Jamawi Jaafar Official

Directions Website Contact the business

Jamawi Jaafar Official Berbudi Pada Tanah.. Pertanian Bank Masa Hadapan

Penanam Padi TR8 Di Tenom Hasilkan 10 Tan Sehaktar.. Lumayan Gaiss*TR8 berpotensi hasil sehingga 10 tan sehektar*TENOM, ...
25/08/2026

Penanam Padi TR8 Di Tenom Hasilkan 10 Tan Sehaktar.. Lumayan Gaiss

*TR8 berpotensi hasil sehingga 10 tan sehektar*

TENOM, 25 Ogos 2026: Varieti padi TR8 berpotensi menghasilkan sehingga 10 tan sehektar berdasarkan pencapaian penanaman di beberapa kawasan termasuk Kalibatang Lama, Kalibatang Baru, Kuala Tomani dan Merais.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, potensi itu turut dibuktikan menerusi hasil tuaian di kawasan Penuaian Sawah Satelit Benih Padi Sah (SSBPS) Kalibatang Baru yang dirasmikannya hari ini.

Beliau berkata, kawasan berkenaan digazetkan sebagai Satelit Benih Padi Sah di bawah Seksyen Pengeluaran Benih Padi Jabatan Pertanian Sabah bagi menghasilkan benih padi berkualiti yang disahkan Jabatan Pertanian.

“Di kampung ini ada seluas lebih kurang 67 hektar yang telah ditanam dengan padi TR8. Mengikut statistik kita, paling tinggi di sini sejak tiga tahun kebelakangan ini boleh mencapai 10 tan sehektar.

“Maksudnya, potensi padi TR8 ini memang tinggi dan potensi hasilnya telah dibuktikan di kawasan Kampung Kalibatang Lama, Kalibatang Baru, Kuala Tomani dan Merais,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penuaian SSBPS Kalibatang Baru di sini.

Jamawi yang juga ADUN Melalap berkata, pemeriksaan sampel yang dilakukannya turut mendapati setiap tangkai padi mempunyai antara 165 hingga 185 biji, menunjukkan potensi hasil sekitar lapan hingga sembilan tan sehektar.

Menurutnya, pencapaian itu antara yang tertinggi di Sabah berbanding Jelapang Padi Kota Belud yang mencatat hasil tertinggi sekitar lima tan sehektar, manakala Jelapang Padi Terusan Sapi mencapai 4.5 tan sehektar.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pertanian Sabah kerana melihat potensi kawasan berkenaan dalam meningkatkan pengeluaran padi.

“Saya bukan orang baru di sini. Saya bersama dengan petani di sini lebih kurang 20 tahun dan saya tahu kesungguhan mereka dalam memberikan tenaga serta kesepakatan untuk menguruskan ladang padi di kawasan ini,” katanya.

Jamawi berkata, selain padi, petani di kawasan berkenaan turut mengusahakan buah-buahan, termasuk tanaman yang menjadikan kawasan itu antara pengeluar buah-buahan yang terkenal di Sabah.

Katanya, Kerajaan Negeri akan terus membantu petani berikutan potensi kawasan berkenaan untuk dikembangkan sebagai contoh kepada petani industri padi di Sabah.

Beliau berkata, dua unit traktor, masing-masing untuk kerja membajak dan menuai, telah diluluskan untuk kawasan itu tahun ini.

“Untuk tahun hadapan saya akan tambah dengan mesin menanam dan juga mesin penuai yang kecil untuk kawasan-kawasan yang sukar dimasuki oleh jentera besar sebegini,” katanya.

Jamawi turut berkata, permintaan petani untuk bantuan mesin penyembur baja turut akan dipertimbangkan, dengan lima unit dirancang untuk disediakan tahun hadapan.

“Saya rasa kawasan ini akan terus berpotensi untuk dikembangkan dan menjadi contoh kepada petani-petani industri padi untuk negeri Sabah,” katanya.

Beliau meminta Jabatan Pertanian supaya menggalakkan kelompok petani yang ingin mempelajari kaedah pengurusan tanaman TR8 untuk datang ke kawasan Kuala Tomani bagi melihat sendiri teknologi dan hasil yang dicapai.

“Tak perlulah kamu ke Sekinchan, tak perlulah kamu ke Perak, tak perlulah kamu pergi Jelapang Padi di Kedah. Datang ke Kuala Tomani. Kami telah buktikan bahawa hasil padi sampai 10 tan sehektar,” katanya.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Tetap II MAFFI, Maria David Edick; Pengarah Jabatan Pertanian Sabah, Jackson Ronald Raimi; Pengurus Besar Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS), Datuk Dr Haji Ramle Haji Kasin dan Pegawai Pertanian Tenom, Ts. Mohammad Fauzi Ab Gulam.

