16/08/2026
Majlis Perasmian National Mosque Open Day 2026 (NOMD 2026) telah berlngsung pada sebelah petang 15 Ogos 2026 bertempat di Bagan Datuk, Perak oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beserta barisan jemputan VIP.
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Mohd Zolkafly Harun telah membacakan teks perasmian.
Majlis turut memberi pengiktirafan kepada dua pempengaruh yang menghasilkan kandungan tentang masjid yang tular, Saudara Azrie Idzmeer dan Aiman Ariffin .
Turut serta dalam majlis berkenaan ialah Ketua Pengarah Pusat Pelancongan Islam (ITC), Mohammad Faisal Abu Suaib Khan; Ahli Lembaga Pemegang Amanah ITC, Datuk Muzammil Mohamad selaku Pengurus Wilayah ASEAN, Qatar Airways; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Mohd Faizal Md Kasim serta Pegawai Daerah Bagan Datuk.