10/10/2024
Bayangkan anda masuk ke tempat kerja setiap hari dengan perasaan bimbang, tertekan, atau tidak dihargai. Anda mungkin berdepan dengan diskriminasi, beban kerja yang berlebihan, atau kurangnya sokongan dari rakan sekerja dan majikan. Lama-kelamaan, keadaan ini mula memberi kesan kepada kesihatan mental anda.
Inilah realiti yang dihadapi oleh ramai pekerja di seluruh dunia. Lebih 60%* populasi bekerja, dan persekitaran kerja yang buruk boleh mengakibatkan tekanan mental yang serius. Oleh itu, penting bagi majikan, kerajaan, dan pekerja untuk bekerjasama dalam mencipta tempat kerja yang menyokong kesejahteraan mental.
Di Public Health Malaysia, setiap hari adalah Hari Kesihatan Mental. Kami komited untuk terus berkongsi maklumat tentang bagaimana anda boleh menjaga kesihatan mental, kerana tiada kesihatan tanpa kesihatan mental.
*WHO 2024