Resepi Masakan Sedap & Lazat

Resepi Masakan Sedap & Lazat Perkongsian aneka resepi masakan yang sedap dan lazat untuk semua �

RESEPI KASWI PANDAN LEMAK MANIS⚘️Bahan-bahan:2 cawan tepung gandum1/2 cawan tepung ubi1 cawan santan pekat 1 cawan jus p...
19/02/2023

RESEPI KASWI PANDAN LEMAK MANIS⚘️

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan (6 - 7 helai daun pandan + 1 cawan air.. blender.. tapiskan)
2 3/4 cawan air
1 1/4 cawan gula - nak manis lagi boleh tambah
Sedikit air kapur makan
Sedikit pewarna hijau
1/2 biji kelapa putih gaul dgn sedikit garam

Cara-cara Membuatnya:

👉🏻Bancuh semua bahan atau blender halus.. tapiskan
👉🏻Loyang size 8.. sapu dgn sedikit minyak.. panaskan loyang dlm 2 minit
👉🏻Tuang adunan dlm loyang.. Kukus 30 minit
👉🏻Kalau ada wap air jatuh.. terus je lap/alas dgn tisu dapur di permukaan kuih bagi meresap air wap.. buat dgn perlahan2 agar tak merosakkan permukaan kuih
👉🏻Tunggu betul2 sejuk.. baru potong & gaul dgn kelapa
👉🏻Sedia dihidang 😊

Selamat mencuba⚘️

Kredit kepada pemilik resepi, moga dikurniakan pahala berpanjangan kerana berkongsi ilmu bermanfaat. Aamiin⚘️

Resepi Masakan Sedap & Lazat

RESEPI NASI MINYAK MUDAH⚘️3 pot beras Basmathi Moghul Faiza(Rendam dlm 15min - jangan kacau langsung yea nanti beras pat...
19/02/2023

RESEPI NASI MINYAK MUDAH⚘️

3 pot beras Basmathi Moghul Faiza
(Rendam dlm 15min - jangan kacau langsung yea nanti beras patah 😅)
2 labu Bawang Besar*
6 bj Bawang Kecil*
3 inchi Halia*
(*dihiris)

2 btg Kulit Kayu Manis}
3 Bunga Lawang }
6 Bunga cengkih } 4 sekawan
6 Buah Pelaga }

5 sudu Minyak Sapi
3/4 tin Susu Cair
3 cawan air
3/4 sudu Garam
2 btg serai (diketuk)
2 helai daun pandan
Sedikit perwarna kuning

Hiasan - Kismis, gajus, bwg Goreng dan daun ketumbar

Cara-Cara Memasak :

Dah panas Minyak Sapi, mskkan 4 sekawan, kacau sekejap baru Masak Bahan hirisan* dan serai..
garingkan sekejap baru masukkan susu cair, daun pandan, garam sedikit perwarna kuning..
kemudian masukkan Air 3 cawan ikot pot beras..
Akhir sekali tos beras terus Msk ke periuk Nasi ..

Sukatan Air mesti guna pot beras yg sama..
Nisbah 1 cawan beras : 1 cawan Bahan yg di Masak tadi..lastly tmbh 1/2 cawan extra..

Tips :
• Nisbah 3 cawan beras : 3 1/2 cawan Air
• Toskan beras dan pindahkan ke periuk Nasi
• Jangan kacau langsung masa tgh Masak..
• Tgu dh Masak baru Boleh kaup..masa ni lah beras akan cantik panjang, lembut dan tak patah..
• Boleh tambah air panas 1/2 cawan lagi klau nk bg nasi tu lembut lagi

Selamat Mencuba⚘️

Silakan share resepi ini⚘️

Resepi Masakan Sedap & Lazat

RESIPI SOTO⚘️Resipi Kuah Soto (resipi ni utk 2 liter air/ 6 org makan):•lengkuas 1 inci•halia 1 inci•bawang merah besar ...
19/02/2023

RESIPI SOTO⚘️

Resipi Kuah Soto (resipi ni utk 2 liter air/ 6 org makan):

•lengkuas 1 inci
•halia 1 inci
•bawang merah besar 4 biji (mmg Klau b*k lg sdp)
•bawang putih 1 ulas
•buah keras 1 biji
*blend semua bahan di atas
•Ayam potong besar sebab nak carik kan nnti
•serai 2 batang (ketuk)
•minyak utk menumis
•Serbuk sup adabi (kalau sepeket kecik tu guna separuh)
•Serbuk kurma adabi (guna separuh juga)
•kiub ayam 1
•akar daun sup (potong n cuci bersih)
•air 2 liter/ sejug
*atau kalau xnk guna serbuk sup/kurma guna saja rempah soto. Saya kdg guna rempah soto je boleh dpt kan jenama apa saja. Bahan lain jgn ubah ya. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jgn bergantung dgn rempah semata-mata.

