30/08/2025
SELAMAT MERAIKAN HARI KEMERDEKAAN KE-68
๐ฒ๐พ ๐ฒ๐พ ๐ฒ๐พ
ERTI KEMERDEKAAN ๐
1. Merdeka dari belenggu penjajah.
2. Merdeka dari serangan pemikiran penjajah (al-ghazw al-fikri).
3. Merdeka dari penjajahan ekonomi.
4. Merdeka dari belenggu keberhutangan yang melampau.
5. Merdeka dari budaya ciplak yang songsang, yang tiada kena mengena dengan adat resam ketimuran dan Malaysia.
6. Merdeka dari akhlak yang buruk dan keji serta nafsu serakah yang buruk dan hina.
7. Merdeka dari akal yang terbelenggu dengan kemabukan sama ada disebabkan oleh arak ataupun dadah dengan pelbagai jenis dan bentuk.
8. Merdeka dari kemalasan, kealpaan, ketakutan, kelalaian, kemiskinan, kepapaan, kebodohan, kelemahan dan pelbagai jenis penyakit yang berbahaya.
9. Merdeka dari kemurungan, kedukacitaan, kesedihan, perasaan yang lemah dan pemikiran yang lemah.
10. Merdeka dari perpecahan, pergaduhan, permusuhan, perseteruan serta peperangan saudara.
11. Merdeka dari kelemahan pembinaan institusi kekeluargaan seperti rapuhnya rumahtangga, ketidakbertanggungjawaban terhadap anak-anak dan remaja, kurangnya kasih sayang, simpati dan empati dari kalangan keluarga.
12. Merdeka dari sifat dan sikap ekstrem, taksub, perkauman yang melampau serta mengeruhkan hubungan etnik, bangsa sekalipun semuanya warganegara Malaysia.
Salam Merdeka!