03/07/2023
👱♂️🧕 SNEK DI KALANGAN REMAJA 👱♂️🧕
🤔🤔Mengapa golongan remaja harus diberi perhatian yang lebih?
Dari sudut pemakanan, golongan remaja ini dikatakan istimewa kerana:
1. Mereka sedang menjalani fasa tumbesaran yang aktif. Oleh itu, mereka memerlukan tenaga yang lebih serta corak pemakanan yang akan menyokong keperluan tubuh mereka.
2. Dari segi sosial, mereka mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan mungkin mengambil tindakan mengikut perasaan
3. Fasa kehidupan yang sangat sibuk dan aktif sehingga mereka mungkin akan mengabaikan pemakanan
4. Corak pemakanan yang akan berubah kerana remaja mulai memperolehi kebebasan untuk memilih dan menentukan makanan yang dis**ai.
5. Remaja cenderung untuk memilih makanan segera dan minuman ringan yang tidak berkhasiat
6. Mereka mungkin berkeinginan untuk mencapai bentuk badan tertentu, lalu berusaha untuk menurunkan berat badan secara tidak rasional
7. Remaja sentiasa bersama rakan-rakan sebaya untuk melakukan banyak aktiviti termasuk makan bersama-sama
8. Corak pemakanan yang diamalkan pada waktu remaja selalunya akan menjadi tabiat dan diteruskan semasa dewasa.
⭐Admin harap para followers dapat sesuatu yang bermanfaat daripada postingan admin ⭐
✅Ikuti https://www.facebook.com/TheCrizzCrispy untuk mengetahui setiap perkembangan kami