Kak Dah Nasi Kerabu Kadok

Kak Dah Nasi Kerabu Kadok Kelantanese Food

03/03/2026
22/02/2026

Alhamdulillah atas setiap feedback baik dari customer 🀍
Bila keluarga pelanggan s**a, itu rezeki paling besar buat kami.

Terima kasih pilih Kak Dah Nasi Kerabu Kadok.
Semoga bisnes kecil kami terus diberkati & dapat hidang yang terbaik untuk semua 🀲🏻🀲🏻

20/02/2026

Nasi Kerabu + Sos Lada Hitam Special! πŸ˜‹

Tengah cari Nasi Kerabu dengan rasa lauk extra sedap dan lain dari lain πŸ˜‹? Kak Dah Nasi Kerabu Kadok adalah jawapannya πŸŽ‰!

Ada pelbagai lauk korang boleh pilih ikut selera semua. Ada ayam bakar πŸ—, daging bakar πŸ₯©, lemak bakar 🀩 & kambing bakar 🐐. Nak satu lauk dalam satu pinggan pun boleh πŸ˜‰!

Paling best, lauk Kak Dah Nasi Kerabu disaluti dengan 🌢️ sos lada hitam 🌢️ homemade yang beri rasa extra sedap 🀀! Nak tahu rasa macam mana? Korang datang cuba & nikmati sendiri tau πŸ₯°.

Tq kak ni etok kadok. Customer tetap kami πŸ˜„πŸ˜„
19/10/2025

Tq kak ni etok kadok. Customer tetap kami πŸ˜„πŸ˜„

328 likes, 19 comments. β€œKeno dgn selero kak nie kito!! 😁😁 Alhamdulillah repeat banyok kali doh kak nie. Terima kasih banyok kak nie dehh. Comei sokmo kak nie kitoo πŸ₯°πŸ₯° etok kadok yg satu (π˜½π™€π™¨π™¨π™’π™–π™£)γ‚·οΈŽ A Z R U L A E H”~πŸ‘» alif...

Alhamdulillah.. terima kasih Pejabat MARA Kota Bharu MARA Negeri Kelantan Bahagian Pembangunan Usahawan MARA
07/08/2024

Alhamdulillah.. terima kasih Pejabat MARA Kota Bharu MARA Negeri Kelantan Bahagian Pembangunan Usahawan MARA

πŒπ€π‘π€ πŒπ„ππ˜πŽπŠπŽππ† 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 π“π„πŒππ€π“π€π: πŠπ„πƒπ€πˆ ππ€π’πˆ πŠπ„π‘π€ππ” πŠπ€πŠ 𝐃𝐀𝐇 πŠπ€πƒπŽπŠ, πƒπ„π’π“πˆππ€π’πˆ π†π€π’π“π‘πŽππŽπŒπˆ 𝐁𝐀𝐑𝐔 πƒπˆ πŠπ„π“π„π‘π„π‡

Terletak di hadapan pejabat ADUN Kadok di Kampung Kadok, Ketereh, Kedai Nasi Kerabu Kak Dah Kadok menawarkan keunikan tersendiri dengan menyajikan nasi kerabu pada waktu malam. Pengurusnya, Encik Norhafize Bin Ab Wahab, yang berusia 34 tahun dan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Kewangan dari UiTM Kampus Bandaraya Melaka, menyediakan solusi ideal bagi mereka yang ingin menikmati nasi kerabu selepas seharian bekerja.

Hidangan istimewa di kedai ini termasuk daging bakar dan kambing bakar dengan sos black pepper yang lazat, yang pasti menggugah selera sesiapa sahaja yang mencubanya. Encik Norhafize sangat mementingkan kualiti bahan-bahan yang digunakan, memastikan semuanya segar untuk memberikan rasa terbaik kepada pelanggan. Harga yang berpatutan menjadikan kedai ini pilihan ramai, membolehkan penduduk sekitar menikmati hidangan lazat tanpa perlu risau tentang kos yang tinggi.

Lokasi kedai yang strategik di jalan utama Kota Bharu - Kuala Lumpur memudahkan akses bagi pelanggan dari pelbagai tempat. Kedai Nasi Kerabu Kak Dah Kadok bukan sekadar tempat makan, tetapi juga tempat di mana kenangan dicipta dengan suasana mesra dan layanan yang baik. Encik Norhafize dan pas**annya sentiasa menyambut pelanggan dengan senyuman dan tangan terbuka, menjadikan setiap kunjungan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Jadi, jika anda berada di sekitar Kampung Kadok atau Ketereh, jangan lepaskan peluang untuk singgah dan menikmati keistimewaan hidangan di kedai ini.

MARA akan sentiasa menyokong usahawan yang komited untuk memajukan perniagaan melalui pelbagai kemudahan yang disediakan. Semoga perniagaan Nasi Kerabu Kak Dah akan terus berkembang dan akan diwarisi oleh generasi seterusnya.





MARA Negeri Kelantan
MAJLIS AMANAH RAKYAT
Bahagian Pembangunan Usahawan MARA
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Address

PT 934 Jalan Kuala Krai, Kadok, Ketereh
Kota Bharu
16450

Telephone

+60133018892

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kak Dah Nasi Kerabu Kadok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kak Dah Nasi Kerabu Kadok:

Share