Resepi CHEF JOE

Banyak p**a dm masuk nak resepi sos sekaya pandan. So kita s**a sharing2 ilmu..RESEPI SOS SEKAYA PANDAN :- 1 Cawan air p...
14/04/2026

Banyak p**a dm masuk nak resepi sos sekaya pandan. So kita s**a sharing2 ilmu..

RESEPI SOS SEKAYA PANDAN :

- 1 Cawan air pandan (5 helai pandan Blend)
- 1 biji telur
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 kotak santan Kara 200ml
- 1 sudu susu pekat
- 2 sudu besar tepung jagung @ castard
- pewarna hijau
- emulco pandan
- secubit garam

CARA-CARA

- Masukkan semua bahan dalam periuk. Kacau-kacau dahulu semua bahan sblm buka api.
- bahan-bahan dah larut semua boleh hidupkan api
- Api perlahan.. Sentiasa kacau. Bila dan mendidih dan pekat boleh tutup..

DAH SIAP.
Resepi ni cukup untuk 1-1.5kg ( 100-200 keping roti jala)

* boleh olah rasa ikut tekak s**a manis atau tidak. Resepi ni tidak terlalu manis. Just Nice *

Kredit
Resepi Suraya Ismail.

Kek coklat moist (kukus) ni just guna 1 biji telo aje.. Then ada letak serbuk kopi sikit untuk kasi kick📌Saya s**a tekst...
11/06/2025

Kek coklat moist (kukus) ni just guna 1 biji telo aje.. Then ada letak serbuk kopi sikit untuk kasi kick📌

Saya s**a tekstur kek yang berderai😁 Mari la cuba.

Bahan-bahan:

1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn serbuk koko
1/2 sk soda bikabonat
1/2 sk baking powder
1/2 sk serbuk kopi
2 cubit garam

** Ayak semua bahan di atas

3 sb majerin (dicairkan)
3/4 cwn gula
1 cwn susu cair
1 bj telur (saiz 😎

** Campur semua bahan di atas dengan bahan ayak. Kacau guna whisk aje.

Bila sebati, masuk dalam loyang. Tak payah hentak kalo s**a tekstur kek berderai macam saya. Kukus selama 30 minit.

Bahan Topping:

1 cwn coklat coin beryl's (recommended)
1/2 cwn susu cair
1 sb majerin
2 cubit serbuk kopi
2 cubit garam

** Cairkan atas api kecik sampai sebati aje. Bila dah sejuk sikit, baru tuang atas kek.

Resepi Oleh: Arin Yin

RESEPI PUDDING SUMI VIRALSusu cair 2 tinSusu pekat 1 tinGula 1tinAgar2 bertali 40gEsen vanilla 1 Sudu BesarGaram 3 cubit...
25/01/2025

RESEPI PUDDING SUMI VIRAL

Susu cair 2 tin
Susu pekat 1 tin
Gula 1tin
Agar2 bertali 40g
Esen vanilla 1 Sudu Besar
Garam 3 cubit
Air 16 tin susu cair
Tepung castard 10 sudu besar
Sumi Secukupnya ( 1 cup ibu letak 2 pcs )

Masak semua hingga mendidik & Agar2 Hancur

Ibu dapat 84 cup utk resepi di atas.. Dier mcm dadih
X Keras x cair Sngt... 😁😁😁
Selamat Mencuba

Kredit : Nurul Farhana Ali Hassan

BINGKA PANDAN2 cawan tepung gandum1 cawan gula1 cawan air pandan3 cawan santan( 2 cawan santan kotak + 1 cawan air)3 bij...
25/01/2025

BINGKA PANDAN

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
3 cawan santan
( 2 cawan santan kotak + 1 cawan air)
3 biji telur
2 sudu besar butter
1/2 sudu kecil garam
Sikit warna hijau/ pes pandan
Sedikit bijan

Kacau satu persatu bahan diatas hingga sebati @ kisar ja dalam blender. Sapu loyang dengan minyak,
panaskan sebentar. Tuang adunan..tabur bijan

Bakar 45 - 1jam api bawah, suhu 180°C
10 - 20 minit api atas.

