Siaran Akhbar, Selangor 1 Disember 2014-
Bubble Cafe, suatu konsep perniagaan kiosk mudah alih antarabangsa telah dilancarkan oleh dua usahawan muda tempatan. Bubble Cafe ialah suatu perniagaan yang menjual produk minuman bersasaskan milk tea serta ice blended dan smoothies dengan pilihan pelbagai variasi yang dihasilkan daripada sumber tumbuh-tumbuhan bagi memenuhi kehendak kehendak pasaran di Ma
laysia pada masa kini terutama golongan generasi-Y. Bubble Cafe ditubuhkan dengan harapan untuk meremajakan dan menaikkan imej perniagaan kiosk dengan sedikit suntikan imej antarabangsa bagi golongan bumiputera kerana selain daripada faktor kualiti rasa, imej dan penjenamaan antarabangsa adalah faktor utama untuk menarik pelanggan agar ia setaraf dengan produk minuman kafe terkenal yang lain seperti Starbucks dan sebagainya.
“Imej, jenama antarabangsa serta kualiti produk yang mesra pelanggan amat dititikberatkan agar perniagaan kiosk seperti ini dapat dinaikkan ke satu peringkat yang lebih tinggi agar ia dapat bersaing secara kompetitif dengan jenama antarabangsa yang berada di pasaraya besar. Sebelum ini, peniaga bumiputera tidak didedah dengan sistem mesra pelanggan terutama dari segi teknikal pembuatan air minuman oleh barista” kata Mohamed Zairul, pengasas Bubble Cafe. Konsep kiosk Bubble Cafe mudah alih yang moden dan ringkas menjadi keutamaan kepada perniagaan Bubble Cafe kerana konsep mudah alih seperti ini amat memudahkan usahawan kerana Bubble Cafe dapat dibuka dimana-mana sahaja dengan menggunakan kereta bersaiz medium tanpa mengunakan lori. Walaupun konsep ini masih baru di Malaysia, kiosk mudah alih seperti ini sudah banyak terdapat di negara-negara moden seperti Eropah yang terkenal dengan konsep kiosk menjual makanan ‘grab and go’. Mohamed Zairul, pengasas Bubble Cafe telah mengambil masa setahun dalam menyediakan persiapan rapi penyediaan resipi minuman serta memahami kehendak masyarakat Malaysia melalui penyelidikan bersama rakan sejak tercetusnya idea untuk menubuhkan konsep minuman moden dan menyegarkan. Hasil kesabaran dan perancangan yang teliti itulah yang menjadi kekuatan kepada penubuhan Bubble Cafe di Malaysia.
“Saya berharap penubuhan Bubble Cafe dapat menyuntik semangat baru serta memberi nafas baru kepada bidang perniagaan konsep kiosk di Malaysia dari segi imej dan penjenamaan antarabangsa. Sistem perniagaan yang berpegang kepada 4 konsep iaitu moden, bersih, mudah dan halal menjadi prinsip kepada penubuhan perniagaan Bubble Cafe”
Bubble Cafe telah dibuka beberapa bulan yang lalu di beberapa lokasi di Lembah Klang dengan pendapatan jualan minima RM5,000 dan maksima RM12,000 setiap bulan bergantung pada lokasi. Antara minuman yang menjadi kegemaran pelanggan adalah Bubble Milk Tea, Queen Mocha Ice Blended, Fuzzy Lime Ice Blended serta Strawberry Smoothies. Penyediaan ramuan utama yang dikenali sebagai ‘Bubble’ yang segar antara faktor kepada kelazatan minuman Bubble Cafe yang dijual. Kini pengasas Bubble Cafe ini sedang giat merencana untuk program siri jelajah 2015 ke Semenanjung Malaysia dimana beliau ingin berkongsi pendapatan lumayan melalui perniagaan Bubble Cafe kepada usahawan muda seluruh negara seperti jadual di bawah:
Program Jelajah Pencarian Usahawan Bubble Cafe 2015
• 7-8 Februari 2015– Perlis
• 20-21 Februari 2015 – Kedah
• 7-8 Mac 2015 - Perak
• 20-21 Mac 2015- Kelantan
• 10-11 April – Terengganu
• 25-26 April – Pahang
• 8-9 Mei – Johor
• 23-24 Mei – Negeri Sembilan
• 30-31 Mei – Melaka
• 13-14 - Selangor
Pihak Pengurusan Bubble Cafe amat mengalu-alukan pertanyaan mengenai perniagaan konsep kiosk mudah alih antarabangsa Bubble Cafe. Email: [email protected] atau facebook: Bubble CAFE