Craving Chocojar YAYA Homemade

Craving Chocojar YAYA Homemade Craving Chocojar YAYA Homemade hadir untuk menjual kegemaran dessert chocojar dan sebagainya yang anda craving.

[📣🌟PRODUK BAHARU!! PRODUK BAHARU!! PRODUK BARU DIKELUARKAN🌟📣]Hola, bonjour, ni hao 🙌🏻🙌🏻!!Perihation📢untuk semua penggema...
19/06/2022

[📣🌟PRODUK BAHARU!! PRODUK BAHARU!! PRODUK BARU DIKELUARKAN🌟📣]

Hola, bonjour, ni hao 🙌🏻🙌🏻!!

Perihation📢untuk semua penggemar craving chocojar yayahomede. Kami ada berita baik kami nak kongsi dengan korang. Produk terhad kami telah sampai 😱😱

Kami perkenalkan chocojar perisa baharu iaitu perisa chipsmore crumbs 🍪🍪.. Memang rugi la Siapa yang tak nak dapatkan perisa baru kami .Lepas ni kami dah tak akan keluarkan perisa ni tau ☺️.

Ayuh mari dapatkan produk kami yang perisa terbaru ini kerana stok perisa terbaru chocojar ini amat terhad. Harga pun berbaloi hanya RM12 sahaja.

📲Kalau berminat untuk beli sila hubungi kami di whatsapps http://www.wasap.my/6019-8133183 atau http://www.wasap.my/6017-3350581 atau mesej kami melalui facebook

[👩‍🍳‼️KEPENTINGAN DAN KESELAMATAN MAKANAN‼️👩‍🍳]Membuat makanan benda pertama yang korang kena utamakan menitikberatkan a...
18/06/2022

[👩‍🍳‼️KEPENTINGAN DAN KESELAMATAN MAKANAN‼️👩‍🍳]

Membuat makanan benda pertama yang korang kena utamakan menitikberatkan adalah kepentingan dan keselamatan makanan.

Apakah maksud keselamatan makanan? Keselamatan makanan bermaksud makanan itu bersih daripada kuman berbahaya, racun, toksin, dan bersih daripada najis dan bahan buangan yang lain. Makanan yang tidak bersih boleh mengandungi bakteria atau bahan bahan yang berbahaya. Bakteria ini boleh menyebabkan penyakit bawaan seperti taun, keracunan makanan, dan Hepatitis A.

Antara perkara-perkara asas yang perlu diutamakan untuk memastikan makanan yang bersih ialah :
i) Kebersihan bahan mentah.
ii) Pengendalian makanan yang bersih.
iii) Penyediaan dan penyimpanan makanan yang betul.
iv) Premis makanan yang mempunyai persekitaran yang bersih.
v) kebersihan diri pengendali makanan.

📲Sila hubungi kami di whatsapps http://www.wasap.my/6019-8133183 atau http://www.wasap.my/6017-3350581 atau mesej kami melalui facebook

[📣PERIHATIAN SEMUA TERUTAMA PENGEMAR COKLAT📣]Helo, semua 🥰🥰!! Mulakan pagi korang dengan bismillah ye dulu. Hari ini kam...
18/06/2022

[📣PERIHATIAN SEMUA TERUTAMA PENGEMAR COKLAT📣]

Helo, semua 🥰🥰!! Mulakan pagi korang dengan bismillah ye dulu. Hari ini kami ada berita baik 😗😗.. Korang teruja tak nak tahu apa ??

Kami ada buat 2 promosi yang sangat menarik untuk pembelian craving chocojar yayahomemade 🤩🤩. Maka sesuai sangat la untuk korang yang nak beli chocojar tapi nak jimat bajet tu .

Untuk korang yang beli craving chocojar yayahomemade 4 botol ke atas dapat potongan RM 1 setiap botol.

Seterusnya, korang pesan 5 botol craving chocojar dari kami, anda akan dapat percuma satu botol tau .. psssttt 💭Korang juga akan dapat percuma penghantaran tau bila korang beli salah satu promosi dekat atas tu.

