Felda Plantation Management Sdn. Bhd.

Felda Plantation Management Sdn. Bhd. Estate Management Agent for FELDA

๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€, ๐…๐๐Œ๐’๐ ๐๐€๐’๐“๐ˆ๐Š๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐Œ ๐’๐„๐Œ๐”๐‹๐€ ๐‰๐„๐๐†๐Š๐€ ๐Ÿ‘ ๐‚๐€๐๐€๐ˆ ๐‡๐€๐’๐ˆ๐‹ ๐Ž๐๐“๐ˆ๐Œ๐”๐ŒApabila proses penanaman semula sawit kali kedu...
01/08/2026

๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€, ๐…๐๐Œ๐’๐ ๐๐€๐’๐“๐ˆ๐Š๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐Œ ๐’๐„๐Œ๐”๐‹๐€ ๐‰๐„๐๐†๐Š๐€ ๐Ÿ‘ ๐‚๐€๐๐€๐ˆ ๐‡๐€๐’๐ˆ๐‹ ๐Ž๐๐“๐ˆ๐Œ๐”๐Œ

Apabila proses penanaman semula sawit kali kedua dilaksanakan pada 2024 di FELDA Jengka 3, seramai 48 peneroka terlibat ibarat menyerahkan seluruh jiwa dan raga mereka kepada FELDA dan FPMSB.

Namun, keputusan yang dibuat itu tidak sia-sia. Melihat hasil buah sawit yang semakin meranum, ia seolah-olah membuka satu lembaran baharu yang lebih bermakna.

Melibatkan kawasan ladang seluas 201.16 hektar, penanaman semula kali ini menggunakan varieti sawit Yangambi ML161 dengan kepadatan tanaman sebanyak 144 pokok sehektar.

Memetik ucapan Pengerusi FPMSB, Tuan Haji Abd. Halim Abd. Majid ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Scout Harvesting FEDLA Jengka 3, beliau menegaskan proses penanaman semula merupakan fasa paling kritikal yang menjadi penentu kepada produktiviti dan hasil sawit pada masa hadapan.

Menurut beliau, prinsip 'Do it right the first time' perlu dijadikan pegangan dalam setiap pelaksanaan kerja di lapangan terutama melibatkan aspek penanaman semula bermula daripada penyediaan kawasan, amalan agronomi, pembajaan, kawalan perosak dan penyakit hinggalah kepada pemantauan pertumbuhan pokok.

Dalam erti kata lain, apa yang dicapai di FELDA Jengka 3 membuktikan komitmen bersepadu warga peneroka, FELDA dan FPMSB dalam usaha untuk mencapai hasil optimum.

๐—”๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ถ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ (๐—š๐—”๐—ฃ) ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป
โ€ขPenggunaan sungkupan plastik dan tandan kosong kelapa sawit (EFB) bagi membantu mengekalkan kelembapan tanah serta mengurangkan pertumbuhan rumpai
โ€ขMerekodkan liputan tanaman penutup bumi kekacang sebanyak 100% dengan kehadiran anak kayu yang hampir sifar, hasil daripada kawalan yang konsisten dan berterusan
โ€ขProgram pembajaan dilaksanakan secara tepat mengikut keperluan tanaman bagi memastikan pertumbuhan pokok yang sihat
โ€ขDari aspek pengurusan data, ia merekodkan jumlah pokok per hektar (SPH) direkodkan sebanyak 144 pokok dan telah didigitalkan bagi memudahkan pemantauan serta analisis prestasi ladang
โ€ขPemantauan kawalan perosak dan penyakit dilaksanakan secara berterusan sejak peringkat awal bagi memastikan pertumbuhan pokok tidak terjejas
โ€ขAmalan ablation dilaksanakan lebih awal berbanding tempoh biasa dengan lima pusingan lengkap bagi mengoptimumkan pertumbuhan vegetatif dan perkembangan pokok.

๐—œ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ต๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—น
โ€ขPenanaman sawit di FELDA Jengka 3 memperlihatkan pertumbuhan pokok yang lebih seragam dan subur
โ€ขAktiviti scout harvesting berjaya dilaksanakan awal dengan purata berat tandan yang memberansangkan.

