ResEpi sI bUjaNg

Directions

ResEpi sI bUjaNg Resepi ringkas, mudah, dan sedap —perkongsian video masakan orang ramai.‼️

Terbuka kepada orang bujang,dah berkahwin atau yang telah berpisah berkongsi resepi ciptaanya sendiri semasa dia bujang atau resepi yang pernah ada tetapi telah ditokok tambah..... :))

24/09/2026

LIPAS DITEMUI DALAM LAUK NASI KANDAq, NETIZEN PERSOAL KEBERSIHAN

Satu perkongsian di Threads mencetuskan perhatian selepas seorang pengguna mendakwa menemui seekor lipas dalam lauk nasi kandar yang dibelinya.

Menerusi perkongsian tersebut, gambar lauk bersama lipas yang kelihatan di dalam bekas makanan turut dimuat naik.

Posting berkenaan dipercayai melibatkan Nasi Kandar As-Shiffa di kawasan Taman Nilam, Sungai Petani, Kedah, berdasarkan komen pengguna dan pengesahan pemilik posting dalam ruangan komen. Rekod perniagaan dalam talian turut menyenaraikan Nasi Kandar Al-Shiffa di kawasan Taman Nilam Sari, Sungai Petani.

Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mempersoalkan aspek kebersihan makanan, manakala sebahagian lain berkongsi pengalaman mereka sendiri ketika menikmati makanan di luar.

Kredit: Threads
Lokasi: Taman Nilam, Sungai Petani, Kedah

19/09/2026

Sedap senang dan anti gagal..

Kredit: Khairul Aming

18/09/2026

SARAPAN 3 BAHAN, BAJET CIPUT TAPI NAMPAK MAHAL

Tak perlu banyak bahan untuk sarapan. Roti, susu dan pisang pun dah cukup untuk menghasilkan hidangan yang ringkas dan menyelerakan.

Kredit: toktipu.o

AYAM GEPUK, TAPI NASI ADA DARAH?!Seorang pengguna media sosial berkongsi pengalaman selepas menerima pesanan ayam gepuk ...
18/09/2026

AYAM GEPUK, TAPI NASI ADA DARAH?!

Seorang pengguna media sosial berkongsi pengalaman selepas menerima pesanan ayam gepuk melalui Foodpanda.

Menurut perkongsian tersebut, dia mendakwa mendapati terdapat kesan berwarna merah seperti darah pada nasi yang diterimanya bersama hidangan ayam.

Dia turut mempersoalkan keadaan nasi yang dikatakan keras dan sejuk.

Kredit: Threads

HARGA RM10, TAPI PEMBELI DAKWA KENA ANIAYA?Seorang pengguna Threads meluahkan rasa kecewa selepas membeli makanan di seb...
18/09/2026

HARGA RM10, TAPI PEMBELI DAKWA KENA ANIAYA?

Seorang pengguna Threads meluahkan rasa kecewa selepas membeli makanan di sebuah kedai sarapan pagi di kawasan Sungai Ara, Bayan Lepas.

Menurut perkongsian tersebut, dia mendakwa makanan yang dibeli pada harga RM10 tidak seperti yang diharapkan dan meminta peniaga supaya berlaku jujur serta tidak menganiaya pembeli.

Perkongsian itu turut disertakan gambar makanan yang dibeli dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Kredit: Threads —

16/09/2026

Siakap goreng ala thai!

Kredit: Khairul Aming

16/09/2026

Bila suruh member baiki pressure cooker rosak, sekali masalah lain p**a yang muncul. 😂

Member: “Bagi aku settle.”

Pressure cooker: “Kau yakin?” 😂

Siapa pernah kena situasi macam ni?

Sumber: Social media

15/09/2026

Ayam Tiram Thai

Kredit: Khairul Aming

15/09/2026

Beli burger ayam, tapi bila dibuka… jadi persoalan p**a.

Seorang pengguna mendakwa burger ayam yang dibelinya di Damansara Damai mempunyai keadaan isi yang dikatakan berlendir, berkulat dan bertali seperti yang dilihat dalam video.

Menurut pemilik posting, dia sudah lama teringin nak makan burger tersebut, tetapi kecewa selepas melihat keadaan makanan itu.

Kredit: .lilac.sky / Threads

12/09/2026

Gulai Ikan Kelantan

Kredit: Khairul Aming

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ResEpi sI bUjaNg posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share