01/06/2020
Kami PENGGIAT Industri Perkahwinan di Malaysia amat amat terkesan dengan Wabak Covid19 yang melanda seluruh Dunia.
Secara jujur, perniagaan dan pendapatan kami terjejas teruk. Kami tidak dapat lagi beri manfaat pada masyarakat terutama pasangan dan keluarga yang ingin mengadakan atau meraikan Majlis Perkahwinan mereka.
Kami akur dengan perintah Kerajaan untuk patuh dengan Larangan yang dikeluarkan.
Akan tetapi, kami masih berharap ada 'Sinar' untuk kami, terutama penggiat penggiat Industri Perkahwinan sekurang kurangnya mendapat kelonggaran bersyarat seperti yang telah diberikan kepada Industri Industri yang lain.
Ada diantara kami yang sudah berkira kira untuk 'Gulung Tikar' atas beberapa faktor seperti, tiada Simpanan jangka panjang, tidak mampu menanggung kos gaji pekerja, tunggakan sewa kedai, bayaran utiliti, bayaran balik pinjaman (terutama atas belian stok perniagaan) dan banyak lagi.
Malah untuk bersikap adil, ada diantara kami terpaksa memulangkan semula bayaran pendahuluan (deposit) kepada pelanggan yang berhasrat membatalkan perkhidmatan yang telah ditempah sebelum PKP dilaksanakan atas sebab sebab tertentu.
Ya, kami sebagai Usahawan sentiasa berfikiran di 'luar kotak', apa sahaja yang mendatangkan 'RM' kami akan buat. Buat jer walaupun diluar bidang kami... KBKD!
-Penggubah Bunga jual Barangan Kek
-Mak Andam jual Serunding
-Si Pembuat Pelamin menjadi Tukang Hantar Makanan (Runner)
-Abang Khemah jual Ikan Segar
-Fotografer jual Nasi Ayam
-Perunding Perkahwinan jual Kurma
-DJ buat Coaching n Sharing Online
macam macam lagi... tapi ini semua untuk kelangsungan hidup kami, hanya untuk menampung keperluan kami dirumah.
Mohon pihak berwajib terutama KKM dan MKN, beri ruang dan beri kelonggaran 'bersyarat' mengikut terma dan SOP yang ditetapkan kepada kami Si Penggiat Industri Perkahwinan di Malaysia untuk terus bergerak dalam menjana pendapatan sekaligus membantu Masyarakat terutama memberi peluang pekerjaan, membantu pembuat, pengilang, pengusaha dan pengedar keperluan dan barangan Perkahwinan dari sekecil kecil 'Bunga Telur' sehingga sebesar besar 'Marquee Tent'. Jaringan dan Rangkaian kami Si Penggiat Industri Perkahwinan sangat sangat Luas dan sangat berkait rapat.
Kami boleh dikatakan berada dalam semua kategori Micro, PKS dll... 38.3% (GDP 2018 under SME's)
Kami juga 'Rindu' untuk menjadi penyumbang KDNK dalam menjana pendapatan buat Negara Malaysia Tercinta!
***
melalui IWTA, Mohon Kawan Kawan yang terlibat dalam INDUSTRI PERKAHWINAN DI MALAYSIA sama sama beri Sokongan untuk kami kumpulkan Petisyen agar dapat diserahkan kepada pihak berwajib terutamanya KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA untuk beri ruang dan peluang berbincang dan bermuzakarah dalam membantu Penggiat Industri Perkahwinan di Malaysia ๐ฒ๐พ... InsyaAllah Aamiin ๐คฒ
klik Link dibawah
๐๐๐
https://bit.ly/IWTA2KKM
Apa itu IWTA (Intensive Wedding Thoughts & Actions)
๐https://www.facebook.com/iwta.ngi
๐http://bit.ly/NakSuccessWeddings
p/s Kawan kawan boleh jugak bagi suggestions yang membina kat ruangan komen kalau ada. SOP, Mekanisme, Panduan, Do's & Dont's ๐.. InsyaAllah kami akan Update & Share points dan highlights Agenda Utama 'IWTA 2 KKM'
Perlukan 4000 petisyen untuk di bawa ke Kementerian untuk Bantu Industry Wedding dengan bantuan IWTA (Intensive Wedding Thought Action) Sifu Nas