Aunty Farz's Nephew

Croissant 🥐 by Aunty Farz's 🧕🌿.              hanya pada harga RM12.90 nett ~ 6 pcsSemua orang sedang bimbang akan kenaik...
10/11/2020

Croissant 🥐 by Aunty Farz's 🧕🌿. hanya pada harga RM12.90 nett ~ 6 pcs

Semua orang sedang bimbang akan kenaikan kes covid19, adoii nak kluar makan pon takut kan, nak p**ak PKPB ni ramai yang bekerja di rumah. Sekiranya anda merasa bosan dengan roti biasa atau roti canai, mengapa tidak mencuba croissant🥐, mudah disediakan dan enak. Nak feeling feeling omputih pon boleh!💂‍♂️

Anda perlu bergegas menyiapkan sarapan❓Perlu untuk bekerja di awal pagi? ❓Rasa lapar pada tengah malam❓Hanya bakar croissant 🥐 di rumah. Penjimatan kos dan selesa.

Tidak kira anda seorang pencetus ummah, pelajar IPTA atau suri rumah yang penuh dgn gelang emas, croissant sesuai untuk sarapan, minum teh ☕ atau makan tengah malam .

Nikmati croissant panas yang enak dengan kopi. Sangat lazat 🥐 ☕.

Was was nak simpan di dalam peti sejuk beku❄️, jangan risau croissant boleh tahan selama 6 bulan.

1 pek 6pcs 🥐
👉🏻RM 12.90 bersih

📌Pesan melalui WhatsApp
http://www.wasap.my/+601123064992/nakoder

⚠️Bayaran penghantaran bergantung pada lokasi dan kuantiti pesanan.

Sambal Berlad Multipurpose Aunty FarzGabungan cili+ segala jenis bawang + tomato yang sangattt fresh. Rase nye pedas ped...
10/11/2020

Sambal Berlad Multipurpose Aunty Farz

Gabungan cili+ segala jenis bawang + tomato yang sangattt fresh. Rase nye pedas pedas lazat pasti penuhi citarasa semua😋
Boleh dimakan dengan apa saja dan giler walau dimakan sekeluarga.
Rasa takda selera nak makan? Jenuh fikir dari pagi sampai malam apa la yang boleh pembuka selera! Yesss.. Sambal Berlada Aunty Farz's kan ada. yeeehaaaa! Masuk dalam kuali, letak sambal berlada dan campak lah ayam ke, sotong ke ikan ke atau pon daging
Confirm tabur atas nasi panas dah setel masalah! Nak bawa ke mana mana pun takda hal, yang paling best tahan sehingga 6 bulan tau.

Harga torbaekk nie cuma RM19.90 dengan berat bersih 500g.

Jom-jom pakat ramai-ramai order!!

http://www.wasap.my/+601123064992/nakorder

5 Khasiat Makan Bawang Besar     Giteww tajuk hari ini,  sejak dua menjak jadi tukan potong bawang nie dah 7 nasihat den...
27/10/2020

5 Khasiat Makan Bawang Besar

Giteww tajuk hari ini, sejak dua menjak jadi tukan potong bawang nie dah 7 nasihat dengar dari Aunty Farz's sampai termimpi di siang hari dalam tidur. Korang nak tahu rupanya makan bawang besar nie banyak khasiatnya. Bawang besar adalah salah satu bahan kering yang digunakan dalam masakan untuk menyedapkan hidangan yang kita masak dengan penuh kasih sayang tu, ha ada juga yang menggunakannya untuk hiasan demi menyantuni jiwa dan raga yang creative menaikan lagi nafsu nak makan, of course dik hiasan kena letopp baru laki kau pon selera nak makan. So , ini kita kongsikan 5 khasiat makan bawang besar.

1.Mengekalkan kesihatan jantung.
Berdegup jantungku bilaku dengar nama mu ah ah.. haaaa
Dengan memakan bawang besar sebenarnya dapat menurunkan kolestrol yang tidak baik.

2.Mengawal gula dalam darah.
Mineral penting didalam bawang besar dapat membantu sel-sel untuk bertindak balas dalam mengawal paras gula dalam badan, tapi kalau nak sel sel otak berhubung kau minum susu dik.

3.Mencegah Asma
Memudahkan pengeluaran kahak dalam dada pesakit asma yang mengalami batuk teruk. Kak Temah yang kaki mengumpat tu makan bawang lah, dia mampoo berjalan mengumpat dari tingkap rumah ke tingkap rumah yang lain walaupon dia semput, tapi kini tidak lagi ya beliau dah mengumpat pakai wassap jer.

4.Memudahkan Penghadaman
Bawang besar mempunyai serat yang dapat membantu dan mengekalkan kesihatan dalam sistem penghadaman, tidak lah kamu sembelit sayang oi.. baru tahuu

5.Meningkatkan sistem imun
Memberi manfaat dalam meningkatkan sistem imun dan merupakan kunci yang kuat dapat mempertahankan diri daripada penyakit . Tapi jangan p**ak kau kunyah bawang pas tu kau ludah kat mangsa korona virus dik. Sebaliknya pakailah pelitup separuh muka 😷..haaa gitewww.

So acaner nak makan bawang? Main tokak cam tu je ke macam kita makan buah appel?? Tidak ye dik jangan kau gagalkan fungsi benak fikiranmu itew. Untuk langkah permulaan, kita boleh mulakan dengan pengambilan bawang besar dalam makanan sedikit demi sedikit. Mungkin dalam salad mahupun hidangan.

Tapi nak bagitau nie, dalam sambal berlada Aunty Farz's memang banyak kita taruk bawang. Regger cuma RM19.90 je dik. Kau tak payah tumbuk, tak payah nak basuh belender apatah lagi menyental kuali sebab semua kerja2 tu Aunty Farz's dah buat , engko cuma ceduk sambal dan calitkan pada ikan, ayam atau daging. Wow semudah itu sahaja..

