07/09/2026
Hari ni kami buka seperti biasa! ❤️🍚
Tapi aku nak minta sedikit doa daripada korang semua. 🤲🏻
Sebenarnya kami sekarang sedang berniaga di tempat baru. Kami bukan tutup, cuma berpindah lokasi sahaja.
Jujur, bukan mudah nak mulakan semula di tempat baru walaupun tak jauh sangat dari tempat lama. Ramai pelanggan lama mungkin masih belum tahu kami dah berpindah. 🥹
Sebab tu kalau korang pernah support Nasi Lemak Labu Labi sebelum ni, kami sangat berharap dapat jumpa korang semula di port baru. ❤️
📍 Jalan AU5D/1, Hadapan Naan Corner
🕠 5.30 petang sehingga habis
Doakan semoga tempat baru ini menjadi permulaan rezeki yang lebih baik untuk kami. 🤍
Dan kalau sudi, tolong share supaya lebih ramai tahu kami masih berniaga ya. 🥹❤️