11/09/2026
Ramai yang bertanya,
"Saya nak jadi stokis untuk produkยฒ yang dikeluarkan oleh 6Brads Shop Center , macamana ye?"
"Saya ada tengok iklan, ada pengambilan stokis dan ejen kan? Kalau ikutkan modal untuk jadi stokis tu saya memang ada, nampaknya lebih menguntungkan jadi stokis, tapi saya tak ada pengalaman meniaga, boleh ke saya ambil peluang jadi stokis?"
"Saya tak ada modal, tapi saya teringin sangat jadi stokis sebab stokis untung dia macam lebih besar, ada cara tak untuk saya jadi stokis?"
Dan macamยฒ lagi soalan yang keluar dari mereka yang nak jadi stokis produk.
๐๐๐ ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ก๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ก๐๐๐ฅ๐
Sebenarnya, sejak kami mula mewujudkan kedai dan rangkaian produk bebas gluten & bebas gandum 6Brads Shop Center pada tahun 2023, perancangan asal kami sangat sederhana.
Kami mahu berjalan sendiri.
โข Tanpa ejen.
โข Tanpa stokis.
Bukan kerana kami tidak mahu berkongsi rezeki dengan orang lain. Tetapi ketika itu kami sedar satu perkara. Produk bebas gluten dan bebas gandum bukan produk yang boleh dijual hanya dengan menunjukkan gambar dan harga.
Ia memerlukan ilmu dan kefahaman.
Kami mengambil masa berbulan-bulan, malah hampir setahun, untuk memperkenalkan produk-produk kami kepada masyarakat.
Pada waktu itu, tidak ramai yang benar-benar boleh bercerita tentang makanan bebas gluten dan bebas gandum. Istilah seperti gluten, gandum, psyllium husk, struktur adunan dan cara mengendalikan tepung bebas gluten pun masih asing bagi ramai orang.
Kami sendiri perlu belajar.
Kami perlu mencuba resepi berkali-kali.
Ada yang menjadi, ada yang gagal.
Kami perlu memahami karakter setiap tepung.
Kami perlu menjawab persoalan pelanggan satu demi satu. Dan daripada situlah sedikit demi sedikit pelanggan mula mengenali 6Brads.
Bagaimana p**a dengan ejen pada waktu awal?
Memang pernah ada yang mahu menjadi ejen. Tetapi realitinya, pada peringkat awal hampir semuanya datang daripada latar belakang pengguna produk berasaskan gandum. Kami ajar sepenuh hati. Kami fahamkan mereka walaupun pada waktu itu kami sendiri pun sedang sibuk. Kami buka peluang walau pada awalnya nak berjalan sendiri.
Sebab apa?
โข Sebab ada yang betulยฒ terdesak mencari pendapatan tambahan.
โข Sebab ada yang berharap, dengan produk yang ada dapat membuka pintu rezeki mereka.
Dan kami tak nak menghalang mereka yang nak jadi ejen, tapi dari situ kami kadangkala jadi serba salah sebab apa?
Bila dah lantik ejen, kami tak boleh nak jual produk sendiri. Kami perlu berharap sepenuhnya dengan jualan ejen. Kalau ejen tak bergerak, kami nak makan apa? Kami nak bayar kos pengurusan kedai, utiliti, gaji pekerja guna apa? Sehingga kami sendiri tak bergaji.
Bila ada pelanggan yang memang mencari kami, kami kena beri pada ejenยฒ p**a untuk dikongsikan rezeki.
Begitulah keadaan kami ketika itu.
Hakikat sebenar yang kami hadap bukan hariยฒ ejen hasilkan jualan kepada syarikat. Sepanjang ejen tak hasilkan jualan, kami jadi apa?
Macam menunggu buah yang tak tahu bila akan jatuh. Akhirnya boleh buatkan kami rebah jika berterusan.
Kami perlu mengambil keputusan dan pilihan.
Jika masih nak menjadi ejen, mereka berpeluang mencari pelanggan mereka sendiri dan mereka tidak boleh menghalang kami untuk meneruskan jualan kami seperti dulu.
P**a kami tak buka peluang ejen kepada ramai orang pada waktu itu. Kalau yang aktif pada waktu itu cuma 1-3 orang, dan kami sendiri tak boleh nak menjual sendiri dan jika ada pelanggan kami p**a nak kena beri pelanggan tersebut kepada ejen, akhirnya kami sendiri yang tak makan apa.
Jadi faham kan kenapa amat sukar sebenarnya keputusan untuk membuka peluang lagi untuk melantik stokis atau ejenยฒ baru. Orang luar nampak mudah, nampak senang. Hakikatnya tak semudah dan sesenang itu apabila kita terpaksa membuat keputusan begitu.