🌶️Sambal Berlada Multipurpose Aunty Farz's
Ready stock, kita frozen boleh tahan sebulan. Meh cepat wasap.

http://www.wasap.my/601123064992

Macam mana asal usul cili rasa pedas!!Dikala negeri Selangor terkena gangguan bekalan air nie, meronta-ronta jiwa dan ra...
20/10/2020

Macam mana asal usul cili rasa pedas!!

Dikala negeri Selangor terkena gangguan bekalan air nie, meronta-ronta jiwa dan raga Aunty Farz's mengenangkan nasib sebab tak boleh nak memasak. Lantaran itu, terpaksalah abang melayan lagu dondang sayang dendangan beliau sayup- sayup kedengaran dari hujung dapur yang berkisarkan macam mana asal usul cili rasa pedas . Al-maklum lah Aunty Farz nie tak pandai nak bertiktok maka sedikit tradisional ya cara penceritaan beliau . Kalau u gais nak tahu tadi kan Aunty Farz memulakan story telling beliau dengan kisah macam mana asal usul cili rasa pedas. Alkisah maka tersebutlah.....

Kelihatan seekor monyet berdekatan kawasan taman peliharaan sang kancil dan kura-kura. Sungguh lincah si monyet, bergayutan ke sana ke mari. Megah dengan kebolehannya. Awas! monyet jangan ganggu ketenteraman penghuni hutan yang lain.

Tiba-tiba monyet berhenti bergayut dan memerhatikan sesuatu, apa p**a yang dilihatnya? “Ranumnya buah-buahan di sini. siapa punya agaknya?” kata monyet dalam hatinya. “Oh, rupanya sang kancil dan kura-kura.” Lantas itu, monyet bergerak ke arah sang kancil dan kura-kura sambil memegang perutnya. “Tolong, tolong! dah empat hari aku tak makan kata monyet tersebut! “Ambil sajalah apa yang engkau nak dari taman kami. Makanlah sepuas hati engkau monyet.” Sang kancil yang begitu prihatin dengan kesakitan yang dihadapi monyet menghulurkan bantuan.

“Aku nak itu, aku nak itu!” pinta monyet dalam nada mendesak, sambil jarinya menuding ke arah pokok cili yang merah menawan keluarga bahagia iteww.. “Jangan monyet, jangan monyet!” belum pun sempat kancil menghabiskan ayatnya, monyet telah mengambil cili itu lalu memakannya beberapa batang sekali gus. Apa lagi, terasa berapi dan merah muka monyet akibat kepedasan yang melampau.

Begitewwlah akhirnya masyarakat tahu bahawa macam mana asal usul cili rasa pedas.

Kerana asal usul cili rasa pedas lah maka tercipta pelbagai versi sambal dari cili. Antaranya yang paling famous di dapur Aunty Farz's opkoslah balado atau berlada.

Beliau berkata berlada nie adalah teknik memasak khas Minangkabau dengan cara menumis cili berserta sekawan bawang yang segar, tomato yang suci dari ditebuk tupai dan sedikit belacan sebagai penyedap aroma yang mengharumkan lubang hidung seisi dapur sehingga jiran sebelah turut serta menghidunya. Berserta garam Himalaya yang berMuthu tinggi kualitasnyah.

Berbeza p**a dengan dengan sambal lain, balado dihidangkan dengan cara dimasak kembali dengan perbagai jenis isi kandungan di dalam kuali samada haiwan laut iaitu seafood yang ditangkap oleh para nelayan laut samudera atau pon haiwan darat yang disembelih iaitu merujuk kepada ayam, lembu mahu pon kambing. Kadang kala tumbuh-tumbuhan turut serta dijadikan bahan sajian dengan sambal berlada/ balado ini.

Untuk menyenagkan hidup masyarakat setempat Aunty Farz telah menghasilkan sambal berlada multipurpose and safe untuk dimasukan dalam oven for heating. Tak perlu mess the kitchen yang korang renovate beribu tu tambah beliau. Just siapkan apa saja meat or poultry and masukan sambal berlado multipurpose ini, gaul rata and hidang .

Yang penting ingredients are natural and fresh, and no added MSG atau preservatives.
So dah tahu kan macam mana asal usul cili rasa pedas!!

Yang penting kewujudan
🌶️Sambal Berlada Multipurpose Aunty Farz’s
500 grams
RM 19.90

Kalau nak book your sambal tub now sila tonyoh jari jemari kat henpon ke wassap no
011 23064992.
Kita boleh delivery hokey!!

http://www.wasap.my/601123064992/AF

E-CATALOGUE SNACKS & MOREHaluu haluu semua..nak tau apa yang ada kat dapur Aunty Farz's yang dah ready stock or seleksi ...
20/10/2020

E-CATALOGUE SNACKS & MORE

Haluu haluu semua..nak tau apa yang ada kat dapur Aunty Farz's yang dah ready stock or seleksi snacks yang Aunty stock up di kitchen beliau on weekly basis.

So here we go.

Snacks & Readymade Food (Ready Stock)
🥐 Frozen Butter Croissants @ RM12.90
🥟 Frozen Potato Currypuff @ RM7.90
🌿 Tempeh Chips @ RM12.90
🌶 Sambal Berlada Multipurpose @ RM19.90

Contact Aunty 01123064992 to secure yours.

Please stay safe and be well semunya!

AF 💕

Address

Jalan Stesen Sentral
Kuala Lumpur
50470

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+601123064992

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aunty Farz's Nephew posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Aunty Farz's Nephew:

Share