Selaras dengan sasaran ditetapkan, kawasan ini dijangka mampu mencapai pengeluaran standing dengan trend industri bagi tahun pertama penuaian.

Pada majlis perasmian itu, hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah FPMSB, Dato' Safariah Awang Ngah dan Tuan Ahmad Faizal Sulaiman.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif FPMSB, Encik Saifullah Mat Nor dan Ketua Pegawai Operasi FPMSB, Encik Mohd. Sahir Yaacub; Pengawal Perladangan FPMSB Zon Timur, Encik Nazhar Hassan; Ketua Peneroka FELDA Wilayah Jengka, Arifin Abdul Wahab serta pengurusan FPMSB Wilayah Jengka dan Kuantan.

Pengurusan FELDA dan FPMSB juga tidak ketinggalan meninjau tapak tanam semula FELDA Ulu Jempol dengan menyempurnakan gimik penanaman anak pokok sawit sebagai simbolik bermulanya fasa penanaman semula di projek berkenaan.

VENDOR CONNECT 2026 I ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—”๐—กSetiap detik yang dirakam menjadi saksi kepada komitmen, kerjasama dan semanga...
31/07/2026

VENDOR CONNECT 2026 I ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—”๐—ก

Setiap detik yang dirakam menjadi saksi kepada komitmen, kerjasama dan semangat luar biasa yang telah dicurahkan sepanjang berlangsungnya program Vendor Connect 2026 pada 29 hingga 30 Julai di AC Hotel by Marriot, Kuantan.

Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatankuasa termasuk pengurusan Wilayah terlibat, barisan penceramah, rakan strategik, kontraktor dan vendor atas dedikasi dalam menjayakan program ini.

Semoga jalinan kerjasama ini memperkukuh langkah kita ke arah masa depan yang lebih mampan - Towards Sustainability!

VENDOR CONNECT 2026 I ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—จ๐—  ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—กAlhamdulillah, program Vendor Connect 2026: Towards Sustainab...
31/07/2026

VENDOR CONNECT 2026 I ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—จ๐—  ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐——๐—” ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก

Alhamdulillah, program Vendor Connect 2026: Towards Sustainability melabuhkan tirainya semalam setelah dua hari dipenuhi dengan perkongsian ilmu, perbincangan serta jaringan strategik yang memberi nilai tambah kepada seluruh vendor dan kontraktor yang berdaftar di bawah FPMSB.

Bagi hari kedua ini, pengisian program tertumpu kepada aspek pematuhan, tadbir urus, pendigitalan, keselamatan sosial dan amalan terbaik dalam pengurusan perniagaan.

Pembentangan yang berlangsung :

๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐Ÿฐ : ๐—ฆ๐—ถ๐—ท๐—ถ๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—–๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ถ (๐—Ÿ๐—–๐—–) ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—˜ ๐—œ๐—ป๐˜ƒ๐—ผ๐—ถ๐˜€ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—–๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—Ÿ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—น ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ (๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป), ๐—˜๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐—ธ ๐— ๐˜‚๐˜€๐—น๐—ถ๐—ต ๐—”๐—น๐—ถ๐—ป๐—ด
Memberi pemahaman kepada para peserta mengenai kepentingan LCC sebagai dokumen prasyarat bagi tujuan perolehan kerajaan dan keperluan pelaksanaan e-Invois dalam memastikan pematuhan cukai yang tepat dan telus dalam kalangan vendor.

๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐Ÿฑ : ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—•๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ž๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฉ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ผ๐—ฟ ๐—™๐—ฃ๐—  ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐˜€๐˜†๐—ฒ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป & ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ณ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป, ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป (๐——๐—ข๐—ฆ๐—›), ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ. ๐—ž๐—ต๐—ฎ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—ผ๐—ธ๐—ต๐˜๐—ฎ๐—ฟ
Memberi pendedahan berkaitan pematuhan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berdasarkan keperluan DOSH serta menyuntik kesedaran mengenai tanggungjawab majikan dan pekerja serta pengurusan risiko bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat.

๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐Ÿฒ : ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฏ, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐—ป: ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—ป๐—ณ๐—ฎ๐—ฎ๐˜ ๐—–๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ช๐—ฆ๐—ฃ ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป, ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐˜€๐˜†๐—ฒ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป & ๐—ž๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜, ๐—ž๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ช๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ (๐—ž๐—ช๐—ฆ๐—ฃ) ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป, ๐—ฃ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ช๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฟ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐— ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ณ
Membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan majikan, khususnya kontraktor dan vendor, mengenai kepentingan pematuhan caruman KWSP sebagai jaminan perlindungan simpanan,. Ia juga memastikan pekerja menikmati pelbagai faedah dan manfaat yang disediakan kepada pencarum. Pematuhan ini bukan sahaja memenuhi tanggungjawab undang-undang, malah memastikan setiap pekerja memahami serta memperoleh hak dan perlindungan sewajarnya.

๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐Ÿณ : ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฏ ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป & ๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—บ -๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น (๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—ข) ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—–๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—จ๐—ฝ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น (๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—ข) ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด, ๐—˜๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐—ธ ๐—”๐—ฏ๐˜‚ ๐—ค๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ถ๐—บ ๐—”๐—น๐—ถ
Memberi penekanan mengenai tanggungjawab majikan terhadap caruman PERKESO dan skim perlindungan sosial pekerja. Kesedaran ini amat penting bagi memastikan kebajikan dan perlindungan pekerja sentiasa dilindungi dan terjamin.

Program ini kemudiannya diakhiri dengan ucapan penutup yang disampaikan Ketua Pegawai Operasi FPMSB, Encik Mohd. Sahir Yaacub.

Hadir sama, Pengawal Perladangan FPMSB Zon Pantai Timur, Encik Nazhar Hasan bersama Pengawal FPMSB Wilayah Kuantan, Encik Mohd. Adnan Bachok; Pengawal FPMSB Terengganu, Encik Abdul Halim Mohamad Hadzri; Pengawal FPMSB Wilayah Jengka, Encik Mohd. Nahar Rahmatullah dan Pengawal FPMSB Wilayah Mempaga, Encik Mohd. Zainuddin Baweh.

Semoga semoga segala ilmu, panduan dan pengalaman yang dikongsikan sepanjang Vendor Connect 2026 menjadi pemangkin kepada pembentukan ekosistem vendor yang lebih profesional, berintegriti, berdaya saing dan mampan.

Bersama membina rangkaian vendor yang lebih profesional, berintegriti dan lestari demi memacu kecemerlangan industri perladangan.

Vendor Connect 2026 Edisi Timur signing off!

VENDOR CONNECT 2026 I ๐—ฃ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—™๐—ข๐—ฅ๐—  ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—ž๐—”๐—ก ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  ๐—ฉ๐—˜๐—ก๐——๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฆ๐—”๐—œ๐—ก๐—šHari pertama Vendor Connect 2026 membuka tirai...
29/07/2026

VENDOR CONNECT 2026 I ๐—ฃ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—™๐—ข๐—ฅ๐—  ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—ž๐—”๐—ก ๐—˜๐—ž๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  ๐—ฉ๐—˜๐—ก๐——๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ฆ๐—”๐—œ๐—ก๐—š

Hari pertama Vendor Connect 2026 membuka tirai dengan penuh bermakna yang menghimpunkan 300 vendor dan kontraktor sebagai rakan strategik dalam menyokong kecemerlangan operasi FPMSB.

Selari dengan tema 'Towards Sustainability', program ini yang julung kali dianjurkan FPM Academy of Management & Excellence (FAME) menerusi FPMSB memberi penekanan kepada aspek tadbir urus, pematuhan serta kelestarian sebagai elemen penting dalam memastikan vendor terus berdaya saing dan relevan dalam landskap industri yang semakin dinamik.