Kredit Resepi : balkhais rifaie

RESEPI KUIH LAPIS ROSE2 cwn tepung beras1/2 cwn tepung gandum1/2 cwn tepung jagung3 cwn air1 cwn gula1 kotak santan (200...
06/12/2024

RESEPI KUIH LAPIS ROSE

2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
3 cwn air
1 cwn gula
1 kotak santan (200ml)
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil garam

Kacau semua sehingga sebati dan tapis.
Bahagikan 2 adunan
1 letak pewarna sirap rose

Setiap lapisan kukus 5 minit dan lapisan terakhir kukus 10 minit.

Acuan atau loyang sapu dulu dengan minyak

Kredit : empunya resepi

RESEPI KUIH SAGU DAN TIPS DAPATKAN SAGU JERNIH DAN SEKATA BAHAN-BAHAN :1 cawan sagu3/4 cawan gula pasir4 cawan airSediki...
06/12/2024

RESEPI KUIH SAGU DAN TIPS DAPATKAN SAGU JERNIH DAN SEKATA
BAHAN-BAHAN :

1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
4 cawan air
Sedikit pes minuman berperisa ros
2 helai pandan disimpul
Kelapa parut digaul dengan garam

CARA MEMBUATNYA :

1. Dalam periuk panaskan air, pandan dan perisa ros hingga mendidih.

2. Keluarkan pandan kemudian masukkan sagu. Kacau sebati.

3. Masukkan gula dan kacau rata.

4. Perlahankan api dan tutup periuk. Biarkan bertutup dalam 15 minit. Kacau sesekali saja. Ini cara untuk jadikan sagunya jernih sekata.

5. Apabila sudah agak pekat dan kesemua sagu jernih, tuang dalam loyang.

6. Biarkan sejuk dan barulah dipotong.

7. Gaul dengan kelapa parut tadi, sedia untuk dihidangkan.

Sumber : Mas Cotek

Resepi Kek PisangBahan2:2 cawan tepung gandum1 sdk baking powder1 sdk soda bikarbonat3 biji telur1 sdk esen vanilla1 caw...
06/12/2024

Resepi Kek Pisang

Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1 sdk baking powder
1 sdk soda bikarbonat
3 biji telur
1 sdk esen vanilla
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak jagung/masak
7 biji pisang berangan(lenyekkan)
2 biji pisang yang dipotong nipis utk hiasan

Cara2:
Satukan telur, gula dan esen vanilla mixer hingga sebati. Masukkan minyak masak dan pisang kisar lagi. Kemudian masukkan tepung yg sudah disatukan dengan baking powder dan soda bikarbonat kacau hingga sebati.

Susun pisang yang dipotong nipis di atas adunan kek. Bakar kek hingga masak pada suhu 180'C selama 1jam 20 minit mengikut oven masing-masing.

Selamat mencuba🥰

Kuih favourite orang pantai timur...bulan² biasa susah nk dapat kecuali bulan puasa ...sekaya telur...SEKAYA TELUR10 bij...
06/12/2024

Kuih favourite orang pantai timur...bulan² biasa susah nk dapat kecuali bulan puasa ...sekaya telur...

SEKAYA TELUR

10 biji telur gred b/c
1 kerek Nisang​/1ketul gula melaka
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan santan pekat
Secubit garam
Sedikit esen vanilla

Cara-caranya:

- Campurkan santan dengan gula dan nisan sehingga larut(potong nisang kecik2 n blend).

- Masukkan telur, kacau sampai sebati(jgn dipukul ya,kacau slow2 je sampai sebati) dan jangan lupa masukkan secubit garam dan esen vanilla.

- Tapis dan masukkan ke dalam loyang.

