Masak masak by azirasicomel

Masak masak by azirasicomel UNTUK SIMPANAN SENDIRI
Masak agak2, masak campak2. Kita yang masak dia, kalau tak jadi jangan buang. Cuba ubahsuai atau makan saja jika boleh dimakan.

Jangan membazir ya! Kalau baking, pastikan ikut s**atan!

KEK GULA HANGUS, KEK SARANG SEMUTBahan-bahan:1 1/2 cwn gula1 1/2 cwn air panas4 sudu makan butter/marjerin1 1/2  cwn tep...
04/10/2024

KEK GULA HANGUS, KEK SARANG SEMUT

Bahan-bahan:
1 1/2 cwn gula
1 1/2 cwn air panas
4 sudu makan butter/marjerin
1 1/2 cwn tepung gandum
3 sudu teh soda bikarbonat
6 biji telur
1/2 cwn susu pekat manis
2 sk esen vanila
Loyang bulat 24cm

Cara2:
Gula Hangus
Masak gula hingga jadi cair, api perlahan.
Masukkan air panas, bagi mendidih sekejap supaya gula semua cair.
Tutup api, masukkan butter.
Ketepikan

Pukul telur sedikit manja,
Masukkan susu pekat, gaul rata.
Masukkan tepung dan soda bikarbonat. Gaul rata hingga sebati.
Masukkan gula hangus, sedikit demi sedikit hingga sebati.

Gris loyang, saya pakai loyang yg ada lubang tengah.
Tuang adunan kek dalam loyang (kena tapis ya)
Saya masak atas dapur gas, api perlahan. Tak tutup loyang.
Bila buih2 adunan hampir kering, boleh tutup loyang dalam 5 ke 10 minit, supaya permukaan kek kering.
Tutup api dan sejukkan kek.

Saya rujuk kaedah bakar di YT Che Nom



Daging Masak Black PepperBahan perapan500 +- daging10 ulas bawang putih1/2 biji bawang besar3 inci haliaSos tiramKicapSe...
29/06/2024

Daging Masak Black Pepper

Bahan perapan
500 +- daging
10 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
3 inci halia
Sos tiram
Kicap
Serbuk lada hitam
Sos lada hitam

Bahan lain
5 biji cili api, belah dua
1/2 biji capsicum- potong dadu
1/2 biji bawang besar potong bulat
Kicap
Sos tiram
Sos lada hitam
1 sudu besar tepung jagung dibancuh air

Cara2
Panaskan minyak,
Masukkan daging yg telah diperap.
Masak hingga air daging kering
Masukkan cili api, kicap, sos tiram, sos black pepper.
Masukkan air, reneh (dua tiga kali hingga daging empuk)
Masukkan tpg jagung, kacau rata.
Masukkan bawang dan capsicum.
Biar sedikit layu dan boleh tutup api.
Sedia dihidang!

Bahan sos/kicap agak2 je.

Resepi diolah dari resepi YT Che Nom.

Sambal Buah KuiniBahan2Lebihan sambal nasi ayam goreng kunyit Mat Rock1 biji buah kuini dicincang kasarGaul rata semua b...
20/06/2024

Sambal Buah Kuini

Bahan2
Lebihan sambal nasi ayam goreng kunyit Mat Rock
1 biji buah kuini dicincang kasar

Gaul rata semua bahan di atas dengan sedikit garam. Jika kuini agak masam, boleh tambah sedikit gula.



Nasi Goreng Sambal SardinBahan2Lebihan sambal sardin, hancur2kan ikan.Nasi putih sejuk digaul sedikit garam.Bawang besar...
01/05/2024

Nasi Goreng Sambal Sardin

Bahan2
Lebihan sambal sardin, hancur2kan ikan.
Nasi putih sejuk digaul sedikit garam.
Bawang besar 1/2 biji
Bawang putih 6 ulas
Minyak untuk menumis.

Sedap dimakan bersama hirisan timun!



Rendang Ayam SempoiBahan2 1 kilo ayam1 1/2 kotak kecil santan4 btg serai dititik2 helai daun kunyit dihiris nipis4 sudu ...
15/02/2024

Rendang Ayam Sempoi

Bahan2

1 kilo ayam
1 1/2 kotak kecil santan
4 btg serai dititik
2 helai daun kunyit dihiris nipis
4 sudu makan cili kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 helai daun limau purut
2 sudu makan kerisik
3 sudu makan kelapa parut ditumbuk halus
1 biji bawang besar dihiris nipis
2 sudu makan pes halia bawang putih
1/2 kpg asam keping
Garam gula sesedap rasa.
Air secukupnya

Masak semua bahan di dalam kuali sehingga rendang sedikit kering dan ayam masak.



