Pengenalan Serunding
Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Antara serunding yang biasa adalah Serunding Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Ia adalah hidangan y
ang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serunding terutama apabila banyak daging qurban (Hari Raya Haji). Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dan sebagainya. Serunding berasal dari Negeri Kelantan Darulnaim dan banyak diusahakan secara tradisional di Kampung Laut, di dalam Jajahan Tumpat, Kelantan. Kini Kampung Laut menjadi pusat pembuatan serunding yang terbesar dan komersial di Malaysia. Tarikh kewujudan serunding belum dapat dipastikan, namun perusahaan serunding di Kampung Laut telah dipelopor oleh Allahyarhamah Mek Som binti Ismail atau lebih dikenali Mak Som Pak Soh Lotri oleh penduduk setempat. Kini perusahaan pembuatan serunding diwarisi oleh anak cucu beliau yang ramai. Serunding Timur ini juga berasal dari Negeri Kelantan, berpengkalan di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan. Antara serunding yang kebiasaan menjadi permintaan ialah :
** Serunding Daging Tempatan
** Serunding Daging Import
** Serunding Ayam
** Serunding Ikan
Serunding kami sentiasa dijaga rapi supaya berkualiti tinggi dan tahan lama supaya anda boleh menikmati serunding kami setiap masa dimana jua anda berada.