26/08/2025
Tupperware suatu ketika dahulu dianggap jenama yang unggul kerana produknya tahan lama dan berkualiti. Namun, kelebihan itulah juga yang akhirnya memakan diri.
Disebabkan bekas mereka terlalu lasak dan tidak perlu diganti, pelanggan jarang membeli baharu. Lama-kelamaan, jumlah pembeli semakin berkurang dan pendapatan syarikat merosot.
Walaupun pernah menikmati lonjakan jualan semasa pandemik, Tupperware gagal menyesuaikan diri dengan perubahan zaman. Mereka masih bergantung pada sistem pemasaran berbilang tingkat yang tidak lagi diminati generasi muda, selain lambat beralih ke strategi digital dan penggunaan bahan mesra alam.
Ditambah dengan persaingan sengit dan pendekatan perniagaan yang sudah lapuk, syarikat itu akhirnya terpaksa memfailkan kebankrapan di bawah Bab 11.