Jamawi turut mengadakan lawatan ke Ladang Sayur Bukit Layang- layang, Ulu P**l dan Taman Pertanian Sabah, Lagud Sebrang.

Meneruskan rutin saya setiap pagi Jumaat adalah sessi bersama Ketua Jabatan / Agensi di bawah Kementerian Pertanian, Per...
21/08/2026

Meneruskan rutin saya setiap pagi Jumaat adalah sessi bersama Ketua Jabatan / Agensi di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Sabah.

Seawal jam 8.00 pagi, dimulakan perbincangan bersama Pengarah Jabatan Pertanian Sabah Tuan Jackson Jaimi, di teruskan dengan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar "DVS" Sabah Tuan Zul Bahar dan Pengurus Besar Lembaga Padi dan Beras Sabah Datuk Dr Ramle Kasin.

Sessi sebegini amat penting di dalam menyusun atur gerak kerja, perancangan dan pelaksanaan pelbagai program untuk masyarakat petani, penternak, nelayan, penoreh getah dan pengiat industri makanan Sabah.

Saya yakin dan percaya dengan kerjasama semua ketua ketua jabatan / agensi di bawah MAFFI, sektor pertanian akan dapat di perkasakan sebagai sumber ekonomi Negeri Sabah..




09/08/2026

Menunjuk ajar teknik Cantuman Pokok Avocado QAV1. Jangan malu jadi petani…

Semoga Bermanafaat





29/07/2026

Dua minggu lalu, saya berkesempatan jalan jalan ke Projek Lembu Tenusu milik DESA di Kundasang, Sabah..

Saya menawarkan beberapa padang ragut di bawah pengurusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar "DVS" Sabah untuk diusahakan bersama sama didalam menyokong industri ini agar lebih maju dan berkembang pada masa masa akan datang..





11/07/2026

Sarapan Durian Gaiss… Ladang The Kebun, Kuala Pilah, Negeri Sembilan..

07/07/2026

Salam & Good Morning Gaiss..

Pagi ni kita tuai hasil kebun dapur untuk juadah makan tengahhari nanti ya..

Memang ndak rugi berbudi pada tanah… Onsoi




06/07/2026

5hb Julai 2026 : Jam 9.00 Malam - 11.00 Malam

Sampai KKIA jam 6.00 PM terus bergerak ke Tenom untuk menghadiri Penutupan Festival Sabah Foodstreet Di Padang Pekan Tenom bersama Bella Astilla dan rakan rakan artis tempatan..

Ribuan masyarakat Tenom turut sama memeriahkan Festival ini yang telah diadakan sejak 2hb Julai yang lalu..

Membuka peluang ekonomi kepada pengusaha tempatan di samping merancakkan lagi ekonomi Tenom khususnya…



14/06/2026

12hb Jun 2026 : 10.30 am - 12.00 tengahhari

Banyak komen di FB saya untuk saya memantau sistem pengairan di Sawah Padi Membakut.

Saya turun padang dan menyampaikan berita gembira bahawa kementerian MAFFI melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah meluluskan RM 15 juta untuk naiktaraf sistem pengairan sawah padi di kawasan ini..

Saya juga meluluskan deposit pembajakan sawah padi agar kerja kerja pembajakan dapat dimulakan segera..

Terima kasih kekanda YB Datuk Arifin Arif yang bersama sama saya dalam program ini..





“Turun Padang Ke Sawah Padi Membakut”RM15 juta naik taraf sistem pengairan padi MembakutMEMBAKUT, 12 Jun 2026: Kementeri...
12/06/2026

“Turun Padang Ke Sawah Padi Membakut”

RM15 juta naik taraf sistem pengairan padi Membakut

MEMBAKUT, 12 Jun 2026: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI), melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), akan menaik taraf sistem pengairan di kawasan penanaman padi di Membakut menerusi peruntukan berjumlah RM15 juta yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Inisiatif itu bertujuan meningkatkan pengeluaran padi, memperkukuh produktiviti sektor pertanian serta menarik lebih ramai golongan muda menceburi bidang pertanian.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, beliau mendapat maklumbalas ‘feedback’ di ‘Facebook’ yang menyatakan bahawa banyak kawasan di kawasan Membakut, tidak boleh diusahakan tanaman padi.

“Maka saya pun berbincang dengan ADUN Membakut, Datuk Dr. Mohd. Ariffin Mohd. Arif dan kami telah meninjau serta turun padang dan ada beberapa perkara yang telah pun kita selesaikan yang pertamanya, sistem pengairan untuk sistem pengairan daerah Membakut.

