Kepakaran kami adalah menyediakan masakan Kerang E-Jau yang telah terbukti lazat dan tidak didapati di mana2 tempat lain. Ianya sungguh sedap dan kami amat yakin hingga memberikan Money Back Guarantee pada Kerang E-Jau kami. Masakan Kerang E-Jau ini diadun dengan bahan2 segar dan terpilih dan dimasak dengan teliti untuk memastikan rasanya yang istimewa dan asli selain baik untuk kesihatan. Kerang E-Jau merupakan antara resipi kegemaran keluarga kami. Saudara mara dan rakan-rakan juga ramai menggemari masakan ini. Namun begitu, keistimewaan rasa Kerang E-Jau ini hanyalah dapat dinikmati oleh mereka yang terdekat sahaja. Sehinggalah selepas kami menghadiri Seminar Intensive Advance Marketing Power anjuran Richworks dan ditunjangi oleh tak lain tak bukan, Dr Azizan Osman. Selepas daripada itu, kami membuat keputusan untuk berkongsi kenikmatan rasa Kerang E-Jau yang sedap dan unik ini dengan semua orang dengan cara mengkomersilkan makanan hebat ini. Bermula pada 22 April 2012, produk Kerang E-Jau secara rasminya telah dilahirkan. Lokasi pertama jualannya adalah di Menara PGRM, Cheras, ketika menghadiri Reunion IMKK. Alhamdulillah, semua berpuas hati dan ini memberikan kami semangat untuk terus berusaha menjayakan perniagaan ini. Diharap anda semua turut sama berpuas hati dan gembira dengan Kerang E-Jau.