Pembentangan yang berlangsung :

๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐—บ๐˜‚๐—บ ๐—ฉ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ผ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—ฃ๐— ๐—ฆ๐—•, ๐—˜๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐—ธ ๐—”๐—ต๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—ญ๐—ฎ๐—ถ๐—ฑ ๐—ญ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ
Memberi penerangan mengenai hala tuju pengurusan perolehan syarikat, tatacara serta keperluan pematuhan yang perlu dipenuhi oleh setiap vendor dan keperluan Sistem Perolehan FPMSB (Procura) kepada semua vendor dan rakan strategik yang berdaftar dengan syarikat.

๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐Ÿญ: ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต ๐—”๐—ธ๐˜๐—ฎ ๐—–๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿด ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—บ, ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—–๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ถ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ, ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—บ ๐——๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด, ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฑ. ๐—ก๐—ฎ๐˜‡๐—บ๐—ถ๐—น ๐— ๐—ฑ ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ฟ
Memberi pendedahan kepada vendor mengenai tanggungjawab pematuhan cukai perkhidmatan serta kepentingan mengurus urusan percukaian dengan lebih sistematik dan berintegriti.

๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐Ÿฎ : ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฆ๐—ฃ๐—ข : ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฉ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ผ๐—ฟ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ถ๐—ท๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ถ ๐—ง๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—น, ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฏ๐—น๐—ฒ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—บ ๐—ข๐—ถ๐—น (๐— ๐—ฆ๐—ฃ๐—ข), ๐—˜๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐—ธ ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜€ ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต
Memberi penekanan bahawa setiap vendor memainkan peranan penting dalam menyokong pensijilan MSPO melalui amalan kerja yang mematuhi prinsip kelestarian, sekali gus memperkukuh kredibiliti industri sawit negara.

๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐Ÿฏ : ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ž๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฉ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ผ๐—ฟ ๐—™๐—ฃ๐— ๐—ฆ๐—• : ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฏ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ด๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ, ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ด๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด, ๐—˜๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐—ธ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ. ๐—ฅ๐—ผ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐˜† ๐— ๐—ฑ. ๐— ๐˜‚๐˜€๐—น๐—ถ๐—บ
Memberi penekanan kepada tanggungjawab majikan dalam mematuhi perundangan pekerjaan serta amalan pengurusan tenaga kerja yang lebih sistematik, selamat dan beretika.

Secara keseluruhan, pengisian hari pertama Vendor Connect 2026 membuktikan komitmen FPMSB dalam membangunkan ekosistem vendor yang lebih profesional, cekap dan berdaya saing.

Majlis perasmian Vendor Connect 2026 disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah FPMSB merangkap Biro Ladang JKPP, Tuan Haji Abd. Hadi Mohamad.

Turut mengiringi, Ketua Pegawai Eksekutif FPMSB, Encik Saifullah Mat Nor; Pengarah FELDA Wilayah Kuantan, Tuan Haji Dr Mohd. Syaiful Hassan; Ketua Pegawai Operasi FPMSB, Encik Mohd. Sahir Yaacub dan Ketua Kluster Khidmat FPMSB, Tuan Haji Nizamruddin Manaf.

28/07/2026

VENDOR CONNECT 2026 I Jangan lupa temujanji kita esok di Kuantan. Jumpa di sana esok!

27/07/2026

VENDOR CONNECT 2026 I Adakah anda semua sudah bersedia? Lagi DUA hari sahaja lagi!

26/07/2026

VENDOR CONNECT 2026 I Kepada semua yang sudah mendaftar, jumpa di Kuantan nanti lagi TIGA hari!

