Koleksi masakan melayu

Koleksi masakan melayu Share tips masakan dan makanan melayu

RESEPI KUIH DANGAIAda penggemar kuih dangai di sini? Ada cara mudah untuk membuat kuih ini walaupun tiada acuan yang dan...
12/11/2023

RESEPI KUIH DANGAI

Ada penggemar kuih dangai di sini?

Ada cara mudah untuk membuat kuih ini walaupun tiada acuan yang dangai yang sebenar. Resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Nurul Hairi di Facebooknya menggunakan kaedah pengukusan. Resepi ini khas untuk 26 biji dangai bersaiz acuan kuih lompang yang kecil.

Bahan-bahan:
3 cawan kelapa parut putih
1 cawan tepung pulut
Sedikit garam
Gula merah atau gula melaka secukupnya

Cara-caranya:
1. Masukkan 3 cawan kelapa parut putih bersama 1 cawan tepung pulut dan sedikit garam.
2. Gaul manja kesemuanya.
3. Masukkan 1 sudu penuh kelapa parut tadi kedalam acuan. Tekan-tekan manja kelapa tersebut. Buat lubang tengah dan masukkan 1 sudu kecil membukit gula merah atau gula melaka.

4. Sediakan air kukusan. Nak lebih wangi, masukkan 4 helai daun pandan ke dalam air kukusan tersebut. Setelah itu, boleh kukus kuih dangai tersebut sehingga kuih masak.

RESEPI APOM LENGGANG
Kuih tradisional ini kerap ditemui di sebelah utara sahaja. Orang utara pasti menggemari kuih unik dan sedap ini. Rupa-rupanya sangat mudah untuk membuat Apom Lenggang. Ikuti resepi Mask Musa yang dikongsikannya di Facebook. Pasti menjadi!

Bahan-bahan:
1 ½ cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
5-6 sudu besar gula (kalau nak manis boleh letak ½ cawan gula)
1 sudu kecil garam
1 ½ sudu kecil instant yis
1 cawan air
1 cawan santan

Bahan-bahan:

1. Gaul semua bahan kecuali santan.
2. Rehat kan adunan dalam 2 hingga 3 jam.
3. Saya buat adunan malam jadi saya letak dalam peti ais. Esoknya baru saya masak.
4. Apabila dah ready, campurkan santan dalam adunan.
5. Kacau rata.
6. Masak atas pan.
Ada yang dah jemu dengan kuih talam yang biasa dimakan? Apa kata anda cuba kuih talam unik iaitu Talam Tokyo yang kian viral di kalangan ibu-ibu. Bahan utamanya berasaskan sagu. Rasanya juga lain dari talam biasa. Ikuti resepi Siti Hawa Samsam yang sangat mudah dan sedap!

Bahan lapisan bawah:
250 gm sagu biji (basuh sagu guna penapis bawah air paip)
30 gm suhun (direndam hingga lembut dan dipotong)
100 gm kelapa putih
350 gm santan (perah 1 biji kelapa untuk dapatkan adunan atas dan bawah sebanyak 750ml /gm)
1 tsp /sudu kecil garam
½ tsp / sudu teh pewarna kuning lemon
Cara memasak:
1. Basuh sagu dan toskan.
2. Gaulkan sagu, suhun, kelapa, garam dan pewarna sampai tergaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang, tuangkan santan dan gaul rata sekali lagi.
4. Kukus selama 20 minit.

RESEPI KIUH TALAM TOKYO
Bahan lapisan atas:
60 gm tepung kastad
15 gm tepung gandum
175 gm gula pasir halus
400 ml/ gm santan yang dikisar bersama 5 helai daun pandan
1/4 tsp / sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
2 biji telur

Cara memasak:
1. Satukan semua bahan dan tapis, masak atas api sederhana.
2. Kacau adunan sehingga melekat pada whisk dan agak pekat sedikit. Tutup api dan turunkan dari atas dapur. Kacau lagi hingga agak suam sedikit.
3. Ratakan sedikit lapisan pertama tadi guna sudu, baru tuangkan lapisan kedua dan kukus selama 20 hingga 25 minit.
4. Kukus guna loyang 9x9x2 inci atau 9x9x3 inci boleh juga kalau nak guna loyang bulat 9 inci.
5. Basahkan loyang dengan sedikit air lalu lapiskan dengan plastik 14×14 dan sapukan dengan sedikit minyak diatas dan bawah plastik agar plastik mudah melekat pada loyang.
6. Untuk panduan sahabat semua semasa mengukus lapisan kedua penutup kukusan hendaklah sentiasa dibuka selang 2 minit sampai adunan set dalam 15 minit.

💜Resepi Daging Jeruk💜Bahan:1)Daging potong nipis(basuh bersih toskn keringkan air)2)Limau kasturi 10/20bj ikut pd kuanti...
11/11/2023

💜Resepi Daging Jeruk💜
Bahan:
1)Daging potong nipis
(basuh bersih toskn keringkan air)
2)Limau kasturi 10/20bj ikut pd kuantiti daging(belah dua)kalau b*k daging lebihkan.
jugak guna lemon/limau nipis
3)Garam kasar/halus
1)Cara Buat :
-Letak dgg dlm bks kedap udara susun tabur garam..last sekali ltk kulit limau atas daging. Tutup..ltk dlm peti ais bhgian bwh jer/chiller
-Dgg jeruk tahan lama...TK perlu simpan kat Frozen.
- Nk goreng buanglah kulit limau tu.
2)Cara goreng💜
-Goreng dlm minyak yg sedikit..
-Bila daging dh masak ltk hirisan bwg besar/holland&hirisan cili padi@lada besar&sayur kcg panjang..
# sy s**a letak sayur kacang panjang yg dipotong serong .sedap mkn dgn nasi panas2..xperlu lauk lain dh..ringkas tp sedap,yg penting berselera nk mkn waktu2sahur nanti..🤤👍
# cara sy buat ringkas sbb buat sekilo daging/kalau sikit boleh la nk main susun2 daging dlm bks..mcm cara kat atas tu..🤗
-Sekilo dgg yg dihiris dh bersih dh siap tos ..masukkan dlm bks besar perah limau semua skli guna tapis spy bj tk masuk dlm dgg..nanti pahit..kemudian letak garam..gaul sebati
Br isi dlm bks tippuware🤭atas ltk kulit limau tdi..simpan dlm peti sejuk. Siap..pagi buat ptg dh blh goreng ..
Sekilo dgg ni x cukup utk sbln puasa Kena repeat buat lagi nanti..🤭
Kredit : RESIPIMAMA
SELAMAT MENCUBA 👍

Saya ni sejenis yg tak boleh tinggalkan nasi..Utk amalkan pemakanan yg sihat saya kurangkan pengambilan nasi dan lebihka...
03/11/2023

Saya ni sejenis yg tak boleh tinggalkan nasi..
Utk amalkan pemakanan yg sihat saya kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan sayuran dlm diet seharian😊😊
Maka Terhasillah 30 Koleksi masakan yg berasaskan sayur....menu kegemaran saya adalah 3 jenis urap tu:
Urap pucuk ubi
Urap pegaga
Urap kacang botol
kredit:siti annalisya

03/11/2023
03/11/2023

selamat datangke halaman Koleksi masakan melayu

Address

Pt 23300 Jalan Air Tawar
Kuala Besut
22000

Telephone

+60197333286

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koleksi masakan melayu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category