COWAY Promo Online HQ

COWAY Promo Online HQ Agent berdaftar di Coway Malaysia Sdn Bhd. Dapatkan info tentang promosi terkini produk coway

08/12/2022

Ingin kan tidur yang lena dan berkualiti?? Pilih laa tilam coway ❤️

7 SEBAB KENAPA PERLUNYA PENAPIS UDARA DI RUMAH?1) Clean Air Delivery Rate (CADR) yang tinggi Penapis udara Coway mempuny...
06/12/2022

7 SEBAB KENAPA PERLUNYA PENAPIS UDARA DI RUMAH?

1) Clean Air Delivery Rate (CADR) yang tinggi Penapis udara Coway mempunyai CADR yang tinggi dan telah diiktiraf oleh AHAM Verified dan KACA. Ia bermakna penapis udara coway lebih pantas dan cepat dalam membersihkan udara di dalam rumah.

2) HEPA filter atau High Efficiency Particulate Air antara teknologi terbaik masa kini untuk membersihkan udara dari kotoran virus dan bakteria, Setiap penapis udara yang berkualiti pasti mempunyai penapis HEPA ini. Fungsi HEPA filter adalah untuk menapis debunga, zarah-zarah halus, hama, kulat, asap rokok dan bau masakan dari dalam ruang udara rumah anda.

3) RBD Plasma filter ni cuma ada di dalam penapis udara model Lombok (I-Ill) yang berfungsi untuk memerangkap zarah-zarah halus dari udara dan membersihkan lembapan dan kuman-kuman seperti Aspergillus, Nigermand dan E.Coli, la juga mengurai gas-gas berbahaya seperti formaldehid. Di dalam masa yang sama, RBD Plasma ni dapat menyahaktifkan bakteria, kuman dan virus penyebab sakit bagi memastikan anda sekeluarga tidak menjangkiti antara satu sama lain.

4) Energy Star Semua penapis udara Coway telah mendapat pengiktirafan cekap tenaga oleh Energy Star. Ini bermakna penggunaan elektrik di rumah anda akan sangat jimat walaupun penapis udara dipasang 24 jam.

5) SIRIM Semua penapis udara Coway telah melalui pemeriksaan dan pengujian bagi memastikan ia menepati piawaian yang telah ditetapkan. Alat yang tidak mempunyai tanda kelulusan SIRIM boleh menjurus kepada puncanya berlaku litar pintas sehingga mengakibatkan kebakaran dan tidak layak mendapat perlindungan insuran.

6) Air Quality Indicator atau Penunjuk Kualiti Udara Penapis udara Coway mempunyai fungsi untuk mengesan kualiti udara dalam rumah dengan menggunakan kod warna. Jika udara di dalam rumah dalam keadaan teruk, ia akan berubah kepada warna merah. Apabila udara dalam rumah sudah dibersihkan dan berada pada tahap yang bagus, ia akan berubah kepada warna biru. Jadi anda boleh tahu tahap kebersihan udara di rumah anda setiap masa.

7) Kualiti Servis yang Terbaik Coway memberikan anda kualiti servis yang paling kerap di pasaran iaitu setiap 2 bulan. Ini bagi memastikan penapis udara anda dapat bekerja secara optimum untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Selain itu, penapis udara yang diservis dengan kerap dapat mengelakkan pembiakan virus dan bakteria yang akan menjejaskan kesihatan anda sekeluarga. Service team yang dikenali sebagai Coway Lady (CODY) juga ramah dan terlatih. Anda tidak perlu risau tentang servis kerana CODY akan menghubungi anda untuk temujanji servis dan penukaran filter.

Wow 😮 Coming soon
05/12/2022

Wow 😮 Coming soon

S**a air batu?? Perkenalkan penapis air lucy. Penapis air yang sangat canggih dan premium tau tapi harga rakyat marhaen....
05/12/2022

S**a air batu?? Perkenalkan penapis air lucy. Penapis air yang sangat canggih dan premium tau tapi harga rakyat marhaen. Pm sekarang!!

