12/01/2026
IKLAN JAWATAN KOSONG
CHIP SENG HENG MARKETING SDN BHD
KG SUANGON, KINARUT (CL025061821),
89600 PAPAR
Telefon: 014-366 3370
Chip Seng Heng Marketing Sdn Bhd adalah sebuah syarikat berdaftar selama hampir 35 tahun dalam bidang perkhidmatan dan menjual bahan-bahan perkakasan, elektrik, kayu & hutan dan lain-lain.
Selain itu, William Stingless Bee & Orchard Farm yang terletak di Kampung Tampasak, Kinarut yang mempunyai keluasan sehingga 34 ekar. Ladang ini mempunyai pokok-pokok durian yang pelbagai, buah-buahan dan tanaman yang lain. Ada lebih dari 600 batang sarang kelulut yang menjadi tarikan kepada ladang ini.
Chip Seng Heng Marketing Sdn Bhd mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Penyelia Ladang dan mencari individu yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:
i. Mempunyai kelayakan, kemahiran atau pengalaman yang luas dengan jawatan.
ii. Mempunyai kepimpinan yang berintegriti.
iii. Mempunyai jati diri cemerlang dan keterampilan yang baik.
iv. Mempunyai bakat dan semangat yang tinggi dalam bekerja dan bekerja dalam mengoptimakan kemajuan dan usaha ladang.
Nama Jawatan: Penyelia Ladang
Taraf Jawatan: Tetap
Gaji: RM 1,700.00 sebulan
Elaun: (a) Kesihatan – RM200.00
(b) Minyak Motosikal – RM100.00
Tanggungjawab Utama:
1. Penyeliaan Aktiviti Ladang:
o Menyelia kerja-kerja harian di ladang seperti menuai, membaja, meracun, membakar pelepah, merumput dan penyelenggaraan.
o Memastikan semua aktiviti ladang dijalankan mengikut SOP dan jadual yang ditetapkan.
2. Pengurusan Pekerja
o Mengagihkan tugasan kepada pekerja mengikut blok atau kawasan kerja; pemangksan, penanaman, pembajaan dsbnya.
o Memantau kehadiran, prestasi dan disiplin pekerja ladang.
3. Penyelenggaraan Infrastruktur Ladang
o Membantu dalam penyelenggaraan jalan ladang, parit, longkang dan kemudahan asas lain di dalam kawasan ladang.
o Membantu merancang infrastruktur ladang.
4. Pelaporan dan Rekod
o Merekod aktiviti harian ladang seperti jumlah hasil tuaian, penggunaan baja dan racun.
o Melaporkan sebarang isu seperti serangan perosak, penyakit tanaman, atau masalah kerja kepada Pengurus Ladang.
5. Kawalan Kualiti Hasil
o Memastikan keluaran hasil pada tahap kematangan yang sesuai (masak optimum).
o Melaporkan seranggan perosak, seranggan hidupan liar, kerosakan tanaman dsbnya.
6. Keselamatan dan Alam Sekitar
o Memastikan semua pekerja mematuhi peraturan keselamatan kerja dan menggunakan PPE (Peralatan Perlindungan Diri) dengan betul.
7. Lain-lain tanggungjawab dan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Pengurus Ladang.
Syarat Kelayakan Utama:
1. Pendidikan:
a. Diploma dalam bidang Pertanian, Pengurusan Perladangan atau bidang berkaitan adalah kelebihan.
b. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus dalam subjek Matematik peperiksaan.
c. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
d. Boleh menguasai Bahasa Mandarin adalah kelebihan.
2. Pengalaman:
• Minimum 1-3 tahun pengalaman kerja dalam bidang pertanian atau penternakan ladang (kelulut).
• Pengalaman dalam kerja ladang adalah satu kelebihan.
3. Kemahiran:
a. Pengetahuan asas mengenai amalan pertanian baik.
b. Mampu berkomunikasi dengan baik dan bekerja dalam kumpulan.
c. Boleh bekerja di kawasan ladang terpencil dengan pengawasan minimum.
4. Lain-lain:
a. Memiliki lesen motokar (Kelas D) atau motorsikal (Kelas B2).
b. Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun (bergantung kepada iklan jawatan).
Permohonan adalah secara bertulis melalui resume dan disertakan salinan sijil-sijil akademik/transkrip, salinan kad pengenalan serta sekeping gambar berukuran passport dan lain-lain dokumen sokongan (jika ada) dihantar ke alamat atau emel berikut;
PENGURUS
CHIP SENG HENG MARKETING SDN BHD
KG SUANGON, KINARUT (CL025061821),
89600 PAPAR
Emel: [email protected]
TARIKH IKLAN :10 JANUARI 2026
TARIKH TUTUP:10 FEBRUARI 2026 (12.00 Tengahari)
Catatan
i. Calon-calon akan ditapis dengan teliti dan hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
ii. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.
iii. Pemohon yang tidak menerima