Wowww menarikkan 😱😱😱. Mana nak dapat promosi macam ni dahlah chocojar kami ini percuma topping , jimat bajet terukss p**a tu. Jadi korang yang nak selit pesanan tu cepat-cepat mesej atau tekan pautan dekat bawah tu sebab kami open promosi ini tak lama tau. Jadi jangan lepaskan peluang .. Dapatkan anda punya dengan tekan pautan dibawah🥢🍫..

📲Kalau berminat untuk beli sila hubungi kami di whatsapps http://www.wasap.my/6019-8133183 atau http://www.wasap.my/6017-3350581 atau message kami melalui facebook

[🥰MAKLUM BALAS DARI PELANGGAN KAMI YANG TERSAYANG🥰]Assalamualaikum, semua. Tengah usha produk kami ke tu 😚😚?? Kami gembi...
18/06/2022

[🥰MAKLUM BALAS DARI PELANGGAN KAMI YANG TERSAYANG🥰]

Assalamualaikum, semua. Tengah usha produk kami ke tu 😚😚?? Kami gembira kerana dapat maklum balas yang positif dari pelanggan-pelanggan kami.

Kalau dapat maklum balas dari pelanggan yang positif ni, penjual pun rasa semangat nak promosi and jual produknya. Seterusnya, ini menandakan produk yang kita jual sangat sedap. Kami tahu ada pelanggan yang takut nak beli sebab risau kualiti sesuatu produk tersebut tapi kalau korang beli di Craving chocojar yayahomemade ini memang padu dan korang tak perlu risau kerana kualiti chocojar kami memang tip top tanpa sebarang pengawet.

Jadi di bawah ni ada maklum balas dari pelanggan yang dah beli chocojar dengan kami. Alhamdulilah setakat ni maklum balas craving chocojar yayahomemade semua positif dan tidak mengecewakan. Untuk pesanan boleh tekan pautan di bawah:-

📲Kalau berminat untuk beli sila hubungi kami di whatsapps http://www.wasap.my/6019-8133183 atau http://www.wasap.my/6017-3350581 atau mesej kami melalui facebook

Jom berjalan untuk kesihatan kitaHaluuu semuaa!! Tengah buat apa tu 😚 adakah anda tengah bersantai-santai selepas makan ...
17/06/2022

Jom berjalan untuk kesihatan kita

Haluuu semuaa!! Tengah buat apa tu 😚 adakah anda tengah bersantai-santai selepas makan terutama benda yang manis?

Jika ya, kami disini juga ingin menasihatkan anda untuk bersenam juga supaya kalori yang kita ambil perlu digunakan juga. Maka kami mencadangkan anda bersenam iaitu berjalan!!

Mesti anda tertanya “berjalan?? Boleh ke berjalan membakar kalori kita??” Yaa, betul. Berjalan adalah salah satu senaman yang dapat menurunkan berat badan kita jika kita mempraktiskan berjalan 5000-10000 langkah dalam 3/2 hari seminggu yang dapat membakar kalori kita dalam lingkungan 380 kalori dan ini juga telah terbukti dalam kajian oleh para saintis.

📲Sila hubungi kami di whatsapps http://www.wasap.my/6019-8133183 atau http://www.wasap.my/6017-3350581 atau mesej kami melalui facebook

[🍫COKLAT SUSU VS COKLAT GELAP VS COKLAT PUTIH🍫]                               Hii korang👋👋. Ya, korang la pengemar cokla...
17/06/2022

[🍫COKLAT SUSU VS COKLAT GELAP VS COKLAT PUTIH🍫]

Hii korang👋👋. Ya, korang la pengemar coklat tu 🫣. Ada banyak jenis coklat yang dijual di pasaran. Terdapat salah satu jenama yang terkenal ini korang pasti dah tahukan .Apa lagi kalau bukan Beryl’s Chocolate.

