Kepakaran syarikat kami ialah dalam penyediaan NASI Lemak Himalaya yang sangat-sangat berkhasiat, tidak akan menyebabkan KADAR KOLESTROL meningkat, tidak rasa MENGANTUK setelah dimakan, tidak mual, mempunyai lebih 84 Zat keperluan badan dan lain-lain. Selain itu nasi Lemak himalaya juga dimasak dan dikukus sehingga gebu nasinya dan sedap di kunyah bersama sambal yang sangat ghairah dinikmati. Nasi
lemak ini kami pasarkan bukan saja kepada pengidap sakit jantung dan darah tinggi sahaja dalam lingkungan umur 18 tahun dah ke atas, malah kepada sesiapa saja yang ingin menikmati nasi lemak yang lazat disamping menjalani cara hidup yang sihat. Kebanyakkan masyarat masa kini tidak sedar yang mereka sedang membunuh diri mereka, menempah cara mudah untuk menjadi lumpuh pada bila-bila masa sahaja. Maka dengan kepakaran yang kami ada serta berlatar belakangkan pelajaran dalam bidang perubatan serta minat mendalam terhadap kesihatan jantung, kami telah menukar resepi makanan tradisi utama Malaysia dan juga Singapura yang akan menyebabkan pesakit jantung mampu menikmati hidangan nasi lemak setiap hari. Pengasah resepi ini iaitu Rashid Ghazali dan juga pengarah pemasaran di dalam 'Rich Health Company' ialah graduan di dalam bidang perubatan. Beliau juga amat perihatin mengenai gaya pemakanan masakan rakyat Malaysia yang amat membimbangkan. Minat dari kecil beliau dalam mengambil tahu berkenaan penyakit-penyakit terutamanya jantung, telah menyebabkan beliau mencipta satu misi iaitu menjadikan nasi lemak sebagai makanan yang berkhasiat dan mampu di makan oleh pengidap sakit jantung disamping memartabatkan kepercayaan makanan tradisi kita agar tidak diharamkan permakanannya. Rich Health Company juga dijayakan oleh Ayez Shaukat Fonseka, iaitu rakan kongsi yang telah menamatkan pengajian di IPT tempatan dalam bidang perubatan. Selain itu beliau juga turut diiktiraf dan mempunyai sijil dari ACE sebagai jurulatih kesihatan bertauliah dan berkemahiran tinggi dalam bidang pemasaran. Beliau juga banyak menulis mengenai kesihatan dan pemasaran samaada di Malaysia ataupun di peringkat antarabangsa, dan merupakan pengarang kepada e-book kesihatan terkenal iaitu "Anjakan Metabolisma". Ayez bertangggungjawab dalam pemasaran NASI LEMAK HIMALAYA juga sebagai penasihat kesihatan yang memastikan NASI LEMAK HIMALAYA yang disediakan adalah sihat dan sesuai bagi semua. Selain itu Rich Health Company juga turut dibantu oleh Tanfiedia yang memegang tangungjawab dalam bahagian production. Beliau yang menamatkan pelajaran dalam bidang perubatan juga amat teliti dengan hasil yang di keluarkan agar product utama kami NASI LEMAK HIMALAYA sentiasa dalam keadaan yang terbaik dari segi kebersihan, ketahanan, kesihatan dan kelazatan yang dijamin 100% penuh dengan nikmat berkhasiat. Untuk pengetahuan umum, Jabatan Kesihatan malaysia telah mencadangkan supaya individu yang sihat hanya boleh mengambil hanya 2 hidangan nasi lemak sahaja dalam masa seminggu. Malah ada juga sekolah-sekolah yang hanya membenarkan 1 hidangan sahaja untuk dinikmati seminggu. Bagaimana p**a dengan pengidap sakit jantung? bolehkah mereka menikmatinya? Jadi, janganlah anda cuba membunuh diri anda dengan cara yang hampir sama DAHSYAT dengan merokok akibat kemudaratannya.. product kami juga TANPA BAHAN PENGAWET DAN PASTINYA HALAL.. :)