Borneo Integrated Farm

Call Directions Contact the business

Borneo Integrated Farm # Pemenang Anugerah Perdana HPPNK 2025
# Pemenang Anugerah Penternak Jaya Kebangsaan 2025
Menjual kambing, biri-biri, susu & daging segar.

BIF Cold Storage Royal Plaza Putatan & BIFCS Keningau

::: 23 Ogos 2026 :::Guineasheep Farm Ville, Penampang Syukur, satu lagi peluang untuk saya berkongsi pengalaman dalam du...
24/08/2026

::: 23 Ogos 2026 :::
Guineasheep Farm Ville, Penampang

Syukur, satu lagi peluang untuk saya berkongsi pengalaman dalam dunia penternakan. 🐐

Kali ini saya bersama para peserta Kursus Penternakan Kambing Pedaging & Asas Perniagaan untuk berkongsi pengalaman sebenar tentang bagaimana kita boleh melihat penternakan bukan hanya sebagai hobi, tetapi sebagai satu perniagaan yang mampu menjana pendapatan dan membuka peluang kepada lebih ramai orang.

Saya percaya, dalam penternakan, kita tidak boleh hanya belajar daripada buku. Banyak perkara perlu dipelajari melalui pengalaman, kesilapan, cabaran dan keadaan sebenar di ladang.

Sebab itu saya sentiasa terbuka untuk berkongsi apa yang saya tahu—supaya orang yang baru bermula tidak perlu mengulangi semua kesilapan yang pernah kami lalui.

Terima kasih kepada semua peserta yang begitu aktif dan bersemangat. Semoga ilmu dan perkongsian hari ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak projek penternakan yang berjaya di Sabah.

Kalau ada ilmu, jangan simpan seorang. Kongsi. Biar lebih ramai berjaya. 🤝🐐

::: 4 Ogos 2026 :::Dataran Dewan Kota MaruduMenyokong Inisiatif Kebun Dapur 2026–2030 🌱Berkesempatan menghadiri dan memb...
04/08/2026

::: 4 Ogos 2026 :::
Dataran Dewan Kota Marudu

Menyokong Inisiatif Kebun Dapur 2026–2030 🌱

Berkesempatan menghadiri dan memberikan sokongan kepada Program Inisiatif Kebun Dapur 2026–2030, satu cetusan idea yang diperkenalkan oleh YB Datuk Jamawi Jaafar bagi menggalakkan masyarakat memanfaatkan ruang di rumah untuk menghasilkan makanan sendiri.

Tahniah kepada YB Datuk Jamawi Jaafar atas idea yang memberi manfaat kepada rakyat Sabah. Semoga inisiatif ini terus berkembang dan memberi impak positif kepada lebih ramai masyarakat.

📢 NOTIS PENTING KEPADA SEMUA PELANGGAN BIFKami ingin memaklumkan bahawa premis BIF di Royal Plaza Putatan telah menamatk...
20/07/2026

📢 NOTIS PENTING KEPADA SEMUA PELANGGAN BIF

Kami ingin memaklumkan bahawa premis BIF di Royal Plaza Putatan telah menamatkan operasinya secara rasmi.

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pelanggan yang telah memberikan sokongan dan kepercayaan kepada kami sepanjang kami beroperasi di BIF Royal Plaza. Sokongan anda amat bermakna dan menjadi inspirasi untuk kami terus berkembang.

❤️ Tetapi JANGAN RISAU!

Anda masih boleh mendapatkan produk-produk premium BIF seperti:

🐐 Daging kambing
🥛 Susu kambing
🦌 Daging rusa
dan pelbagai produk berkualiti lain di BIF Tombovo.

📍 Outlet BIF Tombovo (COMING SOON) akan menjadi lokasi utama kami untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan.

Kami kekal komited untuk membekalkan produk yang segar, berkualiti tinggi serta perkhidmatan yang terbaik seperti yang sentiasa anda harapkan daripada BIF.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda. Kami berharap dapat mengalu-alukan kedatangan anda di BIF Tombovo tidak lama lagi.

Borneo Integrated Farm (BIF)
“Quality From Our Land To Your Table” 🌿

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh pelanggan, rakan niaga dan sahabat Borneo Integrated Farm (BIF). Semoga ...
30/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh pelanggan, rakan niaga dan sahabat Borneo Integrated Farm (BIF). Semoga perayaan yang penuh dengan nilai kesyukuran ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik, kemakmuran dan rezeki yang berlimpah kepada anda dan keluarga. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang berterusan kepada BIF. Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan! 🌾✨

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh pelanggan BIF yang kami hargai.Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, kedam...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh pelanggan BIF yang kami hargai.

Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, kedamaian dan kebahagiaan buat anda sekeluarga. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang berterusan kepada BIF.

Semoga segala pengorbanan dan keikhlasan kita diterima serta dipermudahkan segala urusan. Salam Aidiladha daripada kami di BIF..

30/04/2026

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mempergiat usaha memperkukuh keterjaminan makanan melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan pertanian luar bandar yang lebih menyeluruh dan berimpak, termasuk membuka peluang kepada golongan belia menceburi sektor agromakanan.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Jamawi Jaafar berkata golongan belia kini berpeluang memulakan aktiviti pertanian melalui kemudahan pinjaman tanpa faedah sehingga RM50,000 sebagai sebahagian usaha memperluas pelaksanaan Inisiatif Kebun Dapur.

