17/11/2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Laporan khas dari Warung D’ Telaga Apak, Tronoh.
Untuk makluman para penduduk sekitar Tronoh dan kawasan berhampiran, petang ini Warung D’ Telaga Apak mempersembahkan menu istimewa Soto Medan yang harum baunya, lembut isi ayamnya, serta kuah yang kaya dengan rempah asli.
Bukan itu sahaja, Lempeng sambal lis juga turut disediakan bagi para penggemar rasa pedas dan lemak yang menyengat.
Justeru, orang ramai dijemput hadir menikmati hidangan panas-panas, sementara stok masih ada.
Sekian laporan, kembali ke meja anda untuk buat keputusan bijak jom singgah Warung D’ Telaga Apak petang ini.