Apa itu Air?Air sangat penting dalam kehidupan seharian. Semua benda hidup dimuka bumi Allah ini perlukan air. Kita perl...
04/12/2022

Apa itu Air?

Air sangat penting dalam kehidupan seharian. Semua benda hidup dimuka bumi Allah ini perlukan air. Kita perlukan air untuk menjalani kehidupan seharian kerana ia merupakan sumber yang penting untuk menjana ekonomi dalam bidang pertanian, perikanan dan sebagainya.

Seperti yang kita sedia maklum, hampir 3/4 daripada permukaan bumi adalah kawasan berair. Begitu juga dengan tubuh manusia di mana 70% daripada komposisi tubuh manusia adalah air. Amalan minum air yang cukup akan dapat menghindarkan berlakunya pendehidtratan dan mengekalkan amalan membuang air besar. Di samping itu, kesihatan kulit dan rambut akan terjaga.

Kajian menunjukkan bahawa manusia boleh hidup lebih seminggu tanpa makanan tetapi hanya beberapa hari tanpa air. Ini menggambarkan betapa pentingnya air dalam kehidupan seharian. Kita memperoleh air daripada cecair seperti air paip, susu, jus buah-buahan, kordial, minuman ringan dan sup. Makanan seperti nasi, roti, mi, buah-buahan, dan sayur-sayuran turut mempunyai sedikit air walaupun tidak cukup untuk memenuhi keperluan cecair kita.

Pengambilan air yang mencukupi secara konsisten akan membekalkan sumber mineral terpenting dalam keseimbangan tubuh. Air amat penting dan mempunyai pelbagai berfungsi penting dalam menjana tubuh badan yang sihat dan cergas.

Fungsi air ialah:
1.Memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan mengawal suhu tubuh pada tahap yang normal

Air berperanan untuk memastikan supaya organ-organ seperti mulut, mata dan hidung sentiasa dalam keadaan lembap dan berfungsi dengan baik.

2. Baik untuk organ tubuh badan

Meminum air yang mencukupi akan dapat mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dan hati dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan dan toksin menerusi air kencing. Air adalah gen pembawa nutrien dan oksigen kepada semua sel tubuh yang memerlukan.

3. Menghindarkan penyakit

Air bertindak sebagai pelincir pada sendi-sendi dan amalan meminum air pada jumlah yang mencukupi dapat menghindari serangan penyakit sendi dalam jangka masa panjang.

4. Membekalkan nutrien untuk tubuh badan

Air berfungsi melarutkan mineral dan nutrien bagi memudahkan ia diserap tubuh.

5. Melembapkan kulit

Menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi. Kulit juga akan kelihatan sentiasa lembap dan awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi boleh melambatkan proses pengecutan kulit. Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan.

6. Mencapai berat badan yang ideal

Bagi yang ingin menurunkan berat badan meminum air dengan kadar yang mencukupi dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten.

7. Merawat emosi

Meminum air yang mencukupi, menjadikan minda yang ceria dan emosi stabil dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan akan menghasilkan kerja yang berkualiti.

8. Mengurangkan jerawat

Merawat kulit wajah yang berjerawat. Air juga dapat jerawat dengan mengurangi lebihan minyak pada kulit. Penting untuk memiliki keseimbangan yang stabil antara air dan minyak di permukaan kulit. Jika kulit memiliki terlalu banyak minyak berbanding dengan air, ini menyebabkan pori-pori tersumbat dengan noda dan jerawat . Air penting untuk menjaga kelembapan kulit secara optimal dan memberikan nutrisi penting untuk sel-sel kulit.

Oleh itu, kita hendaklah mengambil air yang secukupnya sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari dalam kehidupan seharian kerana ia amat penting untuk kesihatan. Apabila kekurangan air putih juga akan menyebabkan pelbagai penyakit. Dengan ini, perbanyakkan minum air putih untuk kesihatan yang optimum.

Address

Level No 20, COWAY (M) SDN BHD, IB Tower 8, Lorong Bijai
Kuala Lumpur
50450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when COWAY Promo Online HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share