Jom kita kenali yang coklat beryls ni ada pelbagai jenis. Antaranya ialah coklat susu, coklat gelap dan juga ada coklat putih. Jadi apa yang perbezaan antara ketiga-tiga jenis coklat beryls ni:-

i) Coklat gelap:-
Untuk jenama Beryl’s, coklat gelap lebih dikenali dengan "dark compound". Ada dua jenis betuk "dark compound" yang dijual. Antaranya ialah dalam bentuk "bar" dan juga "coins". Selalunya kami perihati ramai pembeli yang beli coklat ni dalam bentuk "coins" sebab ia sangat senang untuk dicairkan. Coklat gelap juga mengandungi mentega koko, gula, dan lesitim. Jenis coklat ini juga sesuai untuk membuat kek, brownies, chocojar dan banyak lagi tetapi tidak disarankan untuk membuat salutan pada biskut kerana coklat lambat kering.

ii) Coklat susu:-
Fungsi coklat susu lebih kurang sama dengan coklat gelap. Hanya rasa coklat susu lebih manis dan warna coklatnya lebih lembut. Susu coklat mengandungi 20 peratus mentega koko, gula, pepejal susu, vanila dan lesitin. Coklat jenis ini amat digemari oleh kanak-kanak kerana manis dan kandungan susu menjadikan rasanya lebih lembut. Jenis coklat ini amat sesuai untuk membuat chocojar. Selain itu, Coklat susu mudah hangus apabila dicairkan.

iii) Coklat putih:-
Coklat putih berperisa susu dan berwarna putih. Coklat putih ini hanya digunakan sebagai hiasan sahaja. Coklat jenis ini sesuai digunakan sebagai "mouse" dalam lapisan kek dan juga sesuai sebagai "drizzle" atas biskut. Jenis coklat ini perlu dicairkan dengan berhati-hati kerana mengandungi lemak coklat yang sedikit. Coklat putih ini juga mengandungi mentega koko, pepejal susu, gula, vanila dan lesitin.

📲Sila hubungi kami di whatsapps http://www.wasap.my/6019-8133183 atau http://www.wasap.my/6017-3350581 atau mesej kami melalui facebook

[🧾CRAVING CHOCOJAR YAYA HOMEMADE PRICELIST🧾]Annyeonghaseyo chingu ya 🥰🥰🙈. Korang craving nak makan chocojar?? Tak tahu n...
17/06/2022

[🧾CRAVING CHOCOJAR YAYA HOMEMADE PRICELIST🧾]

Annyeonghaseyo chingu ya 🥰🥰🙈. Korang craving nak makan chocojar?? Tak tahu nak beli chocojar yang sedap dan kualiti 100% tip top??

Jom dapatkan Chocojar kegemaran anda hanya di craving chocojar yayahomemade. Kami bukan sahaja menjual chocojar tetapi ada cookies, pritzel cranberies sea salt dan juga mini cococrunch.

Haaa!! Sesuai sangat untuk awak yang memang peminat coklat tu. Untuk tengok secara lebih terperinci produk kami, korang boleh tengok dekat bawah ni. Kami dah siap-siap senaraikan untuk awak 🙆🏼‍♀️.

Korang nak tahu tak apa keunikan chocojar kami 😎. Kalau korang nak tambah topping, kami tak kenakan sebarang caj pun. Topping percuma 🤭🤭. Woww menarik tak?? Kalau beli dekat tempat lain ni belum tentu lagi dapat topping percuma tau.

Untuk order boleh tekan pautan di bawah. Terima Kasih, korang 🤗🤗

📲Kalau berminat untuk beli sila hubungi kami di whatsapps http://www.wasap.my/6019-8133183 atau http://www.wasap.my/6017-3350581 atau mesej kami melalui facebook

[🥄CARA BUAT CHOCOJAR🥄 ]                              Assalamualaikum penggemar craving chocojar yayahomemade. Snek atau ...
17/06/2022

[🥄CARA BUAT CHOCOJAR🥄 ]

Assalamualaikum penggemar craving chocojar yayahomemade. Snek atau dessert yang paling pop**ar dan menjadi pilihan rakyat Malaysia semestinya chocojar. Yang menariknya craving chocojar yayahomemade ni sangat rangup dan bunyinya yang ‘krup krap’ tu memang membuatkan ramai yang terliur.

Maka hari ini kami nak kongsikan cara buat chocojar supaya korang pun boleh try buat dekat rumah . Apa salahnya kan berkongsi rezeki. Insyallah doakan rezeki kami semakin bertambah. Antara langkah-langkah pembuatan chocojar ialah:-

1) Sediakan bahan bahan untuk membuat chocojar. Antara bahan-bahannya ialah:
i. 1 kg milk chocolate coin Beryls
ii. Coklat cadbury
iii. Minyak
iv. Bubble rice.

