30/06/2026
HARI TERAKHIR BEROPERASI (30/6/2026)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Pertama sekali, Alhamdulillah dan terima kasih kerana diberi kesempatan sehingga ke saat ini untuk terus beroperasi. Perjalanan kita dari 2019 hingga tahun ini (2026) sangat banyak memberi pengalaman dan pengajaran yang bermanfaat.
2019 kita bermula dengan modal yang sedikit, ilmu yang sedikit, pendapatan yang sedikit, sokongan yang sedikit dan juga serba sedikit membuatkan kita berputus asa. Tapi Alhamdulillah, kita tetap berusaha dan bertawakal kepada Allah. π€π€π€²
2019/2020 - 2021 adalah fasa kita dilanda COVID-19, fasa lockdown, dan kemudian fasa boleh berurus niaga secara berperingkat. Sekali lagi kita diberi peluang untuk beroperasi tanpa dine-in, hanya takeaway sahaja dengan masa yang terhad. Alhamdulillah kita juga melalui fasa ini dengan membuat COD ke merata-rata tempat. πβ€οΈ
2021/2022 - 2023 dan kemudian urusan perniagaan mula dibuka secara berperingkat. Ekonomi semakin pulih secara perlahan sehingga ke awal tahun 2023 apabila dine-in mula kembali normal. Fasa ini juga merupakan permulaan kenaikan pelbagai harga barangan serta pelbagai kos. Alhamdulillah kita juga melalui fasa ini dengan meneruskan operasi dengan baik, sambil mengekalkan harga jualan sejak 2019.
2023 - 2025, Alhamdulillah merupakan fasa yang banyak memberi pengajaran dan manfaat. Dalam fasa penting ini banyak perkara yang berlaku, antaranya beberapa kali kenaikan sewa dan utiliti, kenaikan harga minyak yang menyebabkan pelbagai barangan turut meningkat, serta pelbagai lagi kos tersembunyi. Namun sepanjang musim beroperasi, kita cuma menaikkan harga jualan sebanyak dua kali, iaitu pada 2023 dan awal 2026. Alhamdulillah masih mendapat sokongan (kamu semua memang power β€οΈ).
2025 - 2026 seterusnya ialah fasa bertahan dan usaha untuk survival dalam kegawatan ekonomi. Fasa inilah kita cuba sedaya upaya untuk bertahan. Kita faham dan akur dengan keadaan ekonomi sekarang, especially menjelang Julai 2026 yang akan menyaksikan lagi pelbagai kenaikan.
Sepanjang musim kita beroperasi, Alhamdulillah kita mendapat rezeki dan manfaat yang cukup. Kita berjaya memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda. Dua daripadanya telah berjaya menyambung pelajaran, Alhamdulillah, manakala yang lain telah berhijrah dengan pengalaman dan ilmu yang kita kongsikan bersama. Kita juga, Alhamdulillah, telah berkongsi rezeki dengan para peniaga, para supplier, keluarga dan rakan-rakan.
Dan kepada semua... ya, kepada anda semua yang telah menyokong Snacking Kimbap dari mula sehingga hari ini...
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan sentiasa bersama kami sepanjang perjalanan ini. Anda semua memang terbaik dan power β€οΈπ₯
Kalau ada rezeki, insya-Allah kita akan bertemu lagi dalam satu perjalanan yang baharu. Kami akan cuba usahakan untuk bermula di tempat baharu, dan lokasi baharu akan kami kemas kini dari semasa ke semasa melalui halaman Facebook ini. Nantikan perkongsian daripada kami, insya-Allah.
Doakan kami sebagaimana kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua pelanggan, sahabat dan keluarga Snacking Kimbap.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada kisah kami.
Semoga Allah membalas segala kebaikan anda semua. β€οΈπ€²