Kontraktor bagi projek berkenaan telah dilantik dan kerja-kerja pelaksanaan akan memberi manfaat kepada kira-kira 350 ekar kawasan sawah padi di daerah itu.

“Hasil lawatan ke kawasan sawah di Membakut, kita mengenal pasti beberapa isu utama termasuk sistem pengairan, kekurangan jentera serta masalah gangguan ternakan yang memasuki kawasan tanaman.

“Bagi isu pengairan, kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah memperuntukkan RM15 juta tahun ini dan kontraktor juga telah dilantik untuk menaik taraf sistem tersebut,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja ke kawasan pertanian dan sawah padi di Kampung Pimping, di sini hari ini.

Selain itu, Jamawi juga membuat tinjauan ke sawah padi di Kampung Bingkulas, Kampung Mandaya dan Kampung Takak.

Jamawi berkata, kementerian juga akan bekerjasama dengan Lembaga Pertubuhan Peladang bagi membantu menyediakan jentera pertanian yang diperlukan pesawah.

Katanya, isu mekanisasi merupakan antara cabaran utama yang perlu ditangani bagi meningkatkan minat generasi muda dalam industri penanaman padi.

“Kita akan berusaha membantu dari segi penyediaan mesin, dron dan jentera menuai kerana kemudahan ini mampu meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manual,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa kementerian akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah bagi mengenal pasti dan menaik taraf kawasan padang ragut untuk mengelakkan lembu serta kerbau memasuki kawasan sawah.

Dalam lawatan tersebut, Jamawi berkata beliau menerima maklumat bahawa kira-kira 60 peratus pesawah di Membakut terdiri daripada golongan muda berusia antara 25 hingga 40 tahun.

Menurutnya, daripada lebih 120 pengusaha sawah di kawasan itu, sekitar 60 hingga 70 orang adalah generasi muda yang mengambil alih pengurusan sawah daripada keluarga masing-masing.

“Ini satu perkembangan yang sangat positif. Kita melihat semakin ramai generasi kedua mengambil alih perusahaan keluarga dan meneruskan aktiviti penanaman padi.

“Perkara ini memberi keyakinan bahawa sektor padi masih mempunyai masa depan yang cerah sekiranya kita menyediakan kemudahan dan sokongan yang mencukupi,” katanya.

Jamawi berkata penglibatan anak muda amat penting bagi membantu kerajaan mencapai sasaran meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) beras negeri kepada 40 peratus menjelang tahun 2030.

Beliau menegaskan kementerian akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur, mekanisasi dan sokongan teknikal bagi memastikan sektor padi Sabah terus berkembang dan kekal mampan pada masa hadapan.

Terdahulu, Jamawi telah melawat ladang komersial penanaman sayuran jenis buah iaitu cili, terung dan timun yang diusahakan oleh seorang anak muda berusia 33 tahun, Bryon Chung Sze Vui yang juga merupakan salah seorang mentor dalam Program Inisiatif Kebun Dapur.

Turut hadir Pembantu Menteri yang juga ADUN Lumadan, Datuk Haji Ruslan Muharam; Pengurus Besar Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS), Datuk Dr. Ramle Kasin; Ketua Cawangan JPS Sabah, Ir. Jaffri Bahan; Pegawai Daerah Membakut, Yuesri Ismail Yusof; Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Sabah, Jackson R. Jaimi serta Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah (SAMA) Dato Shawn Davey.

Seawal jam 8.00 pagi tadi saya turun padang meninjau projek tanaman Cili, Terung dan Timun yang di usahakan oleh adik Br...
12/06/2026

Seawal jam 8.00 pagi tadi saya turun padang meninjau projek tanaman Cili, Terung dan Timun yang di usahakan oleh adik Bryan Chung di Kg Limadang Membakut secara Fertegasi seluas 5 ekar.
Adik Bryan berusia 33 tahun dan berkelulusan Akaun & Banking daripada universiti tempatan..

Ladang ini diuruskan secara sistematik dan menggunakan teknologi terkini dalam memastikan hasil buah yang berkualiti dan selamat untuk di makan dan akan mendapat sijil MyGap dalam sedikit masa lagi. Jualan bulanan di ladang ini mencapai 6 angka sebulan.. Lumayan gaiss

Saya telah mengarahkan Jabatan Pertanian Sabah dan Koperasi Pembangunan Desa untuk menghantar pelatih pelatih pusat latihan pertanian melaksanakan latihan amali ladang di kebun ini.

Saya juga telah meluluskan peruntukan untuk pembinaan sebuah rumah hijau bagi memastikan hasil yang lebih berkualiti pada masa masa akan datang.

Congratulations My Brother Bryan Chung..




Address

Kota Kinabalu
88624

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jamawi Jaafar Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jamawi Jaafar Official:

Shortcuts

Share

Category