2) Untuk cairkan coklat, korang kena guna kaedah "double boil" kan coklat coin. (Kalau korang nak cair boleh lebihkan minyak dan kalau nak pekat korang boleh kurangkan minyak.)

3) Goreng bubble rice dalam kuali secara perlahan selama 5-10 minit.

4) Biarkan semua sejuk.

5) Letakkan bubble rice dalam botol atau bekas.

6) Tuangkan coklat yang dah dicairkan dalam bekas yang berisi bubble rice tersebut.

7) Letakkan topping Coklat Cadbury.

8) Gaul semua dengan sekata dan siap.

Sekarang korang pun dah boleh nikmati chocojar homemade ni. Senangkan cara nak buat chocojar ni. Mudah sahaja. Korang juga boleh buat chocojar ini ikut citarasa sendiri dan kalau nak ubah bahan bahan pun boleh asalkan tetap menjadi chocojar dan bukan makan lain🤭.

Tetapi kalau korang mahu lebih mudah maka belilah dengan chocojar kami Craving Chocojar YAYA Homemade dengan tekan link di bawah atau message sahaja kami di facebook:-

📲Kalau berminat untuk beli sila hubungi kami di whatsapps http://www.wasap.my/6019-8133183 atau http://www.wasap.my/6017-3350581 atau mesej kami melalui facebook

[Berehat Seketika bersama Chocojar Yaya Homemade😋]Assalamualaikum dear 🥰🥰.. Stress dengan tugasan yang diberi oleh pensy...
16/06/2022

[Berehat Seketika bersama Chocojar Yaya Homemade😋]

Assalamualaikum dear 🥰🥰.. Stress dengan tugasan yang diberi oleh pensyarah, pembentangan, ujian atau kuiz ke tu?? 😘. Kami dekat sini nak ucapkan semoga berjaya dan dipermudahkan urusan untuk korang yang masih bergelar pelajar itu tak kira la belajar kat Uitm, Politeknik, Unisza, atau kat mana-mana pun.

Apa kata korang jangan tertekan sangat and tenang sahaja. Maru dapatkan produk kami iaitu craving chocojar yayahomemade. Kami jamin 100% korang takkan menyesal sebab produk kami ni kalau korang makan memang dapat hilangkan tekanan korang itu tau. Serius kami tak tipu 😇!! Dah ramai yang bagi maklum balas dekat kami yang mengatakan bahawa yang craving chocojar ni memang membantu mereka hilangkan tekanannya semasa buat tugasan dan belajar. Ini disebabkan salah satu produk kami iaitu chocojar tak terlalu manis, tak muak, dan 100% guna coklat premium iaitu Beryls’ coklat.

Dapatkan anda punya dengan hanya tekan pautan di bawah ini untuk menghubungi kami atau message kami di facebook:-
📲Kalau berminat untuk beli sila hubungi kami di whatsapps http://www.wasap.my/6019-8133183 atau http://www.wasap.my/6017-3350581 atau mesej kami melalui facebook

[📢PANGGILAN UNTUK PENGGEMAR CHOCOJAR PENCINTA 🥢📢]Korang selalu lapar 😋 waktu pagi, petang, atau malam??Mengidam snek ata...
16/06/2022

[📢PANGGILAN UNTUK PENGGEMAR CHOCOJAR PENCINTA 🥢📢]

Korang selalu lapar 😋 waktu pagi, petang, atau malam??

Mengidam snek atau pencuci mulut yang tak terlalu manis dah tak muak 😘??

Jangan risau kerana anda boleh dapatkan pencuci mulut kegemaran anda hanya di craving chocojar yayahomemade 🤓 chocojar yang sangat sedap, viral dan menjadi pilihan semua dalam kalangan masyarakat di Malaysia ni tidak kira muda ataupun tua .

Untuk pesanan craving chocojar yayahomemade .. Tekan jerrr pautan kat bawah ini:-
📲Kalau berminat untuk beli sila hubungi kami di whatsapps http://www.wasap.my/6019-8133183 atau http://www.wasap.my/6017-3350581 atau mesej kami melalui facebook

Resipi yang menggunakan bahan coklat.Coklat adalah makanan manis atau dessert yang sangat terkenal dan digemari oleh sem...
16/06/2022

Resipi yang menggunakan bahan coklat.

