27/09/2021
Assalamualaikum kepada semua peminat Pak Tam Sengkuang Calit di seluruh Malaysia...
PEMBERITAHUAN/NOTIS KENAIKAN HARGA.
Berkuatkuasa 1 Oktober 2021, Pihak HQ terpaksa menaikan harga jualan seperti berikut
- Rm2.00 set Family,Set Normal,Set Baby
- Rm3.00 bagi Set Couple
Ini kerana untuk menampung perbelanjaan Bahan mentah dan kos sampingan yang semakin melambung harganya.
Dari Mei 2021 pihak pak tam telah menerima harga bahan mentah yang tidak menentu setiap hari. Ini termasuk harga sengkuang besar hampir melonjak sehingga paras harga runcit dari pembekal pak tam.
Pihak pak tam masih mengekalkan berat setiap produk dan sengkuang penuh setiap bekas yang dipotong. Setiap bekas sengkuang yang dipotong ada dalam 12 ke 14 potongan dan sesuai untuk dimakan bersama ahli keluarga.
Pihak Pak Tam hanya menggunakan sengkuang yang segar dari ladang dan tidak menggunakan sengkuang yang dijual di pasar borong. Sengkuang yang ditempah hanya mengambil masa 12 jam dari dituai sehingga sampai ke Hub Pak Tam di Kuala Lumpur..
Kesegaran produk keutamaan Pak Tam sendiri..
Dengan pemberitahuan Ini pihak Pak Tam harap agar semua peminat pak tam dapat memahami dan terus menyokong produk pak tam sengkuang calit.
Pak Tam akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong pak tam sengkuang calit..๐ค.
Grab Your Order Now Gais....