Sejuta Kasih Ibu Agro Farm

Sejuta Kasih Ibu Agro Farm 🌾 Produk Snek Premium
🌱 Terus dari ladang sendiri
🔥 Rangup, sedap, homemade
📦 Order seluruh Malaysia
⭐SSM:JM1037545-V

19February2026Hari pertama RamadhanOrang lain mungkin berbicara tentang juadah berbuka, tentang manisnya kurma pertama d...
19/02/2026

19February2026
Hari pertama Ramadhan

Orang lain mungkin berbicara tentang juadah berbuka, tentang manisnya kurma pertama di senja hari.

Aku p**a duduk diam, memujuk hati sendiri agar terus kuat berdiri.
Satu demi satu dugaan datang tanpa jemputan.

Stroke..
Hilang Kerja..

Aku fikir itu sudah cukup berat.
Rupanya belum...

Bisnes kecil yang baru aku usahakan
masih merangkak sendu...
sedangkan bil dan komitmen bulanan tetap setia menunggu tarikh...

Setiap hari aku bangun dengan soalan yang sama " Ya Allah adakah secebis rezeki untuk aku hari ini ya Allah? aku sudah cukup penat ya Allah..."

Orang selalu fikir lelaki tidak perlu meluah.
Kononnya bahu lelaki dicipta untuk memikul,
bukan untuk bersandar.
Kononnya air mata lelaki itu kelemahan,

sedangkan hakikatnya…
aku juga manusia...
Aku juga letih...
Aku juga takut...

Di sini, di ruang yang tiada siapa benar-benar mengenali aku,
aku memilih untuk jujur.
Aku memilih untuk menulis sebelum semua yang terpendam
bertukar menjadi ribut dalam dada.

aku sudah mencaturkan segalanya, jika keadaan terus begini, minggu hadapan aku akan mula menjaja disekitar kuala lumpur, persetankan apa orang nak kata,mereka tidak berada di situasi aku,ak cuma fikir rezeki untuk disuap pada anak isteri aku.

jika kalian jumpa aku menjaja di jalanan sekitar KL,sapa lah aku, ak tak malu,janji rezeki yang aku suap pada anak isteri aku adalah rezeki yang halal.

dari seorang pekerja office kepada penjaja jalanan, mungkin ada yang tuhan nak ajar aku,mungkin kifarah kepada aku selama mana aku pernah lupa padanya

Kalau kamu sedang membaca ini,
aku tak minta simpati.

Aku cuma minta peluang...

Kalau sedang cari snek untuk mengunyah,stok raya untuk tetamu,
atau hadiah kecil untuk orang tersayang…

Boleh hubungi aku untuk maklumat lanjut.WhatsApp catalogue ada produk dan review yang boleh lihat sendiri.

Setiap pembelian itu mungkin kecil bagi kamu.Tapi bagi aku,itu tanda Allah belum lepaskan tangan aku.

Dan kalau sudi…
jadi sebahagian daripada sebab aku terus berdiri Ramadan ini. 🌙

TERIMA KASIH ORANG BAIK

💣 COMBO JIMAT
🧨 COMBO 2 : RM28
🧨 COMBO 3 : RM40
🧨 COMBO 5 : RM65
🧨 COMBO 10: RM125

🛵 Kos Penghantaran Percuma

klik link whatsapp katalog dibawah👇
https://wa.me/c/601160885446

🔥 CRISPY CORNFLAKES🔥Rangup dia bukan biasa-biasa… sekali kunyah terus jatuh cinta!✅ Rangup padu,salutan penuh rasa✅ Pack...
18/02/2026

🔥 CRISPY CORNFLAKES🔥
Rangup dia bukan biasa-biasa… sekali kunyah terus jatuh cinta!

✅ Rangup padu,salutan penuh rasa
✅ Packaging premium & kemas
✅ kedap udara & seal stopper.
✅ tahan sehingga 3 bulan.
✅ Produk buatan Muslim
✅ Ada pakej combo jimat
✅ Sesuai untuk stok rumah, jamuan tetamu, open house, hadiah.

