29/08/2025
✨ *4* 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜! | 𝗡𝗜𝗦𝗠𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗦𝗛𝗢𝗪𝗖𝗔𝗦𝗘 𝟮𝟬𝟮𝟱✨
Bersedia untuk merasai kehangatan budaya, seni, dan cita rasa Negeri Sembilan di *Nismilan Showcase 2025!* 🎉
📍 Medan MARA, Kuala Lumpur
🗓️ 2– 4 September 2025
⏰ 7.00 pagi - 6.00 petang
Hanya tinggal 4 hari lagi sebelum kita berkumpul dan meraikan keunikan warisan tradisi Negeri Sembilan.
Usahawan-usahawan dari Negeri Sembilan bakal mengetengahkan pelbagai produk menarik merangkumi makanan & minuman, gaya hidup serta peruncitan – semuanya dalam satu destinasi yang penuh dengan cita rasa tempatan!
Aktiviti menarik menanti anda:
🎭 Persembahan kebudayaan & muzik tradisional
🛍️ Pameran produk usahawan Negeri Sembilan
🍲 Sajian tradisi Negeri Sembilan
👗 Gaya fesyen eksklusif daripada jenama tempatan
Jangan lepaskan peluang ini, ajak keluarga dan rakan-rakan untuk merasai sendiri kemeriahannya! Jumpa anda di sana!
"Dari Adat Jadi Niago, Dari Dapo Jadi Dagang"