Dari situlah kami terpaksa membuat keputusan memandangkan ramai yang bertanya, macamana nak jadi stokis, macamana nak jadi ejen...
Kami buka peluang untuk sesiapa sahaja membuat pendapatan tambahan, tapi kami juga berharap mereka membuat pilihan untuk samaยฒ mencari rezeki tidak menghalang kami di HQ untuk terus membuat jualan juga kepada pelanggan. Ini kerana jika kami hentikan jualan kami direct kepada pelanggan, kami akan kehilangan punca untuk bayar gaji, utiliti, sewa dan lainยฒ lagi. Sebab kami bukan mempunyai ejen/ stokis beratus ribu orang. Jika sudah tahap sebegitu memang kami sendiri hentikan jualan personal kami.
Cuma, bila ada yang tanya...
"Tak ada ke buka pengambilan ejen..." Berkaliยฒ kami terima soalan yang sama, jika tak dibuka, seolah kami nak tutup pintu rezeki orang lain p**a. Apa yang kami boleh bantu, kami sediakan bahan, kami berikan kos yang jauh lebih rendah dari harga pasaran, carilah pelanggan masingยฒ, bahanยฒ iklan turut kami sediakan. Cuma jangan halang kami untuk sama jual, sebab kami belum jadi syarikat BESAR buat masa ini.
Hakikatnya, kami sedar yang saya dan mereka yang bergelar ejen turut berjuang mencari rezeki. Kami buka peluang supaya kami tak menutup punca rezeki orang lain.
Tapi sebelum memilih untuk jadi stokis atau ejen, fahamilah.....
Sebagai ejen atau stokis,
mereka sendiri masih belum benar-benar memahami produk yang hendak dijual.
Sebab itulah bagi kami, menjadi EJEN bukan sesuatu yang rendah berbanding menjadi STOKIS.
Ejen sebenarnya adalah tempat untuk belajar.
โข Belajar mengenali produk.
โข Belajar menggunakannya.
โข Belajar menjawab pertanyaan pelanggan.
โข Belajar membuat content.
โข Belajar mencari pelanggan.
โข Belajar bagaimana pasaran bebas gluten/bebas gandum berfungsi.
Apabila semua itu sudah dikuasai, pelanggan sudah mula terbentuk dan jualan sudah bergerak, barulah seseorang mempunyai asas yang lebih kukuh untuk memegang stok yang lebih banyak.
Sebab STOKIS bukan sekadar orang yang mempunyai modal untuk membeli stok banyak.
โข Ada modal belum tentu ada ilmu.
โข Ada stok belum tentu tahu menjual.
โข Dapat harga lebih murah belum tentu menghasilkan keuntungan jika barang akhirnya tersimpan.
Kami sendiri mengambil masa berbulan-bulan sehingga hampir setahun untuk membina pengetahuan dan memperkenalkan produk ini dari kosong.
Jadi jangan rasa rugi kalau anda perlu bermula sebagai ejen dan belajar dahulu.
Kami sendiri pun tidak membina 6Brads dalam sehari.
Hari ini apabila kami mula membuka ruang kepada lebih ramai ejen dan stokis, kami bukan sekadar mencari orang yang mahu membeli stok daripada kami.
Kami mahu membina orang yang faham apa yang mereka jual.
Kerana apabila pelanggan bertanya,
"Tepung ini nak buat apa?"
"Kenapa adunannya berbeza daripada tepung gandum?"
"Macam mana nak dapatkan hasil yang elok?"
Seorang penjual sepatutnya mampu menjawab dengan yakin, bukan sekadar berkata:
"๐บ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐."
Itulah sebabnya kami percaya:
Mulakan sebagai ejen bukan bermaksud kita bermula kecil.
Kita sedang membina ilmu sebelum membesarkan perniagaan.
Jangan kejar gelaran STOKIS. Kejar dahulu ILMU, PENGALAMAN dan PELANGGAN. Bila ketiga-tiganya sudah ada, stokis akan menjadi satu perkembangan perniagaan, bukan satu beban. Bukan menyalahkan HQ apabila stok tidak terjual.
6๐ฉ๐๐๐
๐ ๐บ๐๐๐ ๐ช๐๐๐๐๐
๐ฉ๐๐๐๐ ๐ฎ๐๐๐๐๐ โข ๐ฉ๐๐๐๐ ๐ฎ๐๐๐
๐๐
Nak jadi ejen/ stokis Tepung Bebas Gluten Bebas Gandum dengan modal serendah RM129 sahaja boleh terus wasap admin 011-7000 7778