Perisa Pilihan:
🌶️ Hot Spicy
**Pedas manja berempah… ada “kick” yang buat tangan susah berhenti.

🍖 BBQ
**Smokey manis masin yang seimbang — selamat untuk semua umur, tapi bahaya sebab cepat habis 😏

💣 SENARAI COMBO JIMAT
🧨 COMBO 2 : RM28
🧨 COMBO 3 : RM40
🧨 COMBO 5 : RM65
🧨 COMBO 10: RM125

🛵 Kos Penghantaran Percuma

Nak tengok video review??? klik link whatsapp katalog dibawah👇
https://wa.me/c/601160885446

Jangan fikir lama-lama.
Tekan link WhatsApp sekarang 👇
📲 https://wa.me/601160885446�
Nak cepat, terus klik je link tu — terus masuk chat 😎🔥

DIARI SANG PENDOSATepat jam 9.00 pagi, 16 Februari.Dengan satu beg di tangan dan seribu persoalan di fikiran, aku melang...
17/02/2026

DIARI SANG PENDOSA

Tepat jam 9.00 pagi, 16 Februari.
Dengan satu beg di tangan dan seribu persoalan di fikiran, aku melangkah pergi menuju ke Kuala Lumpur.

Setiap langkah terasa berat...
Bukan kerana beg itu sarat, tetapi kerana hati ini terlalu penuh...Seperti ada sesuatu yang menahan, memujuk supaya aku berpatah balik. Di belakangku, tertinggal segala yang sedang aku usahakan, segala impian yang belum sempat aku sempurnakan.

Sebaik sahaja tiba, aku melihat wajah-wajah yang menjadi sebab aku terus bernafas setiap hari. Anak kecilku berlari mendapatkan aku, isteriku tersenyum seperti tiada apa-apa beban di dunia ini. Aku memeluk mereka erat...terlalu erat...seolah-olah takut kehilangan.

“Babah minta maaf… babah masih belum mampu beri kesenangan. Doakan babah ya...”

Mereka hanya ketawa riang. Polos. Suci,belum mengerti kerasnya hidup... Namun mungkin itulah nikmatnya...melihat mereka bahagia tanpa mengetahui luka di dada ini.

Dalam satu pelukan itu, segala beban terasa ringan. Seakan-akan Tuhan mengirim sedikit kekuatan melalui tangan-tangan kecil yang memelukku. Untuk seketika, aku lupa segala kegagalan. Aku lupa segala ketakutan.

Aku harus kuat.
Bukan kerana aku tidak lelah.
Tetapi kerana ada keluarga kecil yang bergantung pada setiap langkahku.

Perjalanan ini masih jauh.
Kuala Lumpur hanyalah permulaan...

Jika esok ujian datang tanpa salam,
aku berharap hatiku cukup kuat untuk tidak tumbang.
Jika esok rezeki datang mengetuk,
aku berharap aku masih cukup rendah diri untuk bersyukur.

Ya Allah…
Jika aku ini hamba yang penuh dosa,
jangan Kau hukum keluargaku atas kelemahan aku.
Lapangkan rezekiku.
Permudahkan urusanku.
Kuatkan dadaku yang sering retak ini.
Dan jika ada doa yang lebih layak diangkat,
angkatlah doa orang-orang yang membaca kisah ini.

Amin...

Tahun 2026 adalah tahun paling mencabar dalam hidup aku.Segalanya bermula dengan minor stroke yang datang tanpa amaran. ...
15/02/2026

Tahun 2026 adalah tahun paling mencabar dalam hidup aku.

Segalanya bermula dengan minor stroke yang datang tanpa amaran. Belum sempat aku benar-benar bangkit, pada 9 Januari 2026 p**a aku kehilangan kehilangan jawatan sebagai Senior Inventory Executive,jawatan yang penuh dengan impian dijanjikan oleh boss aku.selama ini,kiri kanan depan belakang aku tampal segala kebenaran yang orang tak nampak, manip**asi segala data, segalanya demi nak puaskan hati boss aku.

