PaHabaq Kitchen

PaHabaq Kitchen its all about "Makan".

12/09/2024

Secara rasminya Pahabaq Kitchen menutup operasi sepenuhnya di Medan Selera DBKL Bandar Sri Permaisuri. Terima Kasih semua.

MACAM2 PEEL PEMBURU LAKSA KAMI. Bagi peminat laksa Utara Laksa kami adalah pilihan terbaik kerana kelainan kami bawakan ...
10/09/2024

MACAM2 PEEL PEMBURU LAKSA KAMI.

Bagi peminat laksa Utara Laksa kami adalah pilihan terbaik kerana kelainan kami bawakan iaitu adanya sambal kelapa. Dan untuk versi special ada sambal sotong atau sambal udang.

Dan lebih ekstrim pelanggan minta custom pelbagai cara. Ada yangahu telur 5 biji 10.biji dan macam2 lagi. Yang penting semua licinπŸ˜€πŸ˜ƒπŸ˜

NASI ITIK ROASTED JUST RM10.00Mana korang nak jumpa dah Nasi Itik Panggang harga begini. Hanya RM10 sahaja, harga sebelu...
10/09/2024

NASI ITIK ROASTED JUST RM10.00

Mana korang nak jumpa dah Nasi Itik Panggang harga begini. Hanya RM10 sahaja, harga sebelum kami menutup perniagaan.

Kelainan kami adalah Nasi Itik Kami tidak menggunakan kicap atau Tauchu. Kami beri anda 3 sos istimewa kami iaitu Chili Oil Dried Shrimp Sauce, Hoisinplum Sauce dan Green Sauce. Inilah kelainan kami selain itik diperap semalaman dengan rempah khas chinese style.

Jaminan kami, Nasi Itik Kami lain dari yang lain.

NASI AYAM 100% ROASTED HANYA RM6.00Harga kasih sayang sebelum kami menutup perniagaan.  Hanya RM6.00 satu set nasi ayam ...
10/09/2024

NASI AYAM 100% ROASTED HANYA RM6.00
Harga kasih sayang sebelum kami menutup perniagaan. Hanya RM6.00 satu set nasi ayam yang dihidang bersama 3 sos istimewa kami. Sos hitam, sos merah dan sos hijau.

KENAPA PAHABAQ MAHU DITUTUP?Terima kasih kepada semua yang asyik bertanya kenapa kami mahu menutup operasi di Medan Sele...
09/09/2024

KENAPA PAHABAQ MAHU DITUTUP?

Terima kasih kepada semua yang asyik bertanya kenapa kami mahu menutup operasi di Medan Selera.DBKL Bandar Sri Permaisuri walhal ramai mula akui makanan kami kena dengan selera ramai.

Rata2 pelanggan yang pernah datang akui kualiti dan citarasa menu kami memang berada di tahap terbaik. Untuk rekod hingga hari ini kami tidak terima satu pun komplain negatif dan review kami semuanya 5 star. Pendek kata makanan kami on par dalam kualiti hidangan terbaik. Jika makan makanan berkuah, biasanya kering kuah dihirup. Itulah standard makanan kami. Malah makanan kami tiada persaingan dengam orang lain..

Yang menjadi masalah kami adalah kerugian akibat masalah parking yang sangat teruk dan menjejaskan jumlah jualan. Kami kedai baru sudah tentu pelanggan juga baru. Jualan kami gagal cover overhead harian kerana ketiadaan atau kekurangan pelanggan datang.

Bagi kedai lain sedia ada mereka sudah ada pelanggan setia dan tetap yang seteruk atau sesusah mana parking pun mereka tahu bagaimana mahu parking kenderaan mereka kerana mereka sudah terbiasa. Bagi pelanggan kami yang baru pertama kali hadir, 2 kali pusingan tiada parking dan tidak tahu boleh double park akan terus keluar.

Ini beza kami dengan kedai lain. Lagi lama kami bertahan kami akan dilanda kerugian yang lebih besar. Kami juga hairan kerana sediakan makanan sedap dan rare pun pelanggan tidak ramai. Sampai kami buntu mencari penyebab. Tiada angle lagi yang kami nampak mampu selamatkan keadaan selain berpindah.

