06/07/2024
Pada hari jumaat kelmarin 5 Julai, kami dah mula publish app baru untuk peniaga dan Rider. InsyaAllah Apple dan Google akan review dulu dan approve dalam masa beberapa hari.
Thanks to our developers yang bertungkus lumus berbulan untuk membina app baru ini.
Dengan app baru ni, vendor dah tiada lagi masalah Notifikasi, boleh print 3 jenis resit, untuk resit dapur, resit buat air, dan juga resit copy untuk customer.
Boleh install pada phone dan guna bluetooth device printer ataupun guna terus device yang food delivery global guna. InsyaAllah
Malah vendor juga boleh mula gunakan Misi sebagai Menu Dine In, dimana customer boleh scan QR di meja dan buat order terus gunakan Misi dan boleh pilih cara bayaran yang flexible. Bayar guna bank, Ewallet, kad atau bayar Cash di Kaunter.
Manakala Rider p**a tiada lagi masalah Notifikasi dan boleh uruskan order dengan lancar.. Malah kita telah upgrade sistem Map dan kira jarak yang kini mencapai ketepatan 99%.
Jadi, kami ingin mengalu-alukan pendaftaran2 baru vendor dan rider seluruh Malaysia dalam masa terdekat..
Kami menganggap perniagaan anda adalah perniagaan kami sendiri yang mana kami akan usahakan untuk naikkan jualan dan bantu semua perniagaan berkembang lebih besar dan bersistem.
Malah, Sales anda 100% adalah milik anda..
Sasaran kami adalah untuk bantu anda berniaga sehingga Misi menjadi ekonomi baru negara.
Selepas itu Misi Farms akan kembali menyusul untuk mengangkat pertanian dan ladang tempatan.
Kerana saya melihat, kita hanya dapat selamatkan food security negara jika kita bina pasaran baru untuk diberi keutamaan kepada pertanian kita.
Maka kita dapat wujudkan harga ladang di dalam pasaran baru kita.
InsyaAllah walau perlahan, tapi kita semakin melangkah besar kali ini. InsyaAllah..
Dari masa depan
Untuk hari ini
So yang mana belom daftar sila tekan link di page ini