Saat itu, dunia terasa gelap gelita. Seolah-olah seluruh langit runtuh tepat di atas kepala aku.

aku memandang anak anak ku,sedang bermain,tidak kenal erti penat,senyum terukir di bibir ku,tapi tiada siapa yang tahu apa yang bermain dihatiku Mereka tidak tahu ayah mereka sedang lemas dalam ketakutan yang tak mampu diluahkan.

Aku lelaki.
Aku suami.
Aku ayah.
Tetapi ketika itu… aku rasa kosong.
Aku tahu aku perlu buat sesuatu.

Fikiran aku hanya satu.. hutang, komitmen, bil-bil bulanan yang tetap perlu dibayar walau apa pun terjadi. Aku sudah merata-rata memohon kerja, menghantar resume ke sana sini, tetapi rezeki belum juga menyapa. Dalam diam, aku memikirkan nasib isteri dan dua anak perempuan aku. Wajah mereka bermain di fikiran setiap malam.
Aku tahu… aku perlu buat sesuatu.

Dalam keadaan dada yang sarat dengan beban, aku hubungi mak. Aku luahkan segala yang terpendam. Suara aku pecah-pecah menahan sebak. Lalu mak berkata satu ayat yang membuatkan aku tersentak:
“Bey… mungkin ini Allah nak tunjuk. Tinggalkan kerja yang tak berkat. Cari rezeki yang halal. Baliklah kampung. Mama bagi modal untuk usaha berbisnes.”

Berat untuk aku terima. Ego sebagai lelaki terasa tercalar. Tetapi dalam kegelapan itu, hanya itu jalan yang aku nampak.
Kerana itu aku namakan syarikat aku Sejuta Kasih Ibu Agro Farm. Nama itu bukan sekadar nama. Ia adalah pengakuan. Pengakuan bahawa aku hidup di atas doa seorang ibu dan pengorbanan seorang isteri.

Aku p**ang ke kampung dengan dada yang penuh harapan dan ketakutan. Aku ceburkan diri dalam pertanian, bidang yang sebelum ini aku tidak tahu apa-apa. Di tanah itu, di bawah panas matahari, aku mula sedar betapa sombongnya aku selama ini.
Dulu aku hanya nampak dunia.
Aku lupa siapa yang memberi dunia itu.
Aku hanya ingat Allah bila susah. Bila jatuh, baru mencari sejadah. Bila gelap, baru mencari cahaya. Di kampung, aku banyak menghabiskan masa di masjid. Dalam sujud yang panjang, aku menangis seperti anak kecil yang hilang arah.

Namun hidup tidak selalu memberi ruang untuk bernafas.

Modal tidak cukup. Projek pertanian yang hampir 90% siap terpaksa dihentikan. Setiap kali aku memandang tapak itu, hati aku terasa seperti dikoyakkan.

Aku cuba bangkit lagi. Aku buat snek raya. Aku kumpul kekuatan yang tinggal. Aku pujuk diri, “Ini jalan sementara.”

Mungkin ini ujian kedua.

Hari ini sudah masuk minggu kedua. Minggu hadapan Ramadan akan tiba. Tetapi bisnes masih hambar. Satu-satunya “customer” di TikTok Shop aku… adalah isteri aku sendiri.
Aku tersenyum pahit.
“Gila loser…”

Sepanjang kami berjauhan, isteri aku berkorban masa dan tenaga menjaga anak-anak seorang diri. Aku pernah nekad... aku tak akan balik ke Kuala Lumpur selagi aku belum berjaya buat duit.

Tetapi hari ini… segala ego aku runtuh.
Aku rindukan anak-anak. Aku rindukan isteri aku.
Dan pada tanggal 15 Februari 2026, aku buat keputusan untuk p**ang ke Kuala Lumpur.

