11/10/2025
Share ilmu..musim influenza skrang ni..
Influenza (atau flu) ialah jangkitan virus pada sistem pernafasan, iaitu hidung, tekak dan paru-paru. Ia berbeza daripada selesema biasa kerana boleh jadi lebih teruk dan cepat merebak terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, warga emas dan individu yang sistem imun mereka lemah.
Untuk elak terkena jangkitan begini, kita perlu kuatkan sistem imun. Boleh cuba formulasi di bawah. Saya buat sendiri saja.
Insyaa Allah di saat orang batuk, bersin, sakit tekak, kita bebas dari jangkitan begini.
Kalau dah terkena pun bagus makan. Biar antibodi kita sendiri lawan jangkitan. Formulasi ni namanya Honey Cough Syrup.
Dalamnya ada rosemary.
Kenapa guna rosemary? Dalam rosemary ada bioactive compounds seperti genkwanin, camphor, endo-borneol, dan hydroxyhy-drocaffeic acid. Mereka semua mampu lawan jangkitan. Bersifat antimicrobial.
Saya sendiri tak ambil ubat batuk sebab kesan buruknya pada otak. Macam mana saya tahu?
Saya pernah kerja scan otak orang. Saya lihat kesannya pada otak manusia.
Boleh cuba formulasi ni kat bawah:
Bahan bahan:
700ml madu, sediakan lebih sedikit untuk tutup bahan nanti plus more as needed to cover ingredients
1 labu bawang putih
1 biji bawang merah
20g rosemary atau 3-4 tangkai
2-3 batang kulit kayu manis ceylon
Botol (mason jar) bersaiz 800 ml atau lebih
Cara cara penyediaan
Semua bawang dipotong.
Masukkan semua bahan ke dalam mason jar
Masukkan madu melepasi bahan di dalam botol. Biar tenggelam semua bahan.
Tutup botol dengan tudungnya.
Biarkan semalaman atau sehingga 4 hari. Letak di dalam suhu bilik saja. Jauhkan dari terkena cahaya matahari.
Bila sampai masa, tapis. Masukkan air madu saja ke dalam bekas lain. Bahan yang tertinggal, boleh digunakan sebagai baja pokok.
Cara makan
Ambil 1 sudu besar sehari 3 kali.
Bolehlah cuba sebagai ikhtiar.
๐ DrRizal Abu bakar
๐ฅ Momo House