23/07/2025
PENGUMUMAN:
PENGHARGAAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA (23 JULAI 2025, RABU, 10:30 PAGI)
Bersempena dengan pengumuman ‘Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia’ oleh Perdana Menteri pada 23 Julai 2025 jam 10:30 pagi, seramai 22 juta rakyat Malaysia akan menerima RM100 melalui MyKad yang boleh dibelanjakan di pasar raya terpilih di seluruh negara.
Program ini akan bermula pada 31 Ogos 2025 dan penerima boleh membuat pembelian sehingga 31 Disember 2025.