Kerja masih belum ada. Panggilan temuduga pun belum kunjung tiba. Dalam kepala aku mula terbayang... mungkin aku akan menjaja balang-balang snek aku di tepi jalan.
Persetankan apa orang nak kata.
Kata-kata mereka tak mampu mengisi perut anak dan isteri aku

Sahabat handai sekalian… bulan depan kita akan menyambut Hari Raya. Aku akui, aku buntu. Pakcik, makcik, abang, kakak — doakan aku sentiasa kuat. Doakan aku dimurahkan rezeki.

Mungkin aku ini pendosa. Mungkin doa aku tidak sekuat orang lain.

Tetapi aku masih berharap… masih percaya… bahawa Allah tidak pernah zalim pada hamba-Nya.
Semoga ada jalan untuk kami sekeluarga.

Yang benar,
Sang Pendosa

09/02/2026

💥 NAK BUAT DUIT DARI CONTENT KUNYAH? 💥

💰 KOMISYEN LUMAYAN 20% komisyen affiliate setiap jualan
💰+10% komisyen EXTRA bila seller boost GMV
➡️ Content jalan, seller tolong push 🔥

📦 SAMPLE BOLEH REFUND Ambil sample → buat video → dapat 2 sales
👉 Sample REFUND 💯
Risiko hampir kosong!

👀 SIAPA PATUT JOIN? – Baru nak cuba affiliate
– Nak income tepi sambil scroll
– Ada akaun TikTok / FB je dah cukup

08/02/2026

Hai geng! 🎉😋

*Raya dah dekat, perut mula mengada, mulut pun rasa nak kunyah something crunchy? 🤤*
`Crispy Cornflakes lah jawapannya`
~ sekali kunyah… krup! 😭🔥 ~
*Rangup, sedap, tangan auto ulang-ulang berkali²!*

Perisa ada 5 jenis:
🧀 Cheese
🥩 BBQ
🌶️ Tomyam
🥚 Salted Egg
🌶️ Hot n Spicy

Sesuai untuk layan sendiri atau kongsi dengan kawan & sedara masa raya nnti 💛
Snack ni confirm buat semua tersenyum, seronok kunyah, dan mood raya jadi lagi meriah! ✨

Berminat boleh terus wasap link dibawah ⬇️
www.wasap.my/601160885446/CrispyCornflakesRangup

08/02/2026

Hai geng! 🎉😋

*Raya dah dekat, perut mula mengada, mulut pun rasa nak kunyah something crunchy? 🤤*
`Crispy Cornflakes lah jawapannya`
~ sekali kunyah… krup! 😭🔥 ~
*Rangup, sedap, tangan auto ulang-ulang berkali²!*

Perisa ada 5 jenis:
🧀 Cheese
🥩 BBQ
🌶️ Tomyam
🥚 Salted Egg
🌶️ Hot n Spicy

Sesuai untuk layan sendiri atau kongsi dengan kawan & sedara masa raya nnti 💛
Snack ni confirm buat semua tersenyum, seronok kunyah, dan mood raya jadi lagi meriah! ✨

Berminat boleh terus wasap link dibawah ⬇️
www.wasap.my/601160885446/CrispyCornflakesRangup

08/02/2026

Hai geng! 🎉😋

*Raya dah dekat, perut mula mengada, mulut pun rasa nak kunyah something crunchy? 🤤*
`Crispy Cornflakes lah jawapannya`
~ sekali kunyah… krup! 😭🔥 ~
*Rangup, sedap, tangan auto ulang-ulang berkali²!*

Perisa ada 5 jenis:
🧀 Cheese
🥩 BBQ
🌶️ Tomyam
🥚 Salted Egg
🌶️ Hot n Spicy

Sesuai untuk layan sendiri atau kongsi dengan kawan & sedara masa raya nnti 💛
Snack ni confirm buat semua tersenyum, seronok kunyah, dan mood raya jadi lagi meriah! ✨

Berminat boleh terus wasap link dibawah ⬇️
www.wasap.my/601160885446/CrispyCornflakesRangup

Address

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
50050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sejuta Kasih Ibu Agro Farm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category