Amireable Pasta

Amireable Pasta Cook with love. �
Affordable price. �
Big portion. �

Alhamdulillah. ❤️Dah lebih setahun Amireable Pasta join event sana sini.Pada awalnya, kami join event semata-mata nak ke...
01/09/2026

Alhamdulillah. ❤️

Dah lebih setahun Amireable Pasta join event sana sini.

Pada awalnya, kami join event semata-mata nak kejar sales. Tapi bila dah jumpa ramai sifu & otai F&B, bertukar pandangan, dengar pengalaman dan belajar daripada mereka, kami mula nampak sesuatu.

Kalau join event hanya sebab sales, sebenarnya kita rugi.

Sales habis di situ. Event habis, customer pun habis.

Jadi kami tukar mindset.

Sales bukan lagi No. 1.

No. 1 — kukuhkan branding & improve food quality.

Alhamdulillah, perlahan-lahan kami nampak hasilnya.

Customer datang cari kami walau kami buka di mana-mana event.

Customer lama + customer baru = repeat customer berganda. ❤️

Ada customer yang hari pertama beli 1 pasta.

Esoknya datang balik beli 2–3 pasta, siap bawa keluarga dan kawan-kawan.

Ada yang sambung conversation, tanya kami buka kat mana lagi, boleh cater majlis ke, boleh buat event ke dan macam-macam lagi.

Meniaga ni kena ringan mulut. Kena pandai tengok dan baca customer.

Sebab tak semua customer s**a peniaga yang terlebih mesra. 😂

Ada yang datang, beli, makan dan balik. Tak post apa-apa pun.

Tak apa. Kita masak sedap-sedap untuk dia.

Tup-tup setiap minggu dia datang beli dan support.

Ada p**a customer yang memang s**a sembang.

Yang ni kita layan. Borak, networking, bertukar cerita.

Tup-tup esok lusa dapat order daripada kawan atau saudara dia.

Itulah antara benda paling best tentang pop-up event.

Bukan semata-mata tentang sales.

Tapi tentang jumpa orang baru, buat kawan baru, bina networking dan belajar daripada orang-orang hebat.

Kalau ada peluang jumpa sifu atau otai F&B, kami akan cuba ambil peluang untuk tanya nasihat, minta tunjuk ajar dan belajar sebanyak mungkin.

Sebab peluang macam ni tak selalu datang.

Sebab tu kami tak terlalu mengejar event yang terlalu besar.

Kami lebih selesa dengan medium-size event supaya kami masih boleh fokus pada produk, customer dan networking.

Event terlalu besar kadang-kadang kita hanya sempat masak dan jual. Balik-balik, penat. 😅

Semoga satu hari nanti, Amireable Pasta menjadi antara brand pasta yang dikenali dan dis**ai ramai.

Inshallah 🩷

PUTRAJAYA OR CYBERJAYA? 👀Tak kisah kat mana anda berada hujung minggu ni, Amireable Pasta ada untuk anda! 🍝❤️✨ CHILL @ P...
11/06/2026

PUTRAJAYA OR CYBERJAYA? 👀

Tak kisah kat mana anda berada hujung minggu ni, Amireable Pasta ada untuk anda! 🍝❤️

✨ CHILL @ PICC Putrajaya 🗓 Sabtu, 13 Jun ⏰ 6PM - 12AM

🔥 Lorong Belakang Cyberjaya 🗓 Jumaat - Ahad ⏰ 6PM - 12AM

Nak chill? Kami ada. Nak happening? Kami pun ada.

Yang penting jangan lupa singgah makan pasta dulu! 😋🍝

See you guys this weekend! 🫶

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan Amireable Pasta yang dikasihi.Ampun maaf jika selama ini ada yang te...
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan Amireable Pasta yang dikasihi.

Ampun maaf jika selama ini ada yang termasin, terpedas, tertawar, tak senyum, tak mesra, lambat sampai, lambat siap dan macam-macam lagi.

Sesungguhnya yang baik itu semuanya daripada Allah SWT, dan yang kurang itu atas kelemahan kami sendiri yang pasti akan kami perbaiki.

Terima kasih atas sokongan anda semua.

