02/09/2025
Untuk pengemar Nasi Kerabu, kami bawakan untuk anda Nasi Kerabu Liniey.
Makanan yang paling sinonim dengan masyarakat kelate untuk sarapan pagi ialah nasi kerabu.
Salah satu nasi kerabu yang best n sedap sgt kt kota bharu nie ialah Liniey Nasi Kerabu Tumis.
Kat sini dia ada dua jenis nasi kerabu iaitu nasi kerabu tumis(nasi putih) dan nasi kerabu golok(nasi biru). So mana yg lebih sedap?hahah abesey dh try dua2 dh dua2nye sedap, beza antara dua nasi nie ialah campuran tumis dia.
Dekat sini b*k pilihan lauk2 contoh, ayam bakar,daging bakar,kambing merecik,ikan celup tepung,ikan perecik dan b*k lgi. Dan kalau pergi abesey suggest make daging bakar la sedap😋😋😋.
Overall semua okay,Nasi kerabu yg lengkap dgn kerabu, ulam2, nyoir goreng, tumis ,budu ,solok lada dan sgt sedap harga pun murah, tokey kedai pun baik, pekerja pun okay,tempat make pun okay. Alhamdulillah sedap dan sgt recommended.
Lokasi: Nasi Kerabu Liniey(area cabang 4 wisma kb)