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐€๐Œ๐‚๐Ž ๐ƒ๐€๐ ๐Ž๐Œ๐˜๐€ ๐Š๐„ ๐’๐„๐‘๐“๐ˆ๐๐† ๐‡๐ˆ๐‹๐ˆ๐‘ ๐Ÿ”/๐Ÿ•FPMSB Wilayah Raja Alias berbesar hati menerima kunjungan kerja daripada...
24/07/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐€๐Œ๐‚๐Ž ๐ƒ๐€๐ ๐Ž๐Œ๐˜๐€ ๐Š๐„ ๐’๐„๐‘๐“๐ˆ๐๐† ๐‡๐ˆ๐‹๐ˆ๐‘ ๐Ÿ”/๐Ÿ•

FPMSB Wilayah Raja Alias berbesar hati menerima kunjungan kerja daripada wakil AMCO dan OMYA ke FELDA Serting Hilir 6/7 pada 24 Julai 2026.

Kedatangan delegasi ini disambut mesra Pengawal Operasi Bahagian FPMSB Wilayah Raja Alias , Encik Mohd. Shahreen Ezhan Roslie dan pengurusan Kompleks Serting Hilir.

Wakil AMCO dan OMYA p**a diketuai Pengarah Jualan Pertanian, Asia Pasifik, Jamie Rickard; Naib Presiden Pengkomersialan dan Perkhidmatan Teknikal, Switzerland, Marcus Fuest; Pengurus Jualan Pertanian, Malaysia, Farouk Roslan dan Pengurus Jualan Pertanian, Australia, Nicholas Bond.

Lawatan tersebut memberi fokus kepada perkongsian pengalaman, pengetahuan dan amalan terbaik berkaitan operasi penaburan baja meliputi kaedah kerja, penggunaan peralatan dan rantaian bekalan dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan operasi di lapangan.

Semoga pertemuan itu menjadi platform strategik dalam memperkukuh kerjasama antara FPMSB dan rakan industri melalui perkongsian kepakaran, teknologi serta inovasi terkini ke arah meningkatkan produktiviti, kecekapan operasi dan kelestarian industri perladangan sawit pada masa depan.

๐…๐๐Œ๐’๐ ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐„๐Š๐’๐๐Ž ๐“๐€๐๐ˆ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”FPMSB tidak ketinggalan memeriahkan Ekspo Tani Kelantan 2026 yang diadakan selam...
24/07/2026

๐…๐๐Œ๐’๐ ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐„๐Š๐’๐๐Ž ๐“๐€๐๐ˆ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

FPMSB tidak ketinggalan memeriahkan Ekspo Tani Kelantan 2026 yang diadakan selama empat hari bermula 22 hingga 25 Julai di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Acara itu yang bertemakan 'Bertani Satu Ibadah - Transformasi Tani, Perkasa Hasil Berkualiti' menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta, jualan usahawan dan aktiviti menarik untuk para pengunjung.

Sepanjang penganjuran ekspo ini, FPMSB menyediakan aktiviti menarik di ruang pamerannya, termasuklah promosi jualan produk, kuiz interaktif dan jualan anak pokok sawit.

Inisiatif ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali FPMSB dengan lebih dekat lagi, sebagai salah satu entiti di bawah Kump**an FELDA.

Perhatian kepada semua vendor dan kontraktor berdaftar FPMSB!Jangan lepaskan peluang sertai Vendor Connect 2026 : Toward...
23/07/2026

Perhatian kepada semua vendor dan kontraktor berdaftar FPMSB!

Jangan lepaskan peluang sertai Vendor Connect 2026 : Towards Sustainability yang akan berlangsung pada 29 hingga 30 Julai 2026.

Program selama 2 hari ini membawakan pelbagai sesi perkongsian bermanfaat daripada barisan penceramah berpengalaman yang akan mengupas isu, trend dan amalan terbaik ke arah mencapai kelestarian dalam industri.

Jom rebut peluang ini dan daftar sebelum terlambat!

Address

TINGKAT 28, MENARA FELDA, PLATINUM PARK, NO 11, PERSIARAN KLCC
Kuala Lumpur
50088

Opening Hours

Monday 08:15 - 17:15
Tuesday 08:15 - 17:15
Wednesday 08:15 - 17:15
Thursday 08:15 - 17:15
Friday 08:00 - 12:30
14:45 - 17:15

Telephone

+60321912800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felda Plantation Management Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Felda Plantation Management Sdn. Bhd.:

Shortcuts

Share