- Kukus lebih kurang 25 ke 30 minit atau sehingga masak(cucuk lidi,klu tak melekat)

- Simpan seketika di dalam peti ais kerana sedap di makan ketika sejuk...

*Salah satu cara lagi...panaskan gula, nisang, sedikit air dan 2 helai daun pandan..yg ni tak perlu guna esen vanilla..
- tunggu sehingga sejuk baru masukkan santan,secubit garam dan telur..kacau slow² sahaja...tapis dan kukus...

Kredit : Imah Rahman

Hanya bakar dalam air fryer sahaja. senang , mudah ,dan cepat. saya share resepi kat bawah ni siapa ada air fryer boleh ...
06/12/2024

Hanya bakar dalam air fryer sahaja. senang , mudah ,dan cepat. saya share resepi kat bawah ni siapa ada air fryer boleh cuba.

🥧 RESEPI KUIH BAKAR SUPER SIMPLE 🥧
Bahan²:
1 Cawan air daun pandan
2 Cawan santan/1kotak kecil
2 Cawan tepung gandum
1 Cawan Gula
2 Biji telur
1 Sudu kecil garam
1 Sudu kecil esen vanilla
1 Sudu kecil pewarna hijau

Blend semua bahan tadi sampai sebati.. Masukkn dalam loyang (loyang airfryer tu tak perlu guna baking paper pun sebab tidak melekat pun.

Bancuhan ni dapat 2 biji kuih bakar tau.. Kira bahagi dua la bancuhan tu.

Masukkan dalam Airfryer suhu 170° masa 45minit

Siap!!

Tunggu betul2 sejuk baru potong tau..Nanti bahagian tengah tu akan mendap sedikit..

Fuhhh bau dia. Serius sedap.

Selamat Mencuba 💖

RESEPI KUIH TEPUNG BUNGKUS2 cwn tpg beras1sd tpg gandum1sd tpg jagung2 cwn santan pekat3 cwn airSedikit garamInti kelapa...
06/12/2024

RESEPI KUIH TEPUNG BUNGKUS

2 cwn tpg beras
1sd tpg gandum
1sd tpg jagung
2 cwn santan pekat
3 cwn air
Sedikit garam

Inti kelapa

Campurkan semua bahan.tapis dan masak hingga pekat berkilat.bungkus kemas dan kukus lebih kurang 10 minit

Bungkus masa adunan panas.kalau adunan dah sejuk susah nak bentuk.panaskan adunan semula bagi suam2.

Kredit zanariyah

Agar-agar lumut khas untuk mak mertua. Mak mertua akak memang s**a sangat agar-agar lumut. Loyang yang kecik tu khas unt...
06/12/2024

Agar-agar lumut khas untuk mak mertua. Mak mertua akak memang s**a sangat agar-agar lumut. Loyang yang kecik tu khas untuknya.. Resepinya..

Bahan Agar-Agar Lumut:

Agar2 tali 30 gram
Air 5 cawan
Daun pandan 4 helai blander - Ambik airnya dalam 1 cawan.
Telur 2 biji
Santan kara 1 kotak kecik
Garam sikit
Gula 1 cawan - akak tak nak manis sebab mak merua tak s**a manis-manis.
Pewarna hijau - nak bagi warnanya cantik.

Cara Membuat:

Masak agar-agar sampai larut baru msukkan gula. Sambil tu pukul telur dengan santan. Bila agar-agar dah mendidih, msukkan air pandan dan pewarna hijau.

Masukkan juga garam dan tunggu sampai mendidih baru masukkn santan yang dipukul dengan telur tadi. Kacau-kacau biar sampai mendidih.

Padamkan api, tuang dalam loyang. Loyang akak tu akak tak tau brapa inci. Resepi ni cara akak ya, mungkin cara sahabat2 lain. Selamat mencuba.

Kredit Resepi: Umi Norma

Address

Kota Bharu
16400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resepi CHEF JOE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category