04/08/2022
Persembahan Marching Band Oleh Genderang Suling Gita Jala Taruna Indonesian Naval Academy.
Orang ramai adalah dijemput untuk sama-sama menyaksikan persembahan Marching Band oleh Genderang Suling Gita Jala Taruna Akademi Angkatan Laut Indonesia yang julung-julung kalinya dibawa ke Kota Kinabalu dan dipersembahkan kepada penduduk bandar raya. Persembahan perarakan pancaragam tersebut akan bermula dari bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ke Padang Merdeka pada 06 Ogos 2022 (Sabtu), jam 09.30 pagi hingga 11.00 pagi.