03/10/2026
Semalam, IWK sangat berbesar hati kerana diberi peluang mengadakan Program Libat Urus bersama Kerajaan Negeri Perak, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Ahli-Ahli Majlis Negeri Perak.
Program ini sangat bermakna kerana sesi ini telah membuka kepada peluang untuk berkongsi maklumat, bertukar pandangan serta membincangkan isu dan cabaran berkaitan pengurusan perkhidmatan pembetungan di Perak.
Malah, IWK ingin menyampaikan setinggi- tinggi penghargaan kepada EXCO Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak, YB Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin yang bukan sahaja merasmikan sesi ini tetapi telah memberi sokongan dan komitmen padu daripada Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan sistem pembentungan yang cekap demi memelihara alam sekitar.
Di sesi ini, Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Datuk Ir. Narendran Maniam; bersama Ketua Pegawai Operasi IWK, Ir. Mohd Taufik Salleh serta Pengarah Kanan Bahagian Operasi, Seksyen Pengurusan Wilayah, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Tuan Hj. Ahmad Hafizullah Amir bin Ahmad Razali dan Ketua Jabatan Pelanggan, Pengebilan & Pemungutan, Hisham Pandak Hamzah telah mengetuai perbincangan dua hala antara IWK, SPAN bersama Yang Dipertua dan Ahli Majlis daripada seluruh negeri Perak.
IWK komited untuk terus memperkukuh kerjasama yang baik bersama Kerajaan Negeri, PBT, SPAN serta pihak berkepentingan dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan pembetungan demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.