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. 🥰

🌙✨ RAYA MAKAN BESAR? BIAR AMIREABLE PASTA HANDLE! ✨🌙Open house? Family datang rumah?Nak nampak meja penuh, tapi tak peni...
27/02/2026

🌙✨ RAYA MAKAN BESAR? BIAR AMIREABLE PASTA HANDLE! ✨🌙

Open house? Family datang rumah?
Nak nampak meja penuh, tapi tak pening kepala masak? 👀

💥 PROMO RAYA AMIREABLE PASTA – SEPANJANG SYAWAL SAHAJA! 💥

🔥 PROMO 1
Beli 2 tray
🎁 FREE 2 pax individu pasta*
🚚 FREE delivery area KL sahaja

🔥 PROMO 2
Beli 3 tray
🎁 FREE 1 tray Garlic Bread & Mushroom Soup

🔥 PROMO 3
Beli 4 tray
🎁 FREE 1 tray pasta*
🚚 FREE delivery area KL sahaja

Nak lagi padu?
✔️ Boleh campur Pasta & Non-Pasta
✔️ Portion puas hati
📌 BOLEH LOCK DATE DULU
📌 BOOKING dengan FULL PAYMENT sahaja
📌 Pasta percuma ditentukan oleh pihak kami

Jangan tunggu last minute!
Slot Raya cepat penuh 👀🔥

📲 DM sekarang sebelum orang lain sapu dulu!

Valid from 28/3/26 - 18/4/26

WHY Amireable Pasta is the best choice for pasta lovers:✔️ Unique Malaysian-fusion flavours you won’t find elsewhere✔️ R...
04/01/2026

WHY Amireable Pasta is the best choice for pasta lovers:
✔️ Unique Malaysian-fusion flavours you won’t find elsewhere
✔️ Rich, creamy, and generous portions — no kedekut sauce
✔️ Cooked fresh with real spices, not shortcut seasoning
✔️ Consistent quality trusted by loyal repeat customers
✔️ Affordable without sacrificing taste or satisfaction

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

All our menu items are crafted with bold flavours — and these four are our best sellers.

🥇 Creamy Tomyam Seafood
🥈 Creamy Bowtie Pasta
🥉 Masak Lemak Cili Padi
🔥 Chilli Butter Pasta
⚠️ Not for basic taste buds.

Only for the bold, the adventurous, and true flavour seekers.

Only RM15 per pax —
that’s why our tagline is “Bukan BESHE-BESHE”
because here, customers dine like a king but pay like rakyat.

25/12/2025

Alhamdulillah, what a great year it has been for Amireable Pasta.

2025 was challenging, overwhelming, and tiring yet deeply rewarding.

We began the year with an invitation from TV3 Wanita Hari Ini to demonstrate our Pasta Masak Lemak Cili Api, a milestone we are truly grateful for.

Since then, we’ve received more reviews from food bloggers, gained loyal repeat customers, and expanded our operations.

Today, we supply pasta paste weekly to clients, provide fresh pasta weekly to a restaurant, and have had the opportunity to mentor and coach two individuals in pasta cooking for their own small businesses.

On top of that, we’ve received many requests for pasta classes, something we never imagined when we first started.

Despite the exhaustion, I have no complaints. This is exactly what we prayed for improvement in our financial journey, growth with purpose, and guidance from Allah.

We trust His plan, follow His steps, and learn to enjoy every part of the journey.

I am truly blessed with an incredibly supportive family and friends who stand by us through it all.
May 2026 bring even more blessings, growth, and barakah to all of us.

Ameen.

🌟 Hujung minggu datang lagi! 🌟Jom lepak di port paling happening di Malaysia!Lebih 100+ vendors menanti ANDA 🤩🔥 Amireabl...
24/10/2025

🌟 Hujung minggu datang lagi! 🌟

Jom lepak di port paling happening di Malaysia!
Lebih 100+ vendors menanti ANDA 🤩

🔥 Amireable Pasta — Tapak B17
(Betul-betul belakang Restoran PERIA, Shaftsbury Square Cyberjaya)

Atas permintaan ramai...
✨ Minggu ni Jumaat & Sabtu ada RISOTTO! ✨

⏰ Datang awal kalau tak nak:
😩 Beratur panjang
⏳ Tunggu lama

Sebab...
Penantian itu penyiksaan, tapi tunggu pasta Amireable siap masak memang BERBALOIII! 😋

📩 Nak elak tunggu?
DM / WhatsApp kami untuk booking order (sebelum 6PM)

📅 Jumaat, Sabtu & Ahad
🕕 6.00 petang – 12.00 malam
📍 Tapak B17, Belakang Restoran PERIA, Shaftsbury Square Cyberjaya

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amireable Pasta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Amireable Pasta:

Shortcuts

Share