Jika terus menunggu kerugian akan lebih besar. Marketing online kami adalah yang paling aktif di FB penduduk sekitar harian. Namun jumlah kehadiran tetap mengecewakan. Kami memohon maaf kerana terpaksa undurkan diri. Di sini bukan padang kami. Semoga berjumpa lagi di venue lain.
Kami mohon halalkan apa yang sepatutnya yang kami jual beli dan mohon maaf jika ada kekurangan sepanjang di sini.

Mudah2an menjawab persoalan ramai. Kami akan munutup dalam masa terdekat ini. Terima kasih.

MAKAN MURAH SEBELUM TUTUP. Kami bila2 masa akan tutup dan berehat sekejap sebelum fikir di mana p**a peluang baru yang a...
08/09/2024

MAKAN MURAH SEBELUM TUTUP.

Kami bila2 masa akan tutup dan berehat sekejap sebelum fikir di mana p**a peluang baru yang ada kedai akan dibuka. Ada beberapa lokasi sedang dipertimbangkan dan diuruskan.

Jadi sebab menghargai semua kawan2 dan pelanggan, mulai esok Isnin 9 september kami akan jual makanan kami dengan harga penghargaan kepada semua.

Nasi itik1 portion set nasi hanya RM10. 00
Nasi Ayam Roasted Rm6.00
Laksa Biasa Sambal kelapa Rm6.00
Mee Perisa Tulang Biasa RM6.00
Bihun sup biasa Rm6.00

Tawaran ini berlangsung mulai esok sampai hari ditutup. Terima kasih atas sokongan semua.

Kami beroperasi seperti biasa hari ini mulai 1pm hingga 10pm di PaHabaq Kitchen  Medan Selera DBKL Bandar Sri Permaisuri...
06/09/2024

Kami beroperasi seperti biasa hari ini mulai 1pm hingga 10pm di PaHabaq Kitchen Medan Selera DBKL Bandar Sri Permaisuri.

Kedai kami di kawasan tengah selepas taman permainan kanak2. Pelbagai menu lain dari yang lain menanti anda sekuarga di sini.

Antara menu kami yang rare adalah Nasi Itik Peking style yang dipanggang, Nasi Ayam Roasted, Laksa Sambal Kelapa bersama sambal sotong atau sambal udang, Bihun Sup Herba utara pelbagai lauk seperti urat keting, lemak, perut, paru , daging dan macam2 lagi.

Anda patut cuba dan rasai sendiri pengalamam bersama menu kami ini.

Ingat kelainan, ingat kami

NASI AYAM 100% ROASTEDAyam kami dipanggang 100%. Tidak direbus atau digoreng. Ayam juicy, kulit yang crispy dan cukup ra...
30/08/2024

NASI AYAM 100% ROASTED

Ayam kami dipanggang 100%. Tidak direbus atau digoreng. Ayam juicy, kulit yang crispy dan cukup rasa rempahnya.

Untuk pelengkap kami beri 3 jenis pencicah kepada anda. Kicap istimewa kami, sos limau merah dan sos masam hijau kami.

Nasi ayam kami pasti lain dari yang lain pernah anda makan. Tak percaya cubalahπŸ˜€πŸ˜„

1pm-10pm PaHabaq Kitchen
Medan Selera Dbkl Bdr Sri Permaisuri

Tengok setting telur dan laksa pun dah tahu siapa pelanggannya πŸ˜‰πŸ˜πŸ˜†πŸ˜†. Tq ACT yang sentiasa support kami.
24/08/2024

Tengok setting telur dan laksa pun dah tahu siapa pelanggannya πŸ˜‰πŸ˜πŸ˜†πŸ˜†. Tq ACT yang sentiasa support kami.

Address

Medan Selera DBKL Bandar Sri Permaisuri, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 11:00 - 22:00
Tuesday 11:00 - 22:00
Wednesday 11:00 - 22:00
Thursday 11:00 - 22:00
Friday 11:00 - 22:00
Saturday 11:00 - 22:00
Sunday 11:00 - 22:00

Telephone

+60134013835

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PaHabaq Kitchen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PaHabaq Kitchen:

Shortcuts

Share

Category