❤

Uolls tau tak banyak maklumat palsu tentang mi segera yang membuatkan ramai orang takut nak makan mi segera ni. Sebenarnya tak betul pun semua tuu. Meh sini sis kongsi beberapa mitos tentang mi segera 😉

🍜 Mi segera mempunyai wax (lilin) - kalau uolls nak tau mi segera ni diperbuat daripada gandum, minyak sawit dan garam. Kemudian menjadi doh, dileperkan dan dijadikan untaian yang panjang. Mi ini kemudian dikukus sebelum dikeringkan dan digoreng dalam minyak yang banyak. Kemudian dibungkus. Jadi tiada proses yang melibatkan lilin dalam pembuatan mi segera.

🍜 Mi segera punca obesiti - tidak sama sekali ye sebab mi segera ni dikelaskan sebagai makanan berkabohidrat. Jadi kalau uolls tak kawal pengambilan makanan berkabohidrat, jangan terkejut kalau dapat obesiti.

🍜 Merebus MSG bersama air panas menyebabkan perisa mi segera menjadi bertoksik - tidak tidak tidak jangan percaya ye sebab saintis dah buat kajian bahawa struktur molekular tidak akan memberikan sebarang tindak balas apabila direbus dengan air panas.

Kesimpulannya, uolls jangan percaya bulat bulat dengan mitos. Kena kaji selidik dulu ye ! Jadi mi segera ni selamat untuk dimakan 😍

Nota : page ini hanyalah untuk sesi pembelajaran sahaja. Tiada transaksi jual dan beli dilakukan.
📹 Kredit : Google image

[KERABU MAGGI SUSHI]Hai uolls ❤Eh eh bukan setakat American cuisine je tapi Japanese cuisine pun Thekerabumaggi ada tauu...
14/12/2020

[KERABU MAGGI SUSHI]

Hai uolls ❤

Eh eh bukan setakat American cuisine je tapi Japanese cuisine pun Thekerabumaggi ada tauu !

Ni la uniknya kerabu maggi sis siap boleh buat sushi uolls. Nak tau apa yang menarik ? Meh sini sis kabo 📣

Isi sushi ni ada semestinya kerabu maggi dimana ada maggi, lobak merah, isi ketam dan ikan tuna. Lepastu sis akan balut kemas kemas dengan kepingan seaweed yang sis import dari Jepun tau ! Bukan biasa biasa ni. Dan dekat atas sushi tu pulak sis letak beef bacon yang crispy fuh memang premium untuk uolls 😁

Sis akan potong siap siap sushi ni dan uolls akan dapat 6 kepingan KERABU MAGGI SUSHI. Dengan setiap pembelian, sis akan bagi sos pencicah iaitu sos padu kerabu maggi la uolls. Nak extra pedas pun boleh takde masalah langsung !

Harga : RM7

Harga yang berpatutan dan kualiti yang tinggi untuk uolls 😊

Nak order ? Boleh klik link ni
http://www.wasap.my/+60139354892/thekerabumaggi

Nota : page ini hanyalah untuk sesi pembelajaran sahaja. Tiada transaksi jual dan beli dilakukan.
📹 Kredit : Google image

Address

No 271, Jalan Dusun Muda
Kota Bharu
15200

Telephone

+60139354892

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Thekerabumaggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share