Beliau berkata langkah itu bertujuan memperkasakan golongan muda sebagai pemacu baharu sektor agromakanan negeri, di samping membantu meningkatkan pendapatan serta mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar.

“Kami telah berbincang dengan Perbadanan Pinjaman Sabah untuk penyediaan bantuan kepada anak-anak muda yang berminat dengan menyediakan pinjaman RM50,000 ke bawah tanpa faedah.

“Kami perkasakan program itu melalui program yang kami sebut sebagai Inisiatif Kebun Dapur sebagai platform utama untuk meningkatkan sosioekonomi golongan petani, penternak dan nelayan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementerian itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.

Jamawi berkata Inisiatif Kebun Dapur memberi tumpuan kepada pengeluaran hasil pertanian secara lestari dengan memanfaatkan ruang di sekitar kediaman seperti halaman rumah, kawasan lapang dan penggunaan bahan terpakai.

Beliau berkata pendekatan itu bukan sahaja membantu mengurangkan kos perbelanjaan harian isi rumah, malah membuka peluang menjana pendapatan melalui penjualan lebihan hasil.

Dalam pada itu, Jamawi berkata kerajaan turut mewujudkan kira-kira 18 pusat pengump**an hasil pertanian di seluruh Sabah bagi memudahkan penggiat Inisiatif Kebun Dapur memasarkan hasil mereka secara lebih tersusun dan efisien.

Dalam perkembangan lain, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Rubin Balang ketika menggulung perbahasan bagi kementerian itu p**a berkata cadangan pembinaan baharu Pejabat Daerah Kota Belud kini berada pada peringkat reka bentuk dengan kemajuan pelaksanaan sekitar 30 peratus.

Beliau berkata satu taklimat mengenai reka bentuk projek itu telah diadakan oleh Jabatan Kerja Raya kepada Pejabat Daerah Kota Belud pada 13 April lepas.

“Pembinaan itu dijangka dimulakan pada Januari 2027 dengan tempoh 30 bulan. Pelaksanaan projek ini dijangka siap pada Jun 2029. Untuk makluman, peruntukan siling bagi pembinaan ini adalah sebanyak RM13 juta,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk James Ratib ketika menggulung berkata bagi 2026, sebanyak 20 sekolah di bawah kategori bangunan daif ‘skala 7’ melibatkan kos RM1.47 bilion sedang dilaksanakan.

Beliau berkata bagi 2025, peruntukan sebanyak RM11.55 juta telah disalurkan melibatkan 13 sekolah bangunan daif ‘skala 6’ dalam pembinaan manakala setakat 28 April 2026, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah menerima RM94.7 juta.

James berkata faktor geografi Sabah termasuk kawasan pedalaman dan kep**auan menjadi cabaran utama dari segi kos dan logistik pelaksanaan projek.

Justeru, pendekatan pembangunan dilaksanakan secara berfasa dan bersasar bagi memastikan keberkesanan serta impak optimum kepada murid dan warga sekolah.

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd semua pelanggan BIF yg meraikan ..🌙Kepada para pelanggan yang dihargai,Di kesempatan ...
21/03/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd semua pelanggan BIF yg meraikan ..🌙

Kepada para pelanggan yang dihargai,

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, kami di Borneo Integrated Farm (BIF) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan berterusan anda.

Kepercayaan dan kesetiaan anda menjadi inspirasi buat kami untuk terus memberikan perkhidmatan dan pengalaman terbaik di BIF..

Semoga Aidilfitri ini membawa kegembiraan, kedamaian dan keberkatan kepada anda serta keluarga tersayang.

✨ Maaf Zahir & Batin ✨

Ikhlas daripada,
Jason Lee & Isteri
Serta seluruh warga Borneo Integrated Farm (BIF)

Salam Ramadhan kpd para pelanggan BIF yg meraikan…Sedikit info kpd para pelanggan mengenai operasi Ladang BIF Tombovo da...
20/03/2026

Salam Ramadhan kpd para pelanggan BIF yg meraikan…

Sedikit info kpd para pelanggan mengenai operasi Ladang BIF Tombovo dan BIF Duvanson, Putatan..🐏🐑🐐🦌

Ladang BIF Tombovo & Duvanson akan beroperasi seperti biasa pada perayaan Hari Raya Aidilfitri..jika ada yg ingin membeli kambing hidup, bolehlah menghubungi nombor 019-8606338 utk sebarang pertanyaan..

Bagi Kedai Sejuk Beku (Cold Storage) BIF Cawangan Putatan dan Keningau, masa operasi adalah seperti berikut:

BUKA PADA HARI RAYA PERTAMA, 21/3/2026 (SABTU)
9.30 pagi - 6.30 petang

TUTUP (CUTI) PADA HARI RAYA KEDUA, 22/3/2026 (AHAD)

Akan buka semula seperti biasa pada Isnin, 23/3/2026. Jika ada apa2 pertanyaan mengenai produk yg ada dijual, blh hubungi no di bawah:
BIF COLD STORAGE PUTATAN : +60 14-302 6495
BIF COLD STORAGE KENINGAU : +60 11-3157 0695

Address

Kg. Tombovo, Putatan
Kota Kinabalu
88811

Telephone

0198606338

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Borneo Integrated Farm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Borneo Integrated Farm:

Shortcuts

Share

Category