Cara masak:

•tumis bahan blend, serai n akar daun sup sehingga naik bau/betul2 masak/sedikit garing. Supaya bawang smua tu x rasa mentah di kuah nnti. Bila masak elok kuah akn jd wangi.
•masukkan serbuk sup n kurma / rempah soto.
•masukkan ayam. Agak2 air ayam da hampir kering baru masukkan air.
•masukkan kiub ayam, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nnti)
•Siap!

Resipi Begedil Kentang:

•ubi kentang 5/6 biji buang kulit then potong kecil. Rebus.
•lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat2 kan then leperkan sedikit.
•Telur 1 biji
•lada sulah
•garam secukup rasa
*pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. godek laju supaya bila goreng nnti jadi mcm bersarang. *cara goreng begedil supaya x hancur, panaskan minyak agak2 tenggelam separuh begedil je. Jgn penuh k. Panas kan dgn api yg kecil sehingga betul2 panas. Celup begedil dalam bancuhan telur then goreng. Jangan rajin nak balik2kan selagi yg sebelah kena minyak tu x garing/kekuningan. Da garing bru balikkan ye. Klau balikkan awl2 mmg pecah ler.

Selamat mencuba⚘️

Silakan share resepi ini⚘️

Resepi Masakan Sedap & Lazat

RESEPI UDANG KHAMPED⚘️1kg udang (seeloknya udang besar @ udang galah) garam-kunyitkan dan goreng sekejap.Bahan blend hal...
19/02/2023

RESEPI UDANG KHAMPED⚘️

1kg udang (seeloknya udang besar @ udang galah) garam-kunyitkan dan goreng sekejap.

Bahan blend halus:
2 biji bwg besar
5 ulas bwg putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 btg serai potong halus
2 biji cili hidup (merah)
5 biji cili api (hijau)
————————————
2 sudu cili kisar
1 sudu pes tomyam
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu sos ikan
1 keping asam keping
Kacang panjang (optional)

Bahan perasa
Garam
Gula

Bahan hiasan
Daun limau purut

Cara2
Panaskan minyak bekas goreng udang, tumis bahan-bahan blend hingga naik bau, masukkan cili kisar masak smpai pecah minya, masuk sos tiram, asam keping, sos cili & sos ikan masak hingga mendidih.. Jika kering masukkan air.. Masuk udang, masuk kacang & daun limau purut.. Perasakan

Selamat mencuba⚘️

Silakan kongsi resepi ini⚘️

Resepi Masakan Sedap & Lazat

RESEPI SUP KAKI AYAM⚘️Bahan-bahan (untuk 3 orang):+ 300 g kaki ayam+ 1 liter air+ 2 biji kentang*potong 4+ 1 Pcs keping ...
19/02/2023

RESEPI SUP KAKI AYAM⚘️

Bahan-bahan (untuk 3 orang):

+ 300 g kaki ayam
+ 1 liter air
+ 2 biji kentang*potong 4
+ 1 Pcs keping Asam
+ 1 biji bawang kecil
+ Setengah inci halia
+ 1 ulas bawang putih
+ 1 sudu kecil garam
+ 1 sudu kecil serbuk perasa
+ 50 g daun sup

Cara Membuatnya:

1. Sediakan bahan, tumis kan bawang, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2. Masukkan 1 liter air, kemudian masukkan kaki ayam. Bila sudah mendidih
3. Masukkan kentang dan masukkan asam keping, garan dan serbuk perasa, masak hingga empuk, tutup api, masukkan daun sup dan bawang goreng utk hiasan
4. Siap.

Selamat mencuba⚘️

Silakan share resepi ini⚘️

Resepi Masakan Sedap & Lazat

RESEPI YEE MEE SIZZLING⚘️Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)3 gulung yee mee5 ulas bawang putih - dicincang halus1/2 inci ha...
19/02/2023

RESEPI YEE MEE SIZZLING⚘️

Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)

3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan sh*take kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air

Cara-caranya:

Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
Masukkan cendawan. Biarkan 2 - 3 minit.
Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee.

Selamat mencuba⚘️

Silakan share⚘️

Resepi Masakan Sedap & Lazat

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resepi Masakan Sedap & Lazat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category