Bubur Som SomBahan2A80gm tpg beras750ml santan cair (200ml santan kotak+550ml air)GaramDaun pandanB150gm gula kabung/gul...
25/01/2024

Bubur Som Som

Bahan2

A
80gm tpg beras
750ml santan cair (200ml santan kotak+550ml air)
Garam
Daun pandan

B
150gm gula kabung/gula melaka/nisan
2 sudu makan gula merah
150ml air
Daun pandan

Cara2
Gaul bahan A hingga sebati.
Masak atas api perlahan hingga adunan pekat likat.
Hendaklah sentiasa dikacau. Sejukkan di dalam bekas.

Masak semua bahan B hingga gula larut. Tapiskan.

Hidangkan bubur som som bersama air gula melaka.



KOBIS MASAK LEMAKBahan2 untuk rebus dulu.Kobis1/2 biji bawang besar dihiris nipis6 ulas bwg putih diketukSehelai daun ku...
04/01/2024

KOBIS MASAK LEMAK

Bahan2 untuk rebus dulu.
Kobis
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
6 ulas bwg putih diketuk
Sehelai daun kunyit
1 sudu makan ikan bilis
1 kiub ikan bilis
1 biji cili masak dihiris serong
5 biji cili api dibelah dua

Pucuk
Suhun
2 keping tauhu di potong 8
Garam
1 kotak santan 200ml

Rebus bahan2 rebus sampai kubis empuk.
Masukkan suhun dan pucuk. Kacau rata biar suhun dan pucuk masak.
Masukkan santan dan air kocakan santan.
Masukkan garam.
Masukkan tauhu.
Biar mendidih.

Sedia dihidang!



Sup Ayam Mamak versionBahan2 dan cara21/2 ekor ayamBahan kisar halus1 labu bawang besar yg besar5 biji cili api1 genggam...
25/11/2023

Sup Ayam Mamak version

Bahan2 dan cara2

1/2 ekor ayam

Bahan kisar halus
1 labu bawang besar yg besar
5 biji cili api
1 genggam daun ketumbar
1/2 sudu makan jintan putih

Bahan lain
6 biji bawang merah belah dua
1 sudu makan pes halia bawang putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
1/2 sudu teh garam masala
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Daun ketumbar
2 keping asam keping
Rempah 4 sekawan
3 sudu makan santan

Jika s**a
Kiub ayam
Gula
Garam

Renehkan semua bahan hingga ayam masak. Boleh letak bancuhan tepung jagung jika s**a pekat.


SAMBAL BACHANGBahan2Kisar kasar boleh tumbuk jika rajin5 bili lada merah10 biji cili api2 sudu makan ikan bilisDihiris k...
12/11/2023

SAMBAL BACHANG

Bahan2

Kisar kasar boleh tumbuk jika rajin
5 bili lada merah
10 biji cili api
2 sudu makan ikan bilis

Dihiris kasar
2 biji bachang yang tidak busuk.

Gula garam jika s**a

Gaul sebati bachang dan bahan bahan kisar. Perasakan dengan garam dan gula jika s**a.




Kari Udang, style Kerala katanya😉.Rasa ala2 mamakkk gitewwwBahan2 dan cara caranya:500gm +- udang (buang ekor kepala)1 s...
06/11/2023

Kari Udang, style Kerala katanya😉.
Rasa ala2 mamakkk gitewww

Bahan2 dan cara caranya:

500gm +- udang (buang ekor kepala)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk cili
Garam
Gaul sebati dan rehatkan sebentar.

1 biji bawang besar yg besar potong dadu
1 sudu makan pes halia bawang putih
2 biji tomato saiz kecil potong dadu
3 tangkai daun kari
1/2 sudu kecil garam masala
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk kari daging
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
3 biji cili api belah dua
Daun ketumbar
50-100ml santan
Minyak untuk menumis
Air
Garam

Panaskan minyak masak.
Tumis bawang besar hingga naik bau dan sedikit layu.
Masukkan daun kari. Masukkan pes bawang putih dan halia. Kacau rata.
Masukkan tomato dan cili api. Masak sehingga tomato layu dan hancur.
Masukkan sedikit air.
Masukkan serbuk kari, garam masala, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, kacau rata dan masak hingga pecah minyak. Boleh selang selikan dengan air.
Masukkan udang, kacau rata. Masukkan air dan juga santan.
Masukkan daun ketumbar. Masak hingga udang masak.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Done!





Gambar diambil selepas makan, sememehhh 😂😂😂

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masak masak by azirasicomel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Masak masak by azirasicomel:

Shortcuts

Share