Coklat adalah makanan manis atau dessert yang sangat terkenal dan digemari oleh semua orang tak kira tua atau muda. Hal ini kerana coklat dapat memberikan kebahagian kepada sesiapa sahaja yang memakannya. Coklat juga dapat dijadikan sebagai hadiah pada hari hari istimewa dan sebagai doorgift untuk perkahwinan. Terdapat beberapa hidangan yang menggunakan coklat dalam masakannya. Antaranya ialah :

1) pisang goreng coklat cheese.
2) puding biskut jejari coklat.
3)muffin coklat chip.
4)biskut coklat chip.
5) kek coklat lava.
7)kek coklat moist.

Hmmm 😋😋 semua sedap-sedapkan. Rasa macam nak semua semualah p**ak. Jadi korang pun bolehlah cuba buat resepi yang guna coklat kat atas itu. Mana tahu kalau menjadi bolehlah jualkan 🤭.

📲Sila hubungi kami di whatsapps http://www.wasap.my/6019-8133183 atau http://www.wasap.my/6017-3350581 atau mesej kami melalui facebook

Mitos tentang coklat Coklat memang mempunyai banyak manfaat tetapi ramai juga yang masih percaya terhadap mitos mengenai...
14/06/2022

Mitos tentang coklat

Coklat memang mempunyai banyak manfaat tetapi ramai juga yang masih percaya terhadap mitos mengenai coklat. Padahal mitos tersebut tidak dapat dipastikan betul atau salah. Jadi harini kami nak berdiskusi tentang mitos memakan coklat . Antaranya ialah :

1) Coklat dapat menimbulkan jerawat.
Mitos ini adalah salah satu mitos yang pop**ar kerana ramai sangat yang mempercayai bahawa coklat dapat menimbulkan jerawat. Oleh itu, ramai yang takut untuk makan coklat kerana risau muka berjerawat tetapi mitos ini terbukti tidak sahih kerana ada kajian yang menyatakan bahawa coklat tiada kaitan dengan jerawat. Jika kita mengambil coklat dalam kuantiti yang banyak juga tidak akan menimbulkan jerawat. Hal ini kerana, makanan yang menimbulkan jerawat sebenarnya berasal dari makanan yang berminyak dan mengandungi kuman.

2) Coklat menyebabkan gigi berlubang.
Mitos ini juga amat pop**ar dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini kerana ramai ibubapa selalu guna alasan coklat menyebabkan gigi berlubang untuk menghalang anak mereka dari memakan coklat . Mitos ini juga tidak terbukti kebenarannya kerana ada kajian yang menyatakan kandungan protein, kalsium dan fosfat dari susu coklat itu sendiri dapat membersihkan mulut lebih cepat.

3) Coklat menyebabkan kenaikan berat badan. Mitos ini terus berlelausa dalam kalangan masyarakat kerana mereka menganggap coklat adalah makanan manis yang mengandungi kadar gula dan lemak yang tinggi. Malah, fakta coklat bar itu sendiri mengandungi 220 kalori yang cukup rendah dan juga terdapat kajian yang menyatakan jika coklat diambil dalam kuantiti yang normal, ia dapat menjadi sebahagian dari diet.

4) Coklat tidak mengandungi nutrisi.
Mitos berkaitan coklat tidak mengandungi nutrisi juga sering berleluasa dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana mereka amat percaya bahaya coklat mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan seseorang yang memakannya. Namun mereka tidak tahu bahawa dalam coklat terdapat sumber magnesium, tembaga, dan besi yang baik yang dapat menurunkan risiko penyakit jantung. Menurut kajian universiti di Boston dan Itali, dark coklat mempunyai lebih banyak antioksidan daripada white coklat yang dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

Pasti anda terkejut rupanya banyak juga mitos tentang coklat yang kita telah dengar.

📲Sila hubungi kami di whatsapps http://www.wasap.my/6019-8133183 atau http://www.wasap.my/6017-3350581 atau mesej kami melalui facebook

Address

Lot 668 Kampung Machang Limbat
Kota Bharu
16150